Diary of ataicha: Jalan-Jalan Cari Makan

it all about me......

Recent

test
Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

Berbuka dengan team Product

Wednesday, July 23, 2014 0
Berbuka dengan team Product

Majlis berbuka puasa untuk team product.. tahun ni sama je cam tahun lepas.. Restoran Anis Puteri (Kajol) kat Pantai Dalam..

Sambutan kehadiran tak semeriah tahun lepas.. dah akhir Ramadhan.. masing-masing dah penat nak tempuh jem nak kesana.. hehehe..

Ini antara yang hadir.. semua datang bujang je, tak bawa family.. sebab malas nak fikir nak redah jem kut...
Antara lauk-pauk yang dihidangkan.. ada akok pandan, roti jala, tepung pelita, kuih butir nangka, ikan kembung percik, ayam goreng, sambal udang, sayur campur, telur masin, gulai kawah, sup tulang, ulam-ulam, paru goreng dan lain lagi.. 

Terlalu banyak plak makanan.. huhuhu.. siap boleh bungkus bawa balik sebab banyak lebih.. rezeki sahur.. 

Ada kawan tak dapat nak join semalam.. xpe kami reserved seat.. anggap ko hadir gak.. :)

Sunday, May 18, 2014

Ikan bakar..

Sunday, May 18, 2014 0
Ikan bakar..
Weekend ni semua adik beradik mrs ataicha balik kampung.. lepas sesi memujuk abang ipar untuk belanja semua ikan bakar berjaya.. so hanya keluarga abg man yang tak dapat nak balik..
So.. pilihan untuk makan ikan bakar adalah di tanjung lumpur.. so petang sabtu bergerak ler kami semua ke kuantan dari jengka..
Sampai je kuantan singgah dulu ke east coast mall.. huhuhu.. cari seluar untuk pak mertua.. pastu lepas maghrib bertolak laa ke ana ikan bakar tanjung lumpur.. time ni memang terpisah laa sebab masing2 keluar exit yang berlainan dari east cost mall..
Ataicha plak tersilap set la waze ana ikar bakar sungai soi.. so terlajak laa sejauh 7km dari tempat yang sepatutnya.. nasib baik cam perasan.. so check balik silap rupanya terpaksa la u turn..
Nasib baik dapat meja.. agak ramai gak.. just ambik beberapa ekor ikan ngan sotong.. udang dah habis.. huhuhu..
thank you yee buat abang ipar kerana sudi belanja kami semua.. len kali leh laa belanja lagi.. 

Thursday, October 6, 2011

Makan-makan di Aroma Ikan Bakar Jeram...

Thursday, October 06, 2011 0
Makan-makan di Aroma Ikan Bakar Jeram...
Selepas habis program WSSB di Perangsang Templer Golf Club, ataicha bergerak ke Subang U5 sebab wife ataicha dan Haziq Naufal dah berada disana, iya la mak mertua dah naik KL.. so berkumpul laa di rumah adik ipar di Subang U5. Memula memang tak tahu nak ke mana. Sebab tak plan. Ada rasa nak makan ikan bakar so pilihlah Aroma Ikan Bakar Jeram.. Ataicha follow je laa, sebab tak tahu jalan... 

Ni aksi-aksi sebelum bertolak... Mertua ataicha bersama dua cucunya, Hana Batrisya dan Haziq Naufal...

Tertiba semua nak masuk.. huhuhuhu.. ni semua adik beradik sebelah wife... 


Ni dalam kereta dah.. dah nak bertolak..

Di stesen minyak, isi minyak dulu.... 


Gambar mertua ataicha bersama 2 orang cucunya... 




Baru dapat meja....

Ni jer yang dipilih, ambik 2 ekor siakap, udang, ketam... apa lagi erk.. 


so far, ataicha perasan harga sini agak murah berbanding tempat-tempat medan ikan bakar yang pernah ataicha pergi... range harga RM3 - RM4 untuk 100g.. so 1Kg tu baru ler RM30-RM40... 

Berbanding satu tempat di area KL(malas nak bagitau nama), Siakap je RM12 per 100gram.. nasib baik cancel sebab perasan.. ni kes sebab salah tengok & paham ler.. ingat RM12 tu untuk 1Kg... 



Atas ni seronok lagi sebab baru sampai... tapi sini agak lama gak.. sebab banyak order... tadi ada baca satu blog, dia kata elok booked dulu dan inform apa nak makan... so sampai2 dah siap... huhuhuhu


Ni muka sorang-sorang dah penat menunggu.. huhuhu.. memang agak lama... 

Sampai-sampai je makanan terus makan.. so tak sempat nak snap dah.. lapar sangat menunggu.. huhuhuhu

Kan dah ceria sebab dah kenyang... 



Ok.. dah nak balik dah... so kesimpulan... tempat ni agak jauh... masakan ok laa... harga agak murah... cuma lambat dari segi service... so rasa kalau improve dari segi services... ataicha rasa ia mungkin akan bertambah-tambah maju

Ok... Smile Haziq Naufal...........

Ok ni details tempat nie...


Alamat : Aroma Ikan Bakar, Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram, Pantai Jeram, 45800 Jeram, Selangor
Tel : 017 – 3163117 (En. Naim) atau 019 – 2084452 (Pn. Hazura)
*Kalau ramai please book dulu... kalau x mau menunggu lama...