it all about me......

Blog Archive

Showing posts with label Raja Petra Family. Show all posts
Showing posts with label Raja Petra Family. Show all posts

Jalan-Jalan Melaka Part. 2


04.01.2022, Selasa
Alhamdulillah.. pagi pun masih cerah.. boleh laa budak-budak ni sambung mandi.. pagi ni tak dapat nak mandi sebab ada meeting online.. huhuhu.. bertabah je la..

oh disebabkan pak mertuaangun awal.. terpaksa laa bawa jalan untuk cari tempat breakfast.. ingat nak jalan je.. tapi menyesal.. sebab takde kedai buka seawal jam 7 pagi.. pak mertua baru cakap nak cari rokok dia.. 

so berjalan laaa sampai the store.. jah giler.. kalau bawa turun kereta tadi.. banyak tempat boleh gi.. entah-entah sampai bukit beruang.. hahaha..

Plaza Hang Tuah.. banyak kenangan kat sini.. sebab sini laa tempat habiskan masa sebelum naik bas balik Kelantan satu ketika dulu..

Dulu, selalu lepak tengok road block dan motor2 rempit berlumba kat jalan ni.. 
Jauh jalan kan.. dulu masa muda-muda ok je.. dah tua ni je terasa jauh..
Ni anak dara saya ye.. simpan disini sebagai kenangan..
Anak bongsu saya bersama atuknya..
Ni laa 3 warisan yang saya ada.. semoga membesar menjadi anak-anak yang soleh, dan berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan agama nanti..

okla budak-budak ni dah puas.. kita check out dulu dan check in balik umah kakak ipar kat sungai udang.. 

Petangnya.. biasa la budak-budak ni..masih nak ke pantai.. 
tapi tu laa... panas memang dah sampai ke petang.. tetapi hujan.. sekejap je laa dapat main pantai.. 

so tu sahaja memori di Melaka untuk awal January ini..


Jalan-jalan ke Melaka..


02.01.2022, Ahad
Di awal tahun baru, titipkan sedikit kenangan untuk dikenang satu hari nanti.. Percutian yang last minute dirancang, family di Jengka nak ke Melaka jumpa kakak ipar yang duduk disana. Wife rasanya dah setahun lebih tak berjumpa dengan family kakak dia kan disebabkan PKP.. last ke Melaka pun rasanya 2020.. ke 2019.. yang pasti 2021 memang tak jumpa. 

Last jumpa masa December 2020 di Jengka, masa PKP buka untuk rentas negeri seketika.. January 2021.. pkpd balik..

Cuaca tak berapa menarik, hujan sepanjang jalan.. so takde laa nak pecut sangat.. cuma risau laa juga dengar kat Alor Gajah dah start banjir kan.. 

Dalam bawa dengan berhati-hati.. dalam kul 2 petang juga sampai.. hahaha.. sebab memang hujan lebat di highway lepas Seremban.. bila bawa laju terasa tayar tak berapa nak grip.. elok slow laa ye kan..

Sampai melaka, memang yang dah ada sana tak kemana-mana, sebab hujan kan.. so hari Ahad tu sepanjang hari hujan.. 

Tapi.. ada plak jadi kes.. anak buah alihkan kereta ayahnya.. tapi dia tak perasan ada gap antara simen nak rentas longkang tu.. termasuk laa tayar diantara gap tu..
Nak buat cam mana kan, benda nak jadi. Setelah bertungkus lumus, dapat juga dialihkan kereta tu. 

Disebabkan dah basah kuyup. Kita main bola dalam hujan je laa kat taman. Layan kan je laa budak-budak, dah nampak tepu tak tak tau nak buat apa kan.

so malamnya memang kat rumah je.. 

03.01.2022, Isnin
Alhamdulillah, cuaca hari ni agak cerah. So proceed laa plan untuk stay kat The Shore Hotel & Residence. Dah booked untuk sebuah apartment 3 bilik dan 2 unit studio.

Sebab risaukan hujan, atleast budak-budak boleh habiskan masa kat kolam.. 

so start check in.. aktiviti dia kolam je laa.. malamnya bersiap cari kek, makanan untuk celebrate birthday 2 orang anak buah.. 
Ni laa dua orang birthday girl yang lahir bulan Jan.. Happy Birthday Hana Batrisya (11 tahun) dan Nur Aqilah (17 tahun)..

Lepas selesai makan-makan.. ada request untuk pergi ke Kg mortem.. so bawa laa.. 

Banyak gambar, tapi share yang ni je laa ye.. Kita sambung kat Entry Part 2 plak ye.. 

Ampang Pecah..


Hari ni kan cuti umum.. so budak-budak ni semua takde class.. ibu dia kerja plak.. seawal jam 5 pagi dah gerak gi kerja.. 

Tak plan pun.. tertiba terlintas nama Ampang Pecah ni dalam kepala.. so tanya laa kat anak sulong.. nak mandi sungai tak? dia kata nak.. 

Iya laa.. memang nak laa.. dah lama sangat nak keluar memana.. paling kuat pun berendam dalam kolam depan umah je.. 

kebetulan plak adik ipar yang duduk bukit sentosa nak join.. tengok waze.. memang lalu area umah dia.. 

tanya orang umah.. balik kul berapa hari ni.. kata kul 12 tgh hari.. dia kata nak ikut.. so tunggu je laa dia kan.. 

so kul 2 petang baru gerak ke bukit sentosa dulu... pastu baru gerak ke Ampang Pecah.. 

Sebab hadif zafran lapar.. sebelum terjun sungai.. makan dulu.. 

Alhamdulillah masih muat baju mandi ni... beli masa awal pkp.. ingat nak pakai utk gi hotel.. baru je plan.. dah pakat2 pkp.. huhuhu
Sekejap je kat situ.. so far kawasan luas.. masuk pun FREE.. oklaa xde laah sesak dengan orang kan.. 

oklah walaupun sekejap.. bermakna.. boleh laa kurangkan stress anak-anak kan.. 

Balik kampung Dong..


hujung minggu kali ini, kita balik ke Kampung Sungai Jahit, Dong Raub. Kampung sebelah wife, rumah dimana adik beradik pak mertua dibesarkan.. yang mungkin menyimpan jutaan kenangan bagi mereka...

kali ini, ada mak sedara nak buat majlis tahlil kat kampung, so berkumpul laa sedara mara disitu.. walaupun tak ramai yang balik, tetapi agak meriah.. selain dari hari raya, majlis seperti ini sahaja dapat mengumpulkan sedara mara.. 

perjalanan dari KL lebih kurang 2 jam perjalanan.. jaraknya lebih kurang 100km lebih je.. takde laa jauh sangat kan.. cuma highway hanya sampai bentong sahaja, next lalu jalan biasa.. cuma kena redah 2 pusat bandar iaitu Bentong dan Raub (biasa skip lalu Sempalit.. so clear laa sket)

So sampailah sini jam 12 tengah hari, ataicha sampai buka penutup buffet  dan makan dulu.. karang x sempat plak.. apa yang special? Gulai aserom atau asamrong.. ntah laa nak eja cam mana yang betul kan.. gulai yang mungkin sukar nak jumpa kat mana-mana tempat.. ianya masakan tradisi orang pahang.. best ke? hahaha sukar nak explain.. cuma apa yang boleh kata.. semua pakat bungkus bawa balik KL... hahaha.. korang rasa? yang jenis memilih makan, mungkin tak ambik laa.. tapi kalau anak jati raub, lipis.. mesti tahu kut nama madakan ni...

so tengah hari bermula laaa majlis tahlil.. yang dihadiri oleh orang surau dan sedara yang berdekatan.. lepas habis.. bila berjumpa reramai.. macam-macam laa cerita keluar.. ingatkan dari keluarga pak mertua kami je yang decide nak balik.. sampai jugak teh sekeluarga dan ta anak beranak.. hehehe.. last minute nak datang.. asal nak balik hari.. hmm terjebak bermalam gak.. len kali kalau ikut program belah family ku meran ni.. bawa je laa baju lebih.. lari program.. dah lali dari masa tunang sampai sekarang.. walaupun set semalam je.. memang bawa untuk 3-4 hari.. senang.. 

petang tu ke sungai, nama tempat tak pasti.. cuma masuk ikut ulu dong, ada signbiard awas, masuk kanan.. masuk kawasan berpagar.. park.. jalan sket.. jumpa laa anak sungai.. agak terjaga.. air yg bersih, cetek.. so anak-anak nak mandi.. main air takde laa risau sangat.. oklaa.. yang anak-anak mandi dan bermain air.. yang tua-tua belajar cari siput sungai.. boleh laaa untuk sekali makan.. orang kata bolehlaa mengembangkan sel sel otak budak-budak.. 

so malam berbual, membawang dan pelbagai.. anak-anak semua tak duk diam.. walaupun ada yang baru je kenal.. dah rapat cam dah lama kenal.. tu yang best jadi budak-budak.. yg lelaki.. semua bawa mainan terlatest sekarang.. bay blade.. oklaa takde laa duk layan gadget je.. tak puas bayblade.. main kejar-kejar, main bola, huhuhu.. 

ops esoknya.. aktiviti santai.. ataicha terbangun awal so ikutlaa bapa mertua dengan pak sedara ke surau.. ingat lepas balik solat subuh boleh sambung tidur.. ada kuliah subuh sampai kul 7 pagi.. hahaha.. takde laa istilah tidur lepas subuh.. tunggu roti sampai kul 8 pagi tak siap-siap.. balik umah dulu.. yeah... perut dah kenyang makan roti canai dulu kat surau.. hehehe..hmm biasa laa bila dah ramai-ramai gini.. agak sukar laaa nak ucapkan good bye..  nak gerak dari jam 10 pagi.. kat kul 2 baru dapat beredar dari rumah pusaka ni.. 

jika ada majlis lagi, insyaallah akan sampai lagi kesini ye.. 







Gambang Trip...


Selesai sudah trip family Raja Petra dan Fatimah ke Gambang pada 06 April 2019 hingga 08 April 2019. Alhamdulillah kali ini agak lengkap semua hadir. 

Perancangan awal sebenarnya nak ke Pulau Redang, tetapi memandangkan ramai yang kecik-kecik, aktiviti di Pulau rasanya tidak begitu sesuai buat masa ini. So tolak-tolak, Gambang laa pilihan yang sesuai.. So kami pilih seminggu lepas cuti sekolah untuk mengelakkan kesesakan untuk menjalani sebarang aktiviti.. 


So kali ini di organize oleh adik ipar Raja Faizah.. dia yang in charge semua, sekadar tolong carikan rumah homestay.. Iya laa kami ni datang ramai.. Lebih kurang 17 dewasa, 9 kanak-kanak yang bawah 8 tahun... so kalau nak sewa hotel tak berbaloi sangat... awal-awal dapat book sebuah banglo yang ada 6 bilik tidur.. tetapi ada clash booking, so kami book homestay lain.. sebuah semi-d... so oklaa kut.. sewa untuk 3 hari 2 malam sekitar 600+... jimat laa sket kos kan.. 

Seawal jam 10 pagi, kami semua dah sampai depan pintu Gambang Water & Safari Park Kuantan.. kami yang duk KL bertolak dari KL dalam jam 8 pagi.. Keluarga Mak Tam dan Keluarga Akak Melaka bertolak dari Jengka. Cuma perancangan lari sedikit, jadual yang kami refer Gambang Safari Park buka jam 11 pagi hanya masa cuti sekolah sahaja. Bukan cuti sekolah start jam 1 petang.. huhuhuhu.. nak check in homestay tak boleh lagi.. sebab ada orang yang check in belum keluar lagi. Tetapi nasib baik ada adik kepada adik ipar yang duduk situ.. So kami menumpang rehat kat rumah dia sementara menunggu Gambang Safari Park buka kan.. 


So dalam 12.45 tengah hari.. bergerak balik ke Pintu Gambang Safari Park.. dapat masuk.. kami pilih untuk naik.. Hari Sabtu kami pilih untuk pergi ke Gambang Safari Park dulu.. So kul 1 petang, kami masuk ke dalam, kena laa jalan sket dalam dalam 100 meter sebelum sampai check point pertama.. disini ada dua pilihan untuk naik tram untuk skip part explorer.. atau berjalan explorer.. sebab nak kejar naik tram untuk wild savannah... so bertolak la naik tram ke check point ke dua.. 


First trip Naik tram ke Section Wild Savannah agak pack juga.. dapat laa melihat binatang liar cuma semua binatang tu tengah sedap tidur, iya laa tengah panas, tengah hari plak.. sedap laa tidur bawah batu.. so lepas habis tour Wild Savannah.. kami stop kat check point ke dua yang kami naik untuk tour Wild Savannah tadi.. 


Sementara menunggu Predator Show yang akan start 2.15pm kami berjalan tengok haiwan2 dalam tu.. so kami pun solat dulu.. so sampai masanya.. kami gi laa tengok Predator Show, ini antara show yang patut korang tengok.. iya laa tengok cam mana binatang liar ni beraksi.. harimau memanjat untuk makan daging yang tinggi... singa beraksi.. harimau kencing.. hahaha untuk tanda tempat... iya laa masa tram tu tengok terbaring je kan.. 


so selesai Predator Show.. sepatutnya ada lagi 2 show.. tengok semua dah penat.. kami awalnya malas plak nak berjalan explorer.. dari check point ke 2 tu.. kami pusing explore Wild Savannah sekali lagi.. kali ni satu tram tu kami sekeluarga je.. havoc laa.. senang nak ambik gambar.. Sampai pening tukang bawa layan pening karenah kami sekeluarga.. maaf ye.. 

So lepas habis tour.. kami pun decide untuk balik, sebab budak-budak dah penat.. sambil-sambil untuk check in homestay.. 


ok, awal agak pening gak cari homestay.. kalau pakai waze akan jumpa.. kalau pakai google map memang tak jumpa.. sebab dua kereta sesat dalam taman Gambang Permai.. tengok tak kuar map nak ke homestay ni.. maybe baru siap kut.. sebab homestay ni pun nampak baru.. kami recommended kalau nak sewa homestay ni.. sebab fully complete.. pinggan mangkuk cantik.. nampak mewah... 

petang kami rehat kat umah.. malam kul 7.30 malam kami gerak ke Gambang Safari Park untuk tengok 2 show... lupa nak bagitau.. ticket ni valid sehari.. korang boleh keluar dan masuk asalkan band tu tu tanggal.. 

so persembahan malam agak seronok gak.. lepas habis show kami gerak balik.. tapi ada laa yg kuar balik gi fun fair.. 



so esok pagi... ataicha dengan adik ipar gi cari kedai untuk beli bahan-bahan bbq cam ayam, sotong, ikan untuk diperap.. so far senang gak nak cari.. cuma kena keluar jauh sket laaa.. kedai runcit kat gambang permai tu buka separuh hari je.. 

so gotong royong pagi tu basuh ayam, ikan, sotong... dan diperap.. baru laa kami bergerak ke Gambang Waterpark yang start kul 11 pagi.. ok bercerita pasal Waterpark ni.. dicadangkan datang bukan cuti sekolah untuk mengelakkan kesesakan dalam waterpark ye.. yup tak sesak dan menyeronokkan.. so boleh la main dalam tu sepuas hati... so dalam ni makanan boleh tahan harganya.. yg berbaloi harganya mungkin pizza... tapi biasa laa standard mana-mana waterpark memang harga cam tu pun.. rasa masih murah berbanding dengan waterpark yang lain.. sini x boleh pakai cash.. so topup dulu kat band korang.. ok dalam kul 5 gak baru keluar balik homestay... malam siapkan tempat bbq.. homestay ni ada set bbq dan masih dara lagi... maafkan laa kami rasmikan dulu ye.. so malam.. makan lauk je..  nasi ada.. nanti tak habis plak lauk kang..


 

so far.. tengok masing-masing berpuas hati dengan family day kali ini... so next kemana pula??

Ke Bukit Tinggi....


Perancangan last minute.. kebetulan bapa mertua dan mak mertua ada di KL. So sebelum hantar diaorang balik ke Jengka. Sebelah wife merancang untuk naik ke Bukit Tinggi dan selepas turun adik ipar yang duduk Subang akan hantar diaorang balik Jengka.

Oklaa, perjalanan KL ke Bukit Tinggi pun tidak la jauh mana kan.. cuma bila tengok waze, jem laa jugak kat Tol Gombak tu.. so kitaorang lari ikut Ulu Yam dan naik ke Genting Highlands.

Untuk masuk ke sini, kira nak naik ke Bukit Tinggi adalah RM13 untuk dewasa... Budak-budak rasanya kena caj. Tapi sebab kecik2 lagi kan.. FREE laa masuk untuk kanak-kanak.. RM13 ni kira boleh masuk skali ke Colmar Tropicale, Japanese Garden dan Botanical Garden. Kerana pergi pada cuti umum, terlalu ramai orang laa kat atas nie. Huuhuhu. So nak naik shuttle bus kena tunggu. So far, sini adalah tempat menarik gak untuk lari dari kesibukan kota. Cuma makanan dan alat-alat mainan di atas ini agak mahal.. huhuhuhu..


melepaskan penat setelah berjalan kaki dari parking nak ke Colmar Tropicale ni.. sebab shuttle bus penuh je...



yupp.. permandangan di atas ini memang lawa.. tak dinafikan.. 

gambar sket.. sebelum masuk ke colmar tropicale.. 
bapa mertua... candid laa sket.. tak berapa sihat tappi ikutkan je.. anak-anak yang bawa dia..

smile... 

ibu baru nak posing.. anak teruna dah ajak jalan... huhuhu

anak dara yang suka peace depan kamera... 


dah puas menangis nak mainan tapi tak dilayan... ajak tengok angsa kat kolam.. 



Seterusnya ke Animal Farm, asalnya nak ke Japanese Garden dan Botanical Garden dahulu.. tapi sebab tengah beratur shuttle yang ada nak ke Animal Farm dulu.. so ke Animal Farm laa dulu...

Kat sini, boleh mendekati rusa, arnab secara dekat.. rusa seolah tak hiraukan orang.. maybe dah biasa kut... Nak masuk ni kena bayar RM4 dewasa dan juga kanak-kanak.. Naufal dan Hana kena bayar... huhuhuhu...



Tengok tak lari.. buat bodoh je.. huhuhuhu..


Dari Animal Farm... naik balik ke  Colmar Tropicale sebab shuttle bus ni tak nak ke Japanese Garden terus... huhuhu.. so dari Colmar Tropicale, naik shuttle bus ke Japanese Garden... Botanical Garden tak singgah sebab dah penat sangat...

Mana tak penat.. nak kena mendaki.. huhuhu.. kalau bawa diri sendiri tak la penat sangat kut.. ni sebab kena dukung.. 








Masing-masing dah penat... so balik ke Colmar Tropicale dan ke parking ambik kereta lari ke Masjid Bukit Tinggi... Kejar nak solat Asar... Alang-alang Maghrib dah dekat.. stay sampai solat Maghrib.. Balik berpecah, adik ipar balik ke Jengka hantar Mak Mertua dan Bapa Mertua.. Kami balik ke Batu Caves... huhuhuhu




Categories

haziq naufal (87) ataicha (41) Keisha Zara (26) Raja Petra Family (20) Jalan-Jalan-Ataicha (17) Mrs Ataicha (15) renungan (12) Hana Batrisya (11) mylife (11) Coretan Mengenai Anak-Anak (10) Che Rahim Family (9) Harian Metro (9) tazkirah (9) misi1hari1gambar (8) World Cup 2010 (7) salam takziah (7) zul imran papaju (7) Al Fatihah (6) IT Tips (6) Kosmo (6) Aniff Nur Atika (5) Happy Birthday (5) Lirik Lagu (5) contest (5) gshock (5) Big Data Team (4) Gossip Artis (4) Spain (4) hobby (4) kelantan (4) wasiyyah shoppe (4) 18SX (3) Baby Boys (3) GITN (3) Germany (3) Jalan-Jalan Cari Makan (3) Mahamahu (3) Masakan (3) Photo Album (3) Raja Faizah (3) Raja Fazida (3) Rujukan Ataicha (3) Taman Layang-Layang (3) Ulang Tahun Perkahwinan (3) Urusan kerja (3) ariff sufyan (3) artikel harian metro (3) batch 1997-1998 TI Kuantan (3) orang minyak (3) orang minyak laksamana (3) photographer (3) smt kuantan (3) Abang Man (2) Ahmad Tajuddin (2) Akmal-Hafiz (2) Ataicha Training (2) Award (2) Azam Azrin (2) Darnalis (2) GIveway (2) Hadif Zafran (2) Kuching (2) Laksamanapuri Condo (2) Malaysia (2) Man Utd (2) Mohd Suhaimi (2) Penang (2) Petua (2) Raduzita (2) Raja Aseri (2) Raya Aidilfitri 2014 (2) Related Bola (2) Selamat Hari Raya (2) Selamat Pengantin Baru (2) Sharp ESX115 (2) Teknik-1-Kuantan (2) Tutorial (2) Ucapan Tahniah (2) asyraff shukor (2) ataicha Reference (2) ataicha jr (2) baseball cap (2) caps collection (2) collection (2) covid19 (2) demam (2) diyrepair (2) fakta (2) gembeng (2) hairul safar (2) http://hatt4.wordpress.com (2) jamuan raya (2) keratan akhbar (2) makanan (2) misiturunberat (2) my little prince (2) ramadhan (2) rezeki (2) tip komputer (2) tournament bowling (2) training (2) #fooddelivery (1) 2012 Contest (1) 2012 Special Giveway (1) 4 ADIL (1) ASTRO (1) Agar-agar laici (1) Ajwad Nurajmal (1) Akram (1) Al-Quran (1) Alamanda-Putrajaya (1) Along-Anak-Tuan-Rumah (1) Alwey Sham (1) Ameen Husaini (1) Ampang Pecah (1) Ana-Ikan-Bakar-Petai (1) Anak Sepupu (1) Aneh Tapi Benar (1) Armada (1) Aroma Ikan Bakar Jeram (1) AyahDe (1) Azam Tahun Baru (1) BA-110JM-4 (1) BTP (1) Bangi (1) Bank Location (1) Bantuan Prihatin Nasional (1) Bayi Tersedak Susu (1) Belimbing Hutan (1) Biz lumayan (1) Boboiboy Galaxy (1) Boss-Babi (1) Brazil (1) Buat Duit (1) Bukit Tinggi (1) Cameron Highlands (1) Cara Nak Dapat Title "Datuk" (1) Carlo Ancelotti (1) Chelsea (1) Christiano Ronaldo (1) Coca-Cola (1) Contact (1) Cuti 1TM (1) DW6900-SB-9 (1) Data Warehouse (1) Edwin Van Der Sar (1) Ejen Ali The Movie (1) England (1) England vs Wales (1) Exinda (1) FREE (1) Facebook (1) Facebook Notification (1) Fadhilat Ramadhan (1) Felda (1) Final Sea Games 26th (1) Flip Text Generator (1) Fortigate (1) G-Shock (1) GAX100-MSA-4 (1) Gaji Menteri (1) Galaxy Tab 2 (1) Gambang Safari Park (1) Gambang Water Park (1) Gambar Lucu (1) Gembeng Reunion (1) Gombak (1) HBase Master (1) Hack (1) Hael Husaini (1) Hal Ehwal Islam (1) Hal Semasa (1) Hala tuju selepas SPM (1) Happy Deepavali (1) Hari Bapa (1) Hari Belia Negara 2012 (1) Hari Persahabatan Sedunia (1) Harta Pusaka (1) Hartanah (1) Have a tEa wiTh MiszLuLLaby (1) Hero Kartun (1) Hina Johor (1) Hotel Malaysia (1) IT Related (1) Indonesia (1) Indonesia vs.Malaysia (1) Info Kereta (1) Islam (1) Isu semasa (1) Janda Kena Tipu (1) Jantung (1) Jatuh Motor (1) Jenis Lelaki (1) Jokes (1) Jual Mercun (1) Juara Kelantan (1) Juara Master Chef Pertama (1) KLCC (1) Kak Long (1) Kamera Handphone (1) Karoot Komedia X (1) Kekasih lama (1) Kelakar (1) Kelantan Juara Piala Malaysia (1) Kemalangan (1) Kematian (1) Kempen 1 Blog 1 Bendera (1) Kenali Bayi (1) Klinik Panel (1) Legoland Malaysia (1) Lelaki (1) Lensa Buruk The Contest (1) MCMC (1) MH370 (1) MPP (1) Madihah (1) Mahadir (1) Mahattan Firstmarket (1) Main Futsal FREE (1) Majlis Sukaneka Hasanah Kids (1) Malaysia Boleh (1) Masalah Harta Pusaka (1) Masterchef Selebriti Malaysia (1) Mat Sabu (1) Mee Kari Nyonya (1) Megat Iskandar Shah (1) Menang Contest (1) Mia Nurqaisara Afrina (1) Mohd Lukman (1) NSK (1) Naib Johan (1) Naik HARGA (1) Nama Bayi Islam (1) Nama-nama Islam (1) Netherland (1) Nobody (1) Nor Azita Osman (1) Nur Is Cahaya (1) Nurul Gersang (1) OCBC Bank (1) P1 WinMax (1) PERKESO (1) Pantang (1) Pasar Malam (1) Paybox.me (1) Pemanggang Ajaib (1) Pemanggang Ikan Ajaib (1) Pengorbanan ibu (1) Penutupan Jalan (1) Perangsang Templer Golf Resort (1) Percutian Ataicha (1) Perempuan (1) Peristiwa (1) Phone (1) Piala Malaysia 2010 (1) Politik (1) Presint 18 (1) Promo TM (1) Promosi Terhad (1) Public Bank (1) Pukul Emak (1) Putrajaya (1) QR Code (1) Raja Muhammad Harith Haziq (1) Rambut Bayi (1) Rancangan HyppTV Percuma (1) Raya (1) Raya Haji (1) Recover Password (1) Remaja (1) Reset password Admin (1) Ringtones Samsung (1) Rodeo Steakhaus (1) Rooney (1) SK Blau (1) SK Hendrop (1) SK Pos Brooke (1) SK RPS Banun (1) SRK Clifford (1) Salbys Volcano (1) SeHAT (1) Season View (1) Seksyen 302 (1) Seksyen 307 (1) Selamat Hari Guru (1) Selayang (1) Serang Gereja (1) Servis Motor (1) Setia Hujung Nyawa (1) Seventeen (1) Simbah Menyimbah (1) Skim Rumah Pertamaku (1) Sogo SALE (1) Solar Audit (1) Sri Gombak (1) TM Rewards (1) Tadika Hasanah (1) Tahun Baru 2011 (1) Taska Haram (1) Tasmik (1) Tayar Kenderaan (1) The Karate Kid (2010) (1) Theory Matematik (1) Tip Petua (1) Tips Harmoni (1) UNIFI MOBILE (1) UPSR (1) UPSR 2012 (1) UiTM (1) Version Robot (1) Video Seks (1) Video Youtube (1) Waka Waka (1) Warih Ku Meran (1) YDP (1) ataicha SQL QUERY (1) azam photo (1) baby Girls (1) balik kampung (1) bangsar (1) bapa saudara (1) berat (1) berbuka puasa (1) berita (1) bertudung (1) blackberry (1) buang bayi (1) bulan ramadhan (1) cabaran copy menang (1) cara-cara tanam uri (1) cisco ccna (1) congrate (1) copy paste (1) creativity (1) darkcurse (1) dataontap (1) design (1) dugaan (1) duit tercicir (1) e-filling (1) gambar kelas (1) gnesop.com (1) gout (1) grafik (1) gshockfanclubmalaysia (1) gst (1) gym (1) hacker (1) hadapi dengan senyuman (1) handset (1) hantu raya (1) hargai nikmat (1) hibah (1) hypptv box (1) iCity Shah Alam (1) icha (1) iflix (1) intensedebate (1) jawatan kosong (1) jengka 17 (1) kain japanese cotton (1) katak (1) kejam (1) kenangan (1) kenapa aku.. (1) kerang (1) keretaku (1) kurus (1) layout baru (1) licin (1) linux (1) malware (1) masa (1) mmu (1) motivasi diri (1) myvi terbang (1) nasi daun pisang (1) nasi kerabu mahal (1) nik mohammad aryan (1) nikmat (1) novel best (1) pelajaran (1) pelancaran sistem e-tasarruf (1) pemanggang (1) penat (1) pendoman (1) penipuan di internet (1) petua ibu hamil (1) petua orang dulu (1) photofunia (1) preparation raya (1) pulai spring resort (1) pulau pinang (1) referkawan (1) restoran anis puteri pantai dalam (1) rezeki anak (1) rumah baru (1) rumah lama (1) saba restoran (1) sakit gigi (1) sakit tekak (1) scam (1) scammer (1) scammer0166692513 (1) sekolah mengandung (1) selsema (1) setiawangsa (1) skim cepat kaya (1) sms mengarut (1) streamyx (1) suami gay (1) suamiisteri (1) tadika baru (1) testing (1) tip blogging (1) tipu orang (1) trainning (1) ucapan Hari Raya Aidilfitri (1) ulu yam (1) wasiat (1) windows (1) xamarin mobile developer (1) yahoo mail (1) zakat fitrah (1) zoo negara (1)