Diary of ataicha: masa

it all about me......

Recent

test
Showing posts with label masa. Show all posts
Showing posts with label masa. Show all posts

Friday, August 3, 2012

masa....

Friday, August 03, 2012 0
masa....
sesetengah orang merasakan masa berlalu pantas, ada pula yang merasakan masa berlalu agak perlahan.. so kita pula macam mana?

perkara ini biasa berlaku, masa sebenarnya berjalan seperti biasa. namun disebabkan sesuatu, kita akan merasakan perjalanan waktu itu pantas atau perlahan. Kalau perasaan kita menunggu sesuatu.. contohnya bila laa erk nak balik nie... bila la erk nak makan nie.. bila la erk mamat tu nak datang... sure ketika itu kita akan rasa lamanya masa berjalan... sebab kita pun akan spend banyak saat untuk jeling kat jam.. melihat setiap detik bergerak dengan sia-sia... hehehe..

Cuba kamu tengah jawab exam, banyak lagi nak kena jawab.. bila tengok jam.. alamak dah nak habis dah... ataupun jam 5 petang ni nak kena hantar assignment... banyak lagi nak kena taip nie... huhuhu.. sure ketika itu kamu akan merasakan waktu berjalan agak pantas... sebab kamu terlalu asyik membuat kerja dan spend 10-20 minit untuk melihat jam seterusnya.. so perjalanan waktu agak pantas...

Ataupun bila kamu merasa seronok, berbual dengan kenalan lama di kedai kopi... bila tengok jam.. tak perasan masa berlalu.. kekadang cecah berjam-jam lamanya...

apa yang ingin dikatakan jangan sesekali sia-siakan masa walau sesaat.. kenapa? sebab masa yang berlalu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit... so hargai masa anda sebaik mungkin erk...