Diary of ataicha: Harian Metro

it all about me......

Recent

test
Showing posts with label Harian Metro. Show all posts
Showing posts with label Harian Metro. Show all posts

Monday, October 21, 2013

metro | Ramai belia muflis..

Monday, October 21, 2013 0
metro | Ramai belia muflis..
Ramai belia muflis



Petaling Jaya: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) melahirkan kebimbangan apabila semakin ramai belia muflis kerana menanggung beban hutang serius seperti kad kredit, pinjaman membeli kereta dan pinjaman peribadi.

Presidennya Datuk Dr Marimuthu Nadeson berkata, perangkaan Jabatan Insolvensi Malaysia antara 2005 hingga 2012 menunjukkan 243,823 orang diisytiharkan muflis dengan 57 peratus daripadanya berusia bawah 45 tahun. Sebanyak 50 peratus daripada mereka ialah pemegang kad kredit berusia bahawa 30 tahun.

“Purata setiap hari 14 orang diisytihar muflis kerana hutang berkenaan berikutan sikap suka berbelanja lebih daripada pendapatan, terutama membabitkan belia.

“Lebih menyedihkan, 15 peratus daripada mereka tiada tabungan, bahkan 37 peratus lagi tidak pernah memikirkan persediaan untuk persaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen ‘Jadilah Pengguna Kewangan Bijak’ (MoneySmart 123) sempena Bulan Celik Kewangan anjuran Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) di Kampung Tunku, di sini, semalam. Dr Marimuthu menyambut baik usaha PIDM melancarkan kempen itu bagi membantu pengguna membuat keputusan kewangan dengan lebih bijak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PIDM Jean Pierre Sabourin berkata, kempen berkenaan bertujuan mendidik orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan skim cepat kaya dan pelbagai bentuk penipuan lain. Katanya, PIDM menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan sejak 2010 bagi meningkatkan kesedaran dan cerdik kewangan dalam kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/20

Tuesday, August 14, 2012

Business yang untung besar!!!

Tuesday, August 14, 2012 0
Business yang untung besar!!!
Sapa tak nak.. modal RM1K dapat RM11K... 11 kali ganda keuntungan... tapi ada risiko.. hehehe..

‘Semut mercun’ dedah rahsia


BETONG (Thailand): Sepeket mercun yang dibeli pada harga RM4 boleh dijual RM10 dan berbekalkan modal kira-kira RM1,000, keuntungan yang diperoleh boleh mencecah RM10,000.

Pulangan lumayan itulah yang mendorong ramai rakyat Malaysia nekad melanggar peraturan dengan membeli mercun di sini, sebelum diseludup untuk dijual di kawasan masing-masing, termasuk di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Seorang penyeludup dan penjual mercun yang hanya mahu dikenali sebagai Hairi, 30, memberitahu biarpun keuntungan diperoleh berlipat ganda, penjual mercun kecil-kecilan sepertinya perlu mengawal diri dan tidak boleh tamak jika tidak mahu tertangkap.

“Apa yang penting ialah jangan tamak. Ini kerana kami kebiasaannya hanya menyeludup mercun dalam kuantiti kecil dengan menyembunyikannya di beberapa ruang dalam kereta seperti di bahagian enjin, bawah tempat duduk atau kotak pembesar suara.

“Cara begitu lebih selamat kerana pihak berkuasa selalunya tak perasan, tapi kami akan melakukannya secara kerap bagi memenuhi keperluan pembeli,” katanya.

Saturday, July 14, 2012

Gigit jari rugi RM150K??

Saturday, July 14, 2012 0
Gigit jari rugi RM150K??
Ataicha terbaca berita nie kat Harian Metro tadi, terbit rasa kesian gak sebab yang terkena tu dah berusia 60 tahun... Aduyai sampai hati diaorang kenakan seorang insan yang berusia.. Kawan sendiri plak tue...

Ini mungkin satu cerita yang kita dengar sebab keluar kat media, yang tak keluar?? sure banyak lagi... Siapa tak gelap mata bila dijanjikan keuntungan kan?.. tambah-tambah yang agak besar dari nilai yang dilaburkan.. cerita kes penipuan ini susah nak kata.. sebab orang yang menipu pun orang yang agak rapat dengan yang ditipu...

Cuma pesan ataicha, berwaspada laa.. jangan mudah terpengaruh dengan cerita-cerita keuntungan yang belum pasti.. internet kan ada.. taip je kat mr. google... sure akan keluar cerita-cerita mengenai keyword yang kita taip... kalau ada negatif... sure tu kes tipu... tambaha-tambah pelan kerajaan... oklaa ataicha berharap agar ataicha tidak akan bertemu dengan penipu-penipu ini... huhuhuhu


Gigit jari rugi RM150,000
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Gara-gara percaya pada pemberian sehelai cek bernilai RM700,000, seorang warga emas mengalami kerugian sebanyak RM150,000 selepas melabur dalam skim ‘Pelaburan Dana Tajaan Kerajaan’ yang dikendalikan seorang ahli perniagaan dan penjawat awam.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 60-an itu didatangi seorang kenalan yang merupakan penjawat awam ke rumahnya pada hujung tahun lalu dan ketika itu, dia menyatakan mengenai skim pelaburan berkenaan yang dikendalikan seorang ahli perniagaan.

Beliau berkata, mangsa yang percaya pada penjawat awam itu membuat keputusan untuk menyertai pelaburan yang menjanjikan hasil lumayan dengan hanya menyerahkan wang tunai yang kononnya akan dilaburkan dalam projek kerajaan serta dijanjikan tidak akan rugi.

Menurutnya, mangsa turut dipertemukan dengan ahli perniagaan berkenaan bagi memberi keyakinan penuh kepadanya dan mangsa diminta memasukkan wang pelaburan melalui akaun bank sahaja.


“Secara berperingkat mangsa sudah memasukkan wang berjumlah RM150,000 ke dalam akaun lelaki itu dan sebagai balasan, mangsa diberikan cek bernilai RM700,000 yang diminta ditunaikan selepas setahun.

Thursday, March 15, 2012

Samsung perkenal tablet Galaxy Tab terbaru??

Thursday, March 15, 2012 0
Samsung perkenal tablet Galaxy Tab terbaru??
Samsung mendedahkan Galaxy Tab 7.0 inci dan 10.1 versi 2 buat pertama kali di dunia hari ini.

Galaxy Tab 2 terbabit menggunakan sistem operasi Android Ice Cream Sandwich 4.0. Buat kali pertama juga, model Galaxy Tab 2 10.1 akan membolehkan pengguna membuat panggilan telefon berbanding model sebelum ini.

Galaxy Tab 2 bersaiz 10.1 dan 7 inci juga dilengkapi Google Play yang tiada sebelum ini.

Galaxy Tab 2 7.0 mempunyai setoran 8/16/32GB manakala 10.1 ditawarkan pada 16/32GB. Ia mempunyai berat 345g manakala 10.1 seberat 588g dengan tahap nipis 10.5mm serta 9.7mm.


Terdapat sumber berkata Samsung Galaxy Tab 2 akan dipasarkan di Malaysia pada awal bulan April dgn harga dari RM1,500-RM1,900


Samsung juga lancar kempen Pushing Boundaries meliputi segmen telefon, tv, peralatan rumah, tablet, kamera dan notebook serta memperkenalkan permainan Angry Birds dalam TV.

Sumber : Harian Metro

Wednesday, March 7, 2012

Bukan 4 tapi 6 isteri -Ayoi dah lebih nie....

Wednesday, March 07, 2012 0
Bukan 4 tapi 6 isteri -Ayoi dah lebih nie....
KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi ‘cawangan’ menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam.

Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.

Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.

Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.

“Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah,” katanya ketika ditemui, semalam.
Ayoooo... sampai 6 isteri... banyak tue... ntah laa tak tau nak kata apa.. lelaki tu pun tak tau hukum Islam ke?? sampai simpan 6 isteri.. bela hantu raya ke?? aduiii...

Elok lelaki tu bertaubat dan selesai kan perkara nie... dah keluar dari syariat Islam nie... ceraikan 2 orang... hmm umur dah 50an.. ke dia lupa dia ada berapa bini sebelum nie?? Aduyai...

Saturday, January 21, 2012

Dua bayi maut tercekik susu...

Saturday, January 21, 2012 0
Dua bayi maut tercekik susu...
Dua bayi maut tercekik susu
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki berusia tiga dan tujuh bulan yang dihantar ke sebuah taska di Taman Permata, Hulu Klang di sini maut dipercayai akibat tersedak susu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kedua-dua bayi berkenaan yang dikenali sebagai Muzafar Mohd Faizal, berusia tiga bulan dan Haris Ruhil, tujuh bulan, diberikan susu oleh pengasuh taska berkenaan sebelum tiba-tiba mereka mengalami masalah pernafasan.

Pemilik taska itu kemudian menghantar kedua-dua bayi itu ke sebuah klinik berhampiran untuk rawatan, namun kedua-dua bayi itu kemudian disahkan sudah meninggal dunia.

Berikutan kejadian itu, ibu bapa kedua-dua mangsa kemudian membuat laporan polis.


Bapa Muzafar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata anak bongsunya daripada dua beradik itu baru sebulan dihantar ke taska berkenaan.


Sebelum ini, anaknya yang sulung turut dihantar di taska sama tetapi tiada berlaku kejadian yang tidak diingini.
p/s : bila terbaca berita nie.. risau pulak... hmm maybe sebab terlalu kerap berlaku... 

Tuesday, November 22, 2011

[Metro] - Jalur lebar Felda

Tuesday, November 22, 2011 0
[Metro] - Jalur lebar Felda

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan dilengkapi dengan sistem dan perkhidmatan jalur lebar bermula tahun depan, sekali gus mampu meningkatkan nilai sosio ekonomi di dalam komuniti Felda menerusi peluang perniagaan yang akan ditawarkan.

Sebagai permulaaan projek fasa pertama akan meliputi Wilayah Jengka dan Pusat Bandar Jengka, Pahang serta Felda Tenggaroh, Johor membabitkan kos RM300 juta yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, projek pemasangan jalur lebar di seluruh Felda itu dilihat sebagai inisiatif merapatkan jurang digital dan memberi manfaat besar kepada generasi Felda. “Projek ini juga turut membuka peluang pekerjaan kepada anak muda Felda sebagai ejen jualan, subkontraktor pemasangan dan pelbagai lagi yang dijangka dapat menjana pendapatan tambahan penduduk Felda,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara Felda dan Tanjung Agas Technology Sdn Bhd (TAT) serta Keymag Controls Sdn Bhd (Keymag) di Kuala Lumpur, semalam.

Projek perintis pemasangan sistem itu sudah dimulakan di Jengka 12, Pahang pada April lalu melalui syarikat pemasangan Keymag manakala TAT sebagai syarikat penyedia perkhidmatan dengan keseluruhan nilai projek membabitkan 11 wilayah Felda dijangka menelan kos kira-kira RM1.3 bilion.

P/s : Wah... masyarakat Felda nanti akan lebih advanced... huhuhuhu.. mungkin ini mampu manampung kekurangan talian yang dibekalkan kepada masyarakat Felda... teringat setahun lepas apply streamyx untuk rumah mertua di Felda, permohonan ditolak kerana port penuh di Felda.... huhuhuhu...

Wednesday, September 14, 2011

Trafik di sekitar ibu kota bergerak perlahan berikutan penutupan beberapa jalan utama

Wednesday, September 14, 2011
Trafik di sekitar ibu kota bergerak perlahan berikutan penutupan beberapa jalan utama
KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di sekitar ibu kota bergerak perlahan berikutan beberapa jalan utama ditutup secara berperingkat mulai hari ini hingga Jumaat sempena sambutan kemerdekaan negara dan Hari Malaysia. 
 
Jurucakap Trafik Jalan Bandar berkata trafik perlahan sehingga pukul 10 pagi juga disebabkan terdapat pelajar sekolah rendah bercuti kerana peperiksaan bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula hari ini.


"Sekiranya pelajar sekolah tidak bercuti hari ini, kemungkinan berlaku kesesakan teruk di sekitar ibu kota kerana ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah dan orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata jalan utama yang ditutup bermula pukul 8.15 pagi melibatkan Jalan Travers, Jalan Mahameru, Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Jalan Lembah, Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari, Jalan Kinabalu, susur Bukit Aman dan Jalan Raja.


Turut ditutup ialah Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Lebuh Ampang dan Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Mahkamah Persekutuan. -BERNAMA 

P/s : Pagi Isnin rasanya agak sesak.. Pagi Selasa so far ok la sket... Esok pagi.. x sure.. hehehe.. sebab ni sampai Jumaat kan... 

Tuesday, June 15, 2010

Kecik-kecik cili padi...

Tuesday, June 15, 2010 0
Kecik-kecik cili padi...

Kecik2 dah pandai hafaz al-quran.. kagum tul.. baru umur 3 tahun dah leh hafal 30 surah pendek.. ini kelebihan yang ada pada insan bernama Darwisya Adriana Rozali.

Kita ikuti berita lanjut di Harian Metro, 15 June 2010...


Si cilik pintar, terang hati

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
2010/06/15


KUALA LUMPUR: Pertuturannya mungkin kurang sempurna, namun Darwisya Adriana Rozali yang baru berusia tiga tahun lapan bulan sudah mampu menghafaz 30 surah pendek dalam al-Quran.

Malah, si comel itu juga adakala mengajar adiknya, Darwish Adrian, 2, mengaji manakala Darwish Adrian sendiri sudah boleh menghafaz surah al-Waqiah walaupun hanya mampu membaca pada hujung ayat.

Menurut ibu dua beradik ini, Mazlina Ramli, lewat 30-an, ketika berusia dua tahun lapan bulan, Darwisya Adriana sudah menghafaz lapan surah pendek dan pada usia tiga tahun dua bulan, dia sudah boleh menghafaz 30 surah pendek.

Kata Mazlina, kelahiran Darwisya tiada beza dengan bayi lain, malah dia sendiri tidak mengalami sebarang alahan atau tanda pelik. Anak sulungnya itu sendiri lambat berjalan dan bertutur.

“Namun, sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkannya ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Mazlina yang menjalankan perniagaan sendiri berkata, setiap pagi anaknya diperdengarkan bacaan al-Quran terlebih dulu sebelum mereka mula menonton televisyen.

Pada waktu malam, dia mengambil masa 30 minit sehingga satu jam untuk mengajar anaknya mengaji mengikut kaedah Iqra’.

Baginya, tiada rahsia besar di sebalik keupayaan anak-anaknya itu kerana semua ibu boleh memiliki anak seperti Darwisya Adriana asalkan ia disertai teknik pembelajaran tepat.

“Asalnya saya mahu menghantar anak saya mengaji al-Quran di tempat yang menyediakan perkhidmatan itu, namun tiada seorang pun yang sanggup mengajar Darwisya Adriana yang ketika itu baru berusia setahun.

“Justeru, saya mula mencari kaedah sesuai mengajar anak bermula daripada lahir sehingga usia tiga tahun,” katanya.

Mazlina menggunakan set buku dan VCD Al-Furqan bermula sejak bayi sehingga kedua-dua anaknya mengenal huruf dan boleh membaca.

Selepas set berkenaan habis dibaca, dia menyambung kepada buku Iqra’ jilid satu hingga enam dan untuk hafazan, dia menggunakan kaedah Al-Huffaz iaitu buku hafazan untuk satu juzuk dalam satu set.

“Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid sempurna, saya selalu memperdengarkan pada mereka bacaan al-Quran daripada VCD pada setiap pagi dan Maghrib.

“Dia sendiri akan tahu bacaannya salah kerana selalu mendengarnya daripada VCD,” katanya.

Kemampuan Darwisya Adriana turut diuji Akademi Darul Huffaz yang terletak di Kajang serta mendapat sijil hafazan 30 surah terakhir daripada akademi terbabit.

“Tentunya ini satu pencapaian yang amat membanggakan saya. Saya berharap anak saya dapat khatam al-Quran sebelum usianya mencecah empat tahun,” katanya.

Mazlina juga amat mementingkan pemakanan untuk anak-anaknya kerana makanan yang terjamin halal wajib untuk penghafaz al-Quran.

Antara makanan yang biasa diberikan untuk anaknya ialah kacang badam, kismis, kurma, madu, habbatus sauda, buah zaitun dan air yang dibaca dengan surah Taha.