Diary of ataicha: linux

it all about me......

Recent

test
Showing posts with label linux. Show all posts
Showing posts with label linux. Show all posts

Friday, February 8, 2019

Bagaimana hendak transfer file dari Linux ke Window?

Friday, February 08, 2019 0
Bagaimana hendak transfer file dari Linux ke Window?
Mungkin benda ini akan terjadi, yup memang terjadi pun. Hari ini ataicha nak share bagaimana cara hendak transfer file dari Linux ke Windows.

Biasa kita dengar PuTTY kan? Kita akan guna satu benda yang dinamakan pscp.

PSCP ni nama penuhnya PuTTY Secure Copy. Ia adalah satu aplikasi yang mampu membolehkan transfer files dari beberapa sistem operasi yang berlainan dengan menggunakan command window di sistem operasi Windows. Ianya adalah percuma.

Untuk menggunakan ini, digalakkan install PuTTY sekali laa ye..

Kalau belum ada, boleh install dari website ini (Klik sini)

Ok kalau dah install, jangan lupa letak kat mana ye.. biasa ataicha setkan install ke C:\Program Files\PuTTY


Ingat tau kat mana korang install... sebab nanti nak guna kena tahu kat mana korang install..

Step 1 : Buka Command Prompt korang.
Pergi ke Start Menu dan masukkan cmd.exe kat Search Field. Klik Enter.

Step 2 : ok tukar ke directory yang mana korang letak file tu.. cam ataicha set kat C:\Program Files\PuTTY so kena taip

cd c:\Program Files\PuTTY

ok dah kan?

so nak test jalan ke tak korang taip pscp plak..
pscp
 resultnya akan terpapar macam ini








Kalau keluar macam ini, pscp korang jalan ok laa tu..

Sebab isu privacy, so ataicha tak leh nak snapshot real situation laa ye..

ni example untuk rujukan

  • sample-dir-linux : /home/ataicha
  • sample-dir-windows : c:/ataicha/test
  • sample-linux-username : naufal
  • sample-linux-server-ipaddress : 10.20.30.40
katakan ataicha nak copy nama file ataicharesume.txt dari server linux ke labtop ataicha sekarang.

PERHATIAN : ops lupa pastikan server linux korang dah allow untuk ssh access tau. tak allowed memang tak jalan..

FORMAT UNTUK TRANSFER:
pscp.exe linux-username@linux-server-ipaddress: [source-DIR-inLinux] [destination-DIR-inWin]

kalau ikut example ataicha share kat atas tu.. korang kena taip cam ni
pscp.exe naufal@10.20.30.40:/home/ataicha/ataicharesume.txt c:/ataicha/test

dan nanti dia akan prompt untuk masukkan password linux ye..

maksud atas tu atas tu, ataicha copy files ataicharesume.txt yang berada di folder /home/ataicha di server linux ke c:/ataicha/test di windows.

PERHATIAN : pastikan folder wujud ye. sebab command ni tak leh nak create folder auto tau.

Semoga membantu anda semua.