Balik kampung Dong..
hujung minggu kali ini, kita balik ke Kampung Sungai Jahit, Dong Raub. Kampung sebelah wife, rumah dimana adik beradik pak mertua dibesarkan.. yang mungkin menyimpan jutaan kenangan bagi mereka...
kali ini, ada mak sedara nak buat majlis tahlil kat kampung, so berkumpul laa sedara mara disitu.. walaupun tak ramai yang balik, tetapi agak meriah.. selain dari hari raya, majlis seperti ini sahaja dapat mengumpulkan sedara mara..
perjalanan dari KL lebih kurang 2 jam perjalanan.. jaraknya lebih kurang 100km lebih je.. takde laa jauh sangat kan.. cuma highway hanya sampai bentong sahaja, next lalu jalan biasa.. cuma kena redah 2 pusat bandar iaitu Bentong dan Raub (biasa skip lalu Sempalit.. so clear laa sket)
So sampailah sini jam 12 tengah hari, ataicha sampai buka penutup buffet dan makan dulu.. karang x sempat plak.. apa yang special? Gulai aserom atau asamrong.. ntah laa nak eja cam mana yang betul kan.. gulai yang mungkin sukar nak jumpa kat mana-mana tempat.. ianya masakan tradisi orang pahang.. best ke? hahaha sukar nak explain.. cuma apa yang boleh kata.. semua pakat bungkus bawa balik KL... hahaha.. korang rasa? yang jenis memilih makan, mungkin tak ambik laa.. tapi kalau anak jati raub, lipis.. mesti tahu kut nama madakan ni...
so tengah hari bermula laaa majlis tahlil.. yang dihadiri oleh orang surau dan sedara yang berdekatan.. lepas habis.. bila berjumpa reramai.. macam-macam laa cerita keluar.. ingatkan dari keluarga pak mertua kami je yang decide nak balik.. sampai jugak teh sekeluarga dan ta anak beranak.. hehehe.. last minute nak datang.. asal nak balik hari.. hmm terjebak bermalam gak.. len kali kalau ikut program belah family ku meran ni.. bawa je laa baju lebih.. lari program.. dah lali dari masa tunang sampai sekarang.. walaupun set semalam je.. memang bawa untuk 3-4 hari.. senang..
petang tu ke sungai, nama tempat tak pasti.. cuma masuk ikut ulu dong, ada signbiard awas, masuk kanan.. masuk kawasan berpagar.. park.. jalan sket.. jumpa laa anak sungai.. agak terjaga.. air yg bersih, cetek.. so anak-anak nak mandi.. main air takde laa risau sangat.. oklaa.. yang anak-anak mandi dan bermain air.. yang tua-tua belajar cari siput sungai.. boleh laaa untuk sekali makan.. orang kata bolehlaa mengembangkan sel sel otak budak-budak..
so malam berbual, membawang dan pelbagai.. anak-anak semua tak duk diam.. walaupun ada yang baru je kenal.. dah rapat cam dah lama kenal.. tu yang best jadi budak-budak.. yg lelaki.. semua bawa mainan terlatest sekarang.. bay blade.. oklaa takde laa duk layan gadget je.. tak puas bayblade.. main kejar-kejar, main bola, huhuhu..
ops esoknya.. aktiviti santai.. ataicha terbangun awal so ikutlaa bapa mertua dengan pak sedara ke surau.. ingat lepas balik solat subuh boleh sambung tidur.. ada kuliah subuh sampai kul 7 pagi.. hahaha.. takde laa istilah tidur lepas subuh.. tunggu roti sampai kul 8 pagi tak siap-siap.. balik umah dulu.. yeah... perut dah kenyang makan roti canai dulu kat surau.. hehehe..hmm biasa laa bila dah ramai-ramai gini.. agak sukar laaa nak ucapkan good bye.. nak gerak dari jam 10 pagi.. kat kul 2 baru dapat beredar dari rumah pusaka ni..
jika ada majlis lagi, insyaallah akan sampai lagi kesini ye..
0 Comments:
Post a Comment