Diary of ataicha: Boboiboy Galaxy

it all about me......

Recent

test
Showing posts with label Boboiboy Galaxy. Show all posts
Showing posts with label Boboiboy Galaxy. Show all posts

Tuesday, November 12, 2019

Trend Kad Boboiboy Elemental plak...

Tuesday, November 12, 2019 0
Trend Kad Boboiboy Elemental plak...
Alahai kad ni plak mai.... so kepada ibubapa yang ada anak-anak sekolah rendah... jaga-jaga laa ye.. start dah permintaan untuk dapatkan kad ni dari anak-anak...

Ahad lepas, Naufal dan Keisha dah minta nak... so belikan dua pack setiap sorang.. harga satu pack ni RM3.90... dalam ni ada laa 6 keping kad... pastu cara main kalau tengok youtube siap ada aksi...
Kalau nak main katanya sorang kena ada 20 kad... so atleast kena beli 4 pack sorang... hmm banyak nya nak beli... 

Kat mana nak beli? ada dijual di 7Eleven, MyNews, Popular dan kedai-kedai yang terpilih... Kalau online boleh beli kat Monsta, Lazada, Shoppe.. Cerita ahad lepas, 2 7Eleven yang gie tiada kad ini.. so dah ada drama berlaku ye...

Ni cara main kat Youtube... Tengok dan Faham...



So....kita tengok laa trend ni sampai bila laa ye..

Rumusan cara nak main...
1) Perlu ada gelanggang atau dipanggil arena. Gelanggang atau arena ini ada dua bahagian untuk 2 pemain.. Setiap bahagian pemain perlu  ada 4 zon.. iaitu Zon Dek, Zon Menang, Zon Aktif, Zon Kalah.
2) Setiap pemain perlu memulakan dengan satu Dek Kad. Setiap satu Dek perlu ada 20 keping kad. Hanya 2 kad yang sama sahaja dibenarkan dalam satu Dek.
3) Pastikan Shuffle dahulu kad masing-masing sebelum memulakan permainan.
4) Ambik 3 kad dari Zon Deck, dari atas ye, pegang di tangan. Selepas itu pilih satu kad sahaja ditangan dan letakkan di Zon Aktif secara terbalik(Jangan bagi lawan nampak).
5) Dalam kiraan tiga, kad di Zon Aktif dibuka serentak.
6) Periksa bacaan HP dan Attack ye.. HP yang atas, Attack yang bawah. Dan juga Efek Kad Aktif masing-masing.
7) Baca Efek kat kad ye. so contoh "Kurangkan Setengah dari ATK Kad Lawan". So katakan Kad lawan Attack kad lawan 300. Sepanjang aksi perlawanan ni kiraan Attack Kad tersebut hanya 150 je ye.
8) Giliran menyerang, ni main osom ye.. kalau ikuta boboiboy ni guna Batu, Gunting dan Kertas. Faham tak cam ne nak tentukan kemenangan?
Batu vs Gunting (Batu Menang)
Gunting vs Kertas (Gunting Menang)
Batu vs Kertas (Kertas Menang)
9) Dah menang baru kira attack.. so cam ne nak kira... kata laa Attack penyerang 200 HP pihak lawan 250... so pihak lawan HP dia tinggal 50. So osom balik sampai, menang osom serang. Sampai laa HP 0, dan siapa yang HP kosong dikira kalah. Kad yang kalah diletakkan di Dek Kalah secara terbalik. Dan pihak yang Menang akan meletakkan kad yang menang di Dek Menang.
10) Ulang permainan sampai lah pemain mendapat 5 kad Menang di Dek Menang akan dikira sebagai pemenang.

Good luck ye...