Diary of ataicha: wasiyyah shoppe

it all about me......

Recent

test
Showing posts with label wasiyyah shoppe. Show all posts
Showing posts with label wasiyyah shoppe. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

IKLAN : Seminar Hibah Peringkat Kebangsaan 2013 @ 16 Februari 2013

Tuesday, December 04, 2012 0
IKLAN : Seminar Hibah Peringkat Kebangsaan 2013 @ 16 Februari 2013
Jom sertai Seminar HIBAH Peringkat Kebangsaan 2013 yang akan diadakan pada 16 Februari 2013 di Dewan Auditorium FRIM Kepong yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Seminar ini dianjurkan oleh Syarikat Wasiyyah Shoppe Sdn Berhad. Syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan Pengurusan Harta Pusaka yang beralamat di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Pembentang yang dijemput adalah Prof. Madya Ridzuan Awang, Ustazah Noor Lizza Mohamed Said dan Ustaz Mohd Zamro Muda.

Prof. Madya Ridzuan Awang merupakan Prof. Madya Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM, Ustazah Noor Lizza Mohamed Said pula merupakan Pensyarah Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM dan Ustaz Mohd Zamro Muda pula dari Pensyarah Kanan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM.

Penyertaan adalah terhad kepada 200 orang sahaja. Yuran pendaftaran adalah seperti berikut :
- Orang Awam - RM100.00
- Pelajar - RM50.00
- Perunding Wasiyyah Shoppe - RM70.00


Cara untuk mendaftar sila hubungi 03-6257 9573 atau sms ke no. 013-260 0832 dengan cara hantarkan DAFTAR

Kaedah bayaran adalah bayar ke akaun Maybank 564016604335 - WASIYYAH SHOPPE.

Bayaran tadi meliputi nota, makan dan minum.

Rebutlah peluang anda mendalami ilmu Hibah dari orang yang pakar erk... Jangan tanya ataicha.. sebab ataicha just promote je.. :)




Monday, February 27, 2012

Konvensyen Wasiyyah Shoppe 2012

Monday, February 27, 2012 0
Konvensyen Wasiyyah Shoppe 2012
Konvensyen Wasiyyah Shoppe di Media House MITC, Melaka, pada 29 September 2012. Tiket Konvensyen boleh dibeli dari Ibu Pejabat Wasiyyah. Untuk pertanyaan lebih lanjut sila hubungi 03-6250 9573 – En. Azizan

Thursday, October 6, 2011

Konvensyen ke-2 & Pelancaran Sistem E-Tasarruf

Thursday, October 06, 2011 0
Konvensyen ke-2 & Pelancaran Sistem E-Tasarruf
Salam semua, maybe semua tertanya-tanya apa yang ataicha buat kat Perangsang Templer Golf Club sabtu lepas kan?? Takde pape pun, actually company lama minta pertolongan dalam pengendalian sound system semasa konvensyen mereka. Dah minta tolong so, ataicha datangla menolong.... huhuhuhuhu

Ni antara gambar-gambar yang berjaya disnap oleh ataicha.... 
pic atas ni, sebelum event bermula, pakat-pakat sarapan... 
nasi lemak, donut dan air teh tarik.. nyum-nyum... 

ni try ambik dari atas... saja test2 angle... 

Friday, June 11, 2010

Adakah anda sudah merancang Harta Pusaka??

Friday, June 11, 2010 0
Adakah anda sudah merancang Harta Pusaka??
apa kena ngan title atas.. xde la ni aku baru lepas wat leaflap untuk company lama aku.. so rasa elok gak share sini.. mana tau korang berminat... so leh la contact company nie..


klik atas gambar untuk lebih clear... details pasal benda ni leh gie ke official website WSSB : http://www.wasiyyahshoppe.com.my

Maybe ada yang rabun plak.. so aku paste laa apa yang ada kat leaflap nie untuk tatapan korang erk...

ADAKAH ANDA DI DALAM KATEGORI INI?
• Mempunyai Penama didalam KWSP, Tabung Haji, Insurans dan Takaful
• mempunyai ANAK PEREMPUAN sahaja
• mempunyai ANAK ANGKAT
• TIDAK MEMPUNYAI ANAK
• mempunyai ANAK LELAKI sahaja
• mempunyai ANAK PEREMPUAN dan ANAK LELAKI.

Sekiranya YA, adakah anda tahu IMPAKNYA? Apakah impaknya apabila anda dipanggil pulang oleh Allah SWT?

Tahukah anda:

Jika anda mempunyai ANAK PEREMPUAN sahaja?
• adik beradik si mati juga akan mewarisi sebahagian harta!

Jika anda Tidak mempunyai anak?
• isteri hanya menerima ¼ bahagian sahaja dan sebahagian mungkin akan diwarisi oleh adik-beradik si mati!

Jika anda mempunyai Anak Perempuan dan Anak Lelaki?
• anak perempuan menerima 1 bahagian dan anak lelaki 2 bahagian harta sedangkan kasih sayang kepada anak tiada bezanya!