Jalan-jalan ke Melaka..
02.01.2022, Ahad
Di awal tahun baru, titipkan sedikit kenangan untuk dikenang satu hari nanti.. Percutian yang last minute dirancang, family di Jengka nak ke Melaka jumpa kakak ipar yang duduk disana. Wife rasanya dah setahun lebih tak berjumpa dengan family kakak dia kan disebabkan PKP.. last ke Melaka pun rasanya 2020.. ke 2019.. yang pasti 2021 memang tak jumpa.
Last jumpa masa December 2020 di Jengka, masa PKP buka untuk rentas negeri seketika.. January 2021.. pkpd balik..
Cuaca tak berapa menarik, hujan sepanjang jalan.. so takde laa nak pecut sangat.. cuma risau laa juga dengar kat Alor Gajah dah start banjir kan..
Dalam bawa dengan berhati-hati.. dalam kul 2 petang juga sampai.. hahaha.. sebab memang hujan lebat di highway lepas Seremban.. bila bawa laju terasa tayar tak berapa nak grip.. elok slow laa ye kan..
Sampai melaka, memang yang dah ada sana tak kemana-mana, sebab hujan kan.. so hari Ahad tu sepanjang hari hujan..
Tapi.. ada plak jadi kes.. anak buah alihkan kereta ayahnya.. tapi dia tak perasan ada gap antara simen nak rentas longkang tu.. termasuk laa tayar diantara gap tu..
Nak buat cam mana kan, benda nak jadi. Setelah bertungkus lumus, dapat juga dialihkan kereta tu.
Disebabkan dah basah kuyup. Kita main bola dalam hujan je laa kat taman. Layan kan je laa budak-budak, dah nampak tepu tak tak tau nak buat apa kan.
so malamnya memang kat rumah je..
03.01.2022, Isnin
Alhamdulillah, cuaca hari ni agak cerah. So proceed laa plan untuk stay kat The Shore Hotel & Residence. Dah booked untuk sebuah apartment 3 bilik dan 2 unit studio.
Sebab risaukan hujan, atleast budak-budak boleh habiskan masa kat kolam..
so start check in.. aktiviti dia kolam je laa.. malamnya bersiap cari kek, makanan untuk celebrate birthday 2 orang anak buah..
Ni laa dua orang birthday girl yang lahir bulan Jan.. Happy Birthday Hana Batrisya (11 tahun) dan Nur Aqilah (17 tahun)..
Lepas selesai makan-makan.. ada request untuk pergi ke Kg mortem.. so bawa laa..
lama tk ke melaka..sronok dpt celebrates birthday, stay hotel, mandi pool
ReplyDelete