it all about me......

Blog Archive

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Bisikan hati seorang guru...


Realiti yang biasa berlaku.. Dalam sedar atau tidak.. Guru-guru yang mengajar di peringkat awal dilupakan.. Yang dikenang hanyalah guru-guru yang mengajar ketika Tahun 6 sahaja di agungkan...
Maaf pd penulis.... Sy sekadar berkongsi krn perkara sebegini mmg realiti.... 😍 
Bukan hanya cikgu2 pra malah guru2 tahap 1 dan guru pemulihan. 
Dia memerhati dari jauh. Matanya tepat menyorot ke arah pentas. Satu demi satu nama murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR diumumkan. 
Tangannya tak henti-henti bertepuk dan bibirnya tidak henti tersenyum. Sesekali dia menyeka air matanya yang tumpah. Satu demi satu murid cemerlang UPSR turun pentas dan berjumpa guru-guru Tahun 6 mereka. Saling berpelukan dan saling mengucapkan terima kasih kepada guru Tahun 6 tu. Apabila sampai kepadanya, murid cemerlang berlalu dan terus mencari guru Thn 6 yg lain. Hatinya bungkam dan sayu. 

Sesekali ibu bapa murid Thn 6 cemerlang juga lalu lalang dihadapannya. Ada yg membawa hadiah, ada yg tersengih2 bangga. Mata meliar mencari guru Thn 6 yg mengajar anak mereka. Berpeluk dan beria2 mengucapkan terima kasih. Sekali lagi hatinya bungkam dan sayu. Kelibatnya di depan mata mereka umpama bayang2. Nmpk tapi tidak dipedulikan. 

Dia mendekati murid2 cemerlang Upsr dan menepuk bahu mereka. "Tahniah ya..cikgu bangga dgn awak..". Murid cemerlang hanya senyum meleret tanpa berkata apa2. 

Maka Dia terus berlalu dr situ. Menuju pantas ke kelasnya. Kelas yg jauh dr bangunan utama sek. Satu kawasan yg lengkap dgn kelas yg ceria dihiasi dan taman mainan mini. Di kelasnya telah menanti 25 murid keletah 6 thn.  
"Cikgu pergi mana?"
"Cikgu..td Ammar curi pensel saya"
"Cikgu.. Marsha x bagi pemadam"
"Cikgu.. td Siti menangis sbb Hamdan tolak dia"
"Cikgu..saya nk pergi tandas tapi Arsyad baling selipar kat tong sampah"
"Cikgu..cikgu..cikgu..."

Itulah peranannya setiap hari. Melayan dan mengajar anak2 yg zero kpd hero. Namun bila telah dewasa, dirinya tidak dipedulikan. Malah jika berselisih pun tidak diberi salam. 

Dia redha, dia sedar. Peranannya dilihat terlalu kecil utk diraikan. Apatah lagi utk diikhtiraf. Apa bukti sumbangannya kpd kemenjadian murid? Tiada kayu ukur utk menilai kejayaan itu.  
Namun di Tahun 6, jika ada walau satu A pun, guru itu sudah dinilai hebat dan berjaya. Apatah lagi jika 6A. 

Dari tangannyalah yg memegang tangan murid cemerlang tadi utk menulis dgn cara yg betul. Dari suaranya yg lunak lah yg mengajar huruf dan nombor. Dari sifat sabar dan kasih sayangnya dia melayan karenah anak2 6 tahun yg manja dan mahukan perhatian. Dia umpama ibu dan guru dlm satu masa. Dialah yg menabur ilmu dan membentuk sahsiah murid yg pertama sekali.

Tp setelah 6 thn.. Dia tidak lagi dipedulikan. Dia tidak lagi dipandang. Apatah lagi mendapat ucapan terima kasih atas jasanya dan yg rindukan pelukannya.

Tabahlah Guru Prasekolah. Redhalah atas segalanya. Halalkanlah ilmu pertamamu utk murid cemerlang tadi. Jika jasamu tidak dipandang di dunia, semoga pahalamu membawa ke syurga nan abadi...
p/s : bukan luahan hati ataicha ye.. luahan dan bisikan hati guru..

Renungan : NASIHAT buat Diri...


Usahlah berbangga dengan kejahatan yang kamu lakukan, 
kelak kamu akan dimalukan dengan kejahatan itu,

Usahlah berbangga dengan kebaikan yang kamu lakukan,
kerana kamu akan membencinya apabila tiada orang yang memerhatikan kamu,

Jangan ada merasa puas dengan amalan kamu,
kerana kamu akan tinggalkannya,
setelah kamu berasa sudah banyak beramal dengannya,

Beramallah kamu,
tetapi jangan berasa kamu beramal... 

Telegram : @quotephotovideo


Renungan : Ikhlas


Yang menghubungkan kita dengan Allah ialah ikhlas, bilamana ada ikhlas barulah kita dipandang Allah.
Ikhlas itu seperti apa?

Kamu memiliki tetapi, tidak merasakan kehilangan apabila memberinya.

"Orang mukmin yang hebatitu, dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal" [Almarhum Tuan Guru Haron Din AL-Hafiz]

Moga kita ikhlas.

#copypaste #renungan

[Renungan] Luahan Abah kepada Puterinya...


Puteri abah, kasih sayang abah.

Abah ini bukanlah mampu membeli kereta mahal-mahal jika kamu nakkan ia. Tetapi jika abah mampu, abah akan usahakan. Abah juga tidak mampu membeli hanphone beribu harganya buat kamu. Tapi jika abah masih kuat kudrat, abah akan usaha belikan.

Abah ini sudah tua. Tengok lah tangan abah. Dah berkedut. Kulit tapak tangan abah juga sudah keras. Tapi puteri abah, ingatlah, walaupun tangan abah begini, abah akan lindungi puteri abah. Jika ada lelaki yang mengganggumu, dengan tangan ini abah akan menumbuk dia. Jika barangmu yang ingin dibawa masuk ke hostel itu terlalu berat, dengan tangan abah ini, abah akan mengangkatnya. Untuk puteri abah, apalah sangat duit yang abah beri untuk belanja diuniversiti. Kalau yuran dan bukunya mahal sekalipun, abah tak akan kata apa kerana bagi abah, nilai anak abah yang dianugerahkan Allah itu tidak ternilai harganya kalau nak dibandingkan dengan duit buku yang tebal dengan harga ratusan.

Kafang puteri abah ini telefon nombor abah tapi nak cakap dengan mak. Kata rindu sangat pada mak. Aabah tak kisah sebab abah tahu betapa peritnya mak kamu mengandungkan dan melahirkan kamu. Tapi sekali, abah ingin juga dengar puteri abah ini kata "rindu abah". Tapi kalau malu, tak apa lah. Kalau hati puteri abah ini dah rasa rindu kat abah pun dah cukup. Abah dah gembira dah.

Anak abah, puteri abah, kasih sayang abah, anugerah abah...

Jaga dirimu anakku. Tutuplah auratmu dengan sempurna. Abah dah buat macam-macam buat kamu. Sanggupkah kamu tengok abah masuk neraka? Walaupun abah sentiasa berusaha gigih supaya kamu dan abah bersama di syurga.

Puteri abah sukakan seseorang? Abah ook. Tapi janganlah buat abah sedih. Abah jaga puteri abah dari kecil tapi kamu sanggup bagi semuanya pada lelaki yang abah pun tak kenal. Kamu boleh MESEJ dia hari-hari, tapi sehari kamu nak mesej abah pun payah. Tak sayangkan abah? Jagalah maruah kamu anakku. Kalau bukan untuk abah, untuk diri kamu sendiri.

Ajal abah entah bila akan sampai. Abah dah tua. Lama sudah abah hidup. Dari kamu tak boleh bercakap, sampailah kamu dah berlari sana-sini masuk dewan kuliah. Entah-entah abah tak sempat tengok kamu kahwin. Tak sempat tengok kamu habis belajar pun. Tapi cukup bagi abah, ada puteri macam kamu. Cantik, baik, pandai dan sayang abah. Kalau abah tak ada sebelah kamu pun, tak apalah. Kasih sayang abah sampai bila-bila ada buat puteri abah.

Abah menangis bila tengok kamu tidur. Menangis sebab terharu melihat kamu membesar dengan baik. Tapi janganlah pulak kamu menangis banyak sangat bila abah tidur panjang. Sebab yang pergi ialah abah, bukan kasih sayang abah. Abah tinggalkan kasih sayang abah buat puteri abah yang manis ini.

Belajar elok-elok. Pilih suami elok-elok. Jaga diri elok-elok. Banyak lagi sebenarnya abah nak cakap. Tapi abah takut, tiba-tiba ajal abah sampai, tak sempat pula abah send pesanan abah ini. Sudahlah ye, Abah pergi dulu, Assalamualaikum wahai puteri abah, kasih sayang abah. Abah sayangkan kamu.

Sumber Forward Whatapps / Facebook

Budak Maut Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City


Seperti ramai yang sedia maklum mengenai seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat 2 di KenangaWholesale City. Ramai yang suka share gambar mangsa dan video mengenai kejadian tersebut. Biasalaa kan berita panas.. sepanas goreng pisang....

Susulan dari itu, ibunya dikecam di media sosial...bagi ataicha, perbuatan menyebar gambar mangsa yang meninggal agak kurang elok dan mengaibkan keluarga... dan bila video semasa kejadian itu disebarkan pula.. sedikit sebanyak menyebabkan orang mula mengecam ibunya...

Ajal dan maut sudah ditetapkan... cuma bagaimana kita dijemput yang kita tidak pasti.. So usahlah menambah dosa mempersalahkan ibunya. Adakah kita tahu perkara sebenarnya? Rasanya ramai yang tahu menghukum di atas perkara yang kita tidak tahu asal usulnya... Mungkin ibunya mencari ahli keluarga yang lain?

Kepada ibu tersebut dan seluruh ahli keluarga mangsa, bawa bersabar dan hadapi kenyataan bahawa ajal anak telah tiba.. Doakan agar anak tersebut ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. amin..

Kepada rakan-rakan... hentikan menghukum, menyebarkan gambar dan cerita yang tidak pasti... tak pasal-pasal menjana dosa-dosa FREE.. menyebarkan cerita yang tak pasti seolah menfitnah.. sebagai umat Islam, masing-masing tahu akan hukum fitnah kan??

Jadikan segala kejadian sebagai pengajaran... Amin.......

Renungan - Tuhan Itu Wujud?


Tuhan itu wujud?

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si  penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui Rasul serta ahlul bait dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Renungan | Sayu - Mesej terakhir seorang ayah kepada anaknya di Fb


Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. 

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. 

Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini. 

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

Sampaikan kepada Wanita...


dalam sesi blogwalking tadi... ataicha tertarik akan satu artikel yang bertajuk Sampaikan Kepada Para Wanita... ataicha rasa agak menarik jika artikel ini dikongsi dengan rakan2 lain kan... iya la benda yang baik elok dikongsi.. tak baik kita ingatkan..




1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. (jadi wanita yang solehah dikira lebih baik dari 70 org wali dan lelaki soleh.. tinggi darjat tue)

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. (wah.. kalau jahat plak.. kira jahat yang amat teruk... )

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. (wanita yang hamil... solat anda lakukan adalah lagi baik dari orang biasa.. )

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. (mungkin ini meransang wanita kita beri susu badan kepada bayi mereka.. )

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. (susah dah nak tengok benda ni.. iya la 2-2 berkerja.. sama2 penat.. sesapa yang tau mungkin akan buat.. huhuhu)

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. (ibu mana tak sayang anak kan?.. )

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.(elok amalkan.. elok tau)

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. (wah mudahnya... wanita nak masuk syurga.. awal 500 tahun dari suami dia lagi tu.. )

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.(amalkan bismillah dalam setiap perbuatan erk..)

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. (ni tak.. selalunya kita duk nyanyi lagu je..)

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka. (senangkan.. jaga solat... puasa.. pastu taat kat suami... dah boleh pilih pintu syurga yang mana suka.. tak nak rebut ke?)

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. (ramai wanita tak mau mengandung.. nanti x comel la.. apa la.. rugi tau..)

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. (jaga adab korang tau.. senang je nak dapat ganjaran sebegini.. )

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. (kalau ataicha boleh menyusukan anak sendiri.. sure ataicha rebut.. iya la masa ni la akan menjalin keintiman hubungan anak dan ibu... )

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. (tutup aurat ye cik adik sekalian..)



Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc....


Hadis Nabi Mengenai Wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam..

Dipetik daripada Bayan Mastura

Hadith Palsu Mengenai Kelebihan Tarawih....


Artikel kali ini.. ataicha copy paste dari blog :: Nur Is Cahaya ::: (http://isallaboutnur.blogspot.com/2010/08/hadith-palsu-kelebihan-terawih.html).. sebab pernah persoalan ni ditanya dan dibincangkan oleh rakan2 ataicha beberapa hari lepas.. cuma ataicha masa tu takde point sangat nak bincang pasal hal2 ni.. iya la silap cakap boleh jadi dosa kan.. so buat rakan2 yang kurang pasti ni mungkin boleh dijadikan sebagai jawapan untuk persoalan ini... iya la tak elok pilih2 malam apa nak tarawih kan?..



HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.


SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:


Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
Malam kesembilan:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi M
uhammad S.A.W.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan.

Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.

Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya.

Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam?

Seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.

Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.


Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.



Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.



Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH

Lot 1499, Taman Seri Demit,
Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian ,
16150 Kota Bharu, Kelantan.



p/s : ataicha tau... bila kuar hadis gini semangat orang nak gi terawih makin banyak kan?..
cuma perlu diingatkan sebab ni dah kira pemalsuan hadis.. so x perlu la ye nak mempercayainya.. semoga menjadi iktibar kepada rakan2 lain... sekali lagi ataicha kredit kat blog Nur Is Cahaya erk...

Terkejut pun ada...


Salam Ramadhan, tadi one of my friend share satu snap shoot dari facebook...
Terkejut bila baca apa yang ditulis oleh sorang mamat nie...


Ni yang full....[besarkan untuk bacaan lebih jelas]

Hmm mamat ni rasa dia terperangkap dengan hidup sebagai seorang Melayu dan Islam.. hmm ntah laa.. orang macam ni pun ada... hope dia diberi hidayat untuk Islam... tu kadang2 aku rasa budaya PUNK @ Metal boleh menyesatkan remaja2 kita... kalau setakat minat muzik mereka aku rasa x salah.. tapi yang salah ikut budaya dan fahaman yang dibawa tu yang salah....

semua rasa betul... so korang rasa?...

ataicha ada gak search kat FB tapi x jumpa profile mamat ni sebab dia mungkin hide from public kut...

[update : ni link fb beliau http://www.facebook.com/salleh.g.samsa



Adakah kamu lebih kurang gini?


Salam 2 Ramadhan... so semalam dah cukup sehari kita berjaya menunaikan ibadat puasa dengan jayanya.. ada kat sini kantoi x puasa ke?.. jangan tinggal kalau tiada sebab yang membolehkan anda tidak berpuasa tau.. x baik....

Terpandang picture kat atas nie.. ataicha ingin mengucapkan Selamat Berbuka Puasa untuk petang nanti.. lebih kurang kul 7 lbh... masing2 dah tak sabar nak menjamu selera kan?.. cuma harap2 takde la bernafsu macam lelaki kat atas tu.. takut plak tengok.. baru 12 jam berpuasa.. ni gaya cam seminggu tak makan je...

Sekadar berkongsi... selama setahun perut kita ni x berhenti2 berkerja... so di bulan puasa ni.. perut kita dapat berehat sedikit.. badan kita ni seolah macam mesin gak... tak boleh la nak jalan 24 jam je.. ada masa kena rehat gak.. so ketibaan puasa ni seolah memberi peluang untuk perut kita berehat.. kita nak hidup lama kan... so puasa laa... ni puasa yang wajib... bukan sunat...

tapi kalau berpuasa pun .. kalau gaya makan cam gambar atas tu... ataicha rasa sama gak... cam x rehat perut korang menjana makanan tue.. :p

di bulan puasa sedar atau tidak korang sebenarnya telah mencuba atau menghayati kehidupan orang susah.... korang leh bayangkan tak orang2 miskin di luar sana.. yang sukar untuk mendapat sekurang2 sesuap nasi?.. so far kelaparan yang diaorang derita atleast dapat korang rasai.. so jangan la lupa nak bayar zakat fitrah nanti.. walaupun nilai nya x la mahal tapi sekurang2nya korang membantu dan zakat fitrah adalah salah satu rukun islam ye kawan2.. so dalam bulan ramadhan ni korang dah mempratikkan 4 dari Rukun Islam...

soalan cepu mas kat sini.. korang ingat tak Rukun Islam?..

Kalau ingat-ingat lupa, ataicha nak kongsi la erk...

Yang pertama, mengucap 2 kalimah syahadah.... yang ni selalu korang sebut dalam sedar atau tidak.. paling kurang 9 kali sehari... iaitu semasa korang solat... kalau tak solat tu lain cerita la erk...

Yang kedua... solat 5 waktu... ni dah sah2 tiang agama.. yang wajib.. kalau korang tinggal maknanya korang dah merobohkan agama... so fikir2kan...

Yang ketiga.. berpuasa di bulan Ramadhan... so korang dah menunaikan salah satu rukun Islam kan?..
" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)[3]

Yang Keempat...Membayar zakat... so di bulan ini korang akan melaksanakan ibadat ini dengan membayar zakar fitrah....

Yang kelima...Menunaikan haji di Mekah jika mampu....

so nampak tak sepanjang bulan ramadhan ini... anda semua dah melaksanakan hampir kesemua ibadat yang menjadi rukun Islam... yang tak dapat korang laksanakan di bulan2 lain...

pahala dan ganjaran yang diberikan dibulan ini diganda2 kan... so rebut2 kan membuat ibadah2 sunat dan yang wajib jangan tinggalkan.... semoga kita diizinkan bertemu dengan malam lailatulqadar yang dimana pada malam tersebut ganjaran dia lebih baik dari 1000 bul

Begitu indah cerita ini...


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.

Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.
Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.


“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”


Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.
Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”


“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”


“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.
Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong.
Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”


Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.
Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”


“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.
Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”


“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia.
Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”


Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati atau kesihatan diri menurun . Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!”
terang saya panjang lebar.


“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”


“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Categories

haziq naufal (87) ataicha (41) Keisha Zara (26) Raja Petra Family (20) Jalan-Jalan-Ataicha (17) Mrs Ataicha (15) renungan (12) Hana Batrisya (11) mylife (11) Coretan Mengenai Anak-Anak (10) Che Rahim Family (9) Harian Metro (9) tazkirah (9) misi1hari1gambar (8) World Cup 2010 (7) salam takziah (7) zul imran papaju (7) Al Fatihah (6) IT Tips (6) Kosmo (6) Aniff Nur Atika (5) Happy Birthday (5) Lirik Lagu (5) contest (5) gshock (5) Big Data Team (4) Gossip Artis (4) Spain (4) hobby (4) kelantan (4) wasiyyah shoppe (4) 18SX (3) Baby Boys (3) GITN (3) Germany (3) Jalan-Jalan Cari Makan (3) Mahamahu (3) Masakan (3) Photo Album (3) Raja Faizah (3) Raja Fazida (3) Rujukan Ataicha (3) Taman Layang-Layang (3) Ulang Tahun Perkahwinan (3) Urusan kerja (3) ariff sufyan (3) artikel harian metro (3) batch 1997-1998 TI Kuantan (3) orang minyak (3) orang minyak laksamana (3) photographer (3) smt kuantan (3) Abang Man (2) Ahmad Tajuddin (2) Akmal-Hafiz (2) Ataicha Training (2) Award (2) Azam Azrin (2) Darnalis (2) GIveway (2) Hadif Zafran (2) Kuching (2) Laksamanapuri Condo (2) Malaysia (2) Man Utd (2) Mohd Suhaimi (2) Penang (2) Petua (2) Raduzita (2) Raja Aseri (2) Raya Aidilfitri 2014 (2) Related Bola (2) Selamat Hari Raya (2) Selamat Pengantin Baru (2) Sharp ESX115 (2) Teknik-1-Kuantan (2) Tutorial (2) Ucapan Tahniah (2) asyraff shukor (2) ataicha Reference (2) ataicha jr (2) baseball cap (2) caps collection (2) collection (2) covid19 (2) demam (2) diyrepair (2) fakta (2) gembeng (2) hairul safar (2) http://hatt4.wordpress.com (2) jamuan raya (2) keratan akhbar (2) makanan (2) misiturunberat (2) my little prince (2) ramadhan (2) rezeki (2) tip komputer (2) tournament bowling (2) training (2) #fooddelivery (1) 2012 Contest (1) 2012 Special Giveway (1) 4 ADIL (1) ASTRO (1) Agar-agar laici (1) Ajwad Nurajmal (1) Akram (1) Al-Quran (1) Alamanda-Putrajaya (1) Along-Anak-Tuan-Rumah (1) Alwey Sham (1) Ameen Husaini (1) Ampang Pecah (1) Ana-Ikan-Bakar-Petai (1) Anak Sepupu (1) Aneh Tapi Benar (1) Armada (1) Aroma Ikan Bakar Jeram (1) AyahDe (1) Azam Tahun Baru (1) BA-110JM-4 (1) BTP (1) Bangi (1) Bank Location (1) Bantuan Prihatin Nasional (1) Bayi Tersedak Susu (1) Belimbing Hutan (1) Biz lumayan (1) Boboiboy Galaxy (1) Boss-Babi (1) Brazil (1) Buat Duit (1) Bukit Tinggi (1) Cameron Highlands (1) Cara Nak Dapat Title "Datuk" (1) Carlo Ancelotti (1) Chelsea (1) Christiano Ronaldo (1) Coca-Cola (1) Contact (1) Cuti 1TM (1) DW6900-SB-9 (1) Data Warehouse (1) Edwin Van Der Sar (1) Ejen Ali The Movie (1) England (1) England vs Wales (1) Exinda (1) FREE (1) Facebook (1) Facebook Notification (1) Fadhilat Ramadhan (1) Felda (1) Final Sea Games 26th (1) Flip Text Generator (1) Fortigate (1) G-Shock (1) GAX100-MSA-4 (1) Gaji Menteri (1) Galaxy Tab 2 (1) Gambang Safari Park (1) Gambang Water Park (1) Gambar Lucu (1) Gembeng Reunion (1) Gombak (1) HBase Master (1) Hack (1) Hael Husaini (1) Hal Ehwal Islam (1) Hal Semasa (1) Hala tuju selepas SPM (1) Happy Deepavali (1) Hari Bapa (1) Hari Belia Negara 2012 (1) Hari Persahabatan Sedunia (1) Harta Pusaka (1) Hartanah (1) Have a tEa wiTh MiszLuLLaby (1) Hero Kartun (1) Hina Johor (1) Hotel Malaysia (1) IT Related (1) Indonesia (1) Indonesia vs.Malaysia (1) Info Kereta (1) Islam (1) Isu semasa (1) Janda Kena Tipu (1) Jantung (1) Jatuh Motor (1) Jenis Lelaki (1) Jokes (1) Jual Mercun (1) Juara Kelantan (1) Juara Master Chef Pertama (1) KLCC (1) Kak Long (1) Kamera Handphone (1) Karoot Komedia X (1) Kekasih lama (1) Kelakar (1) Kelantan Juara Piala Malaysia (1) Kemalangan (1) Kematian (1) Kempen 1 Blog 1 Bendera (1) Kenali Bayi (1) Klinik Panel (1) Legoland Malaysia (1) Lelaki (1) Lensa Buruk The Contest (1) MCMC (1) MH370 (1) MPP (1) Madihah (1) Mahadir (1) Mahattan Firstmarket (1) Main Futsal FREE (1) Majlis Sukaneka Hasanah Kids (1) Malaysia Boleh (1) Masalah Harta Pusaka (1) Masterchef Selebriti Malaysia (1) Mat Sabu (1) Mee Kari Nyonya (1) Megat Iskandar Shah (1) Menang Contest (1) Mia Nurqaisara Afrina (1) Mohd Lukman (1) NSK (1) Naib Johan (1) Naik HARGA (1) Nama Bayi Islam (1) Nama-nama Islam (1) Netherland (1) Nobody (1) Nor Azita Osman (1) Nur Is Cahaya (1) Nurul Gersang (1) OCBC Bank (1) P1 WinMax (1) PERKESO (1) Pantang (1) Pasar Malam (1) Paybox.me (1) Pemanggang Ajaib (1) Pemanggang Ikan Ajaib (1) Pengorbanan ibu (1) Penutupan Jalan (1) Perangsang Templer Golf Resort (1) Percutian Ataicha (1) Perempuan (1) Peristiwa (1) Phone (1) Piala Malaysia 2010 (1) Politik (1) Presint 18 (1) Promo TM (1) Promosi Terhad (1) Public Bank (1) Pukul Emak (1) Putrajaya (1) QR Code (1) Raja Muhammad Harith Haziq (1) Rambut Bayi (1) Rancangan HyppTV Percuma (1) Raya (1) Raya Haji (1) Recover Password (1) Remaja (1) Reset password Admin (1) Ringtones Samsung (1) Rodeo Steakhaus (1) Rooney (1) SK Blau (1) SK Hendrop (1) SK Pos Brooke (1) SK RPS Banun (1) SRK Clifford (1) Salbys Volcano (1) SeHAT (1) Season View (1) Seksyen 302 (1) Seksyen 307 (1) Selamat Hari Guru (1) Selayang (1) Serang Gereja (1) Servis Motor (1) Setia Hujung Nyawa (1) Seventeen (1) Simbah Menyimbah (1) Skim Rumah Pertamaku (1) Sogo SALE (1) Solar Audit (1) Sri Gombak (1) TM Rewards (1) Tadika Hasanah (1) Tahun Baru 2011 (1) Taska Haram (1) Tasmik (1) Tayar Kenderaan (1) The Karate Kid (2010) (1) Theory Matematik (1) Tip Petua (1) Tips Harmoni (1) UNIFI MOBILE (1) UPSR (1) UPSR 2012 (1) UiTM (1) Version Robot (1) Video Seks (1) Video Youtube (1) Waka Waka (1) Warih Ku Meran (1) YDP (1) ataicha SQL QUERY (1) azam photo (1) baby Girls (1) balik kampung (1) bangsar (1) bapa saudara (1) berat (1) berbuka puasa (1) berita (1) bertudung (1) blackberry (1) buang bayi (1) bulan ramadhan (1) cabaran copy menang (1) cara-cara tanam uri (1) cisco ccna (1) congrate (1) copy paste (1) creativity (1) darkcurse (1) dataontap (1) design (1) dugaan (1) duit tercicir (1) e-filling (1) gambar kelas (1) gnesop.com (1) gout (1) grafik (1) gshockfanclubmalaysia (1) gst (1) gym (1) hacker (1) hadapi dengan senyuman (1) handset (1) hantu raya (1) hargai nikmat (1) hibah (1) hypptv box (1) iCity Shah Alam (1) icha (1) iflix (1) intensedebate (1) jawatan kosong (1) jengka 17 (1) kain japanese cotton (1) katak (1) kejam (1) kenangan (1) kenapa aku.. (1) kerang (1) keretaku (1) kurus (1) layout baru (1) licin (1) linux (1) malware (1) masa (1) mmu (1) motivasi diri (1) myvi terbang (1) nasi daun pisang (1) nasi kerabu mahal (1) nik mohammad aryan (1) nikmat (1) novel best (1) pelajaran (1) pelancaran sistem e-tasarruf (1) pemanggang (1) penat (1) pendoman (1) penipuan di internet (1) petua ibu hamil (1) petua orang dulu (1) photofunia (1) preparation raya (1) pulai spring resort (1) pulau pinang (1) referkawan (1) restoran anis puteri pantai dalam (1) rezeki anak (1) rumah baru (1) rumah lama (1) saba restoran (1) sakit gigi (1) sakit tekak (1) scam (1) scammer (1) scammer0166692513 (1) sekolah mengandung (1) selsema (1) setiawangsa (1) skim cepat kaya (1) sms mengarut (1) streamyx (1) suami gay (1) suamiisteri (1) tadika baru (1) testing (1) tip blogging (1) tipu orang (1) trainning (1) ucapan Hari Raya Aidilfitri (1) ulu yam (1) wasiat (1) windows (1) xamarin mobile developer (1) yahoo mail (1) zakat fitrah (1) zoo negara (1)