Sunday, February 14, 2021
Jadual baru PdPR mula esok...
Simpan sini je laa.. sebelum terdelete... mulai esok... Naufal kena pakai jadual ni.. semoga bapa dia ni bertabah sebelum jadi singa nak suruh dia siapkan segala kerja-kerja yang diberi... kelas online masih 3 slort sehari.. jumaat je nampak free sket...
cuma tambahan 2-3 subjek sehari secara offline... dimana subjek-subjek tersebut akan beri kerja-kerja, tugasan or link youtube untuk di tonton oleh murid... nasib baik laa sekolah agama hanya bagi kerja sket2... 1-2 subjek je sehari...
PdPR kali ni bagus sket dari last year.. last year... hanya humbanan kerja2 umah je.. penat.. pastu penat tengok listing nama kat group whatsapp.. cuma tu laa.. banyak kekangan sebab memerlukan 1 to 1 dengan pelajar... ada ibu bapa kekurangan gadget, connectivity musim pkp ni agak slow, sharing gadget.. so benda ni menjadi kekangan juga untuk ramai ibu bapa dan pelajar.. so far.. nampak juga inisiatif guru2 yang ikhlas... buat google meet... tapi record dan upload video tersebut untuk rujukan pelajar yg kurang faham dan yang tidak dapat mengikuti secara online..
nasib laa ayah dia ni kerja WFH dapat laa pantau sket.. cuma last week sibuk dengan meeting online sampai terlepas kelas google meet dia.. hmm tak tau laaa nak kata apa.. tu dah bagi gadget.. masih terlepas.. mana tak terlepas sibuk main game je..
esok tengoklaa xde game selagi kerja tak siap setiap hari... hahaha.. baru cepat sket siapkan kerja..
harap dah biasa dengan PdPR ni.. esok Naufal bleh laa kejar...
Friday, February 5, 2021
Welcome to Waikiki (Season 1)
Baru habis layan cerita Korea ni buat beberapa kali.. so agak recommended kalau sesiapa yang ingin tengok, kira kategori lucu juga laa...Ataicha layan di iFlix.. account FREE pun dapat tengok full cuma ada gangguan iklan laa sket-sket.. tak nak iklan langgan laa iFlix tu ye.. Untuk Season 1 nie.. menampilkan pelakon utama Kim Jung Hyun sebagai Dong Goo (Poster atas gambar tengah), Lee Yi Kyung sebagai Joon Ki (gambar atas duduk sebelah kiri) dan Son Seung Won sebagai Doo Shi.
Drama ini mengisahkan Dong Goo (Kim Jung Hyun), seorang yang bermimpi untuk menjadi seorang director filem, Joon Ki (Lee Yi Kyung) seorang pelakon tambahan yang mencari job lakonan dan bermimpi menjadi seorang pelakon terkenal seperti ayahnya dan juga Doo Shik (Son Seung Won) seorang penulis freelance bercita-cita seorang penulis script yang berjaya.
Meraka bertia membuka sebuah tumah tamu yang dinamakan Waikiki yang berada di Itaewon, dimana bandar yang selalu dikunjungi pelancong luar negara.
Mereka sebenarnya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh to menguruskan operasi rumah tamu tersebut. Disini juga hadirnya Seo Jin (Ko Won Hee) sebagai adik kepada Dong Goo, Min Soo-ah (Lee Joo-woo) iaitu bekas gf Dong Goo dan juga Han Yoon-ah (Jung In-sun) seorang ibu tunggal yang mempunyai bayi kecil bernama Sol.
Jalan ceritanya, agak terhibur, penuh dengan karenah dan jalan cerita yang lucu... mana tak nya Joon Ki yang tak pernah nak serius.. Jom pakat saksikan di IFlix, WeTv secara percuma.. kenapa ataicha cakap cam tu, hanya paparkan satu episod kat kampung sebelah wife sebelum PKP hari tu.. semua biras, adik ipar start install iFlix dan layan sampai Episod 2... Tak sabar menunggu Episod 3 yang tak tau bila nak ada... :)
Wednesday, January 20, 2021
4 ADIL SK(1)TS : 20 JAN 2021
Maaf laa ye...
Just nak simpan as rekod, senang nak track kerja rumah anak2..
Whatsapp 1 :
PdPR BM PERSEDIAAN 4 ADIL 2021
SK (1) TAMAN SELAYANG
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Tarikh : 20 Januari 2021 (RABU)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Rumah masing2
Peserta : Murid2 4 ADIL
Link Google Meet :
(akan dimaklumkan pd jam 2.30 petang)
Agenda :
1. Sesi perkenalan
2. Sesi perkenalan Subjek
3. Taklimat PdPR BM
4. Hal hal lain
Mohon RESPON MURID CIKGU yg boleh HADIR(JOIN) G.MEET
T.KASIH...
Whatsapp 2: Dari Cikgu Juwairiah Musa
PERKARA: TASMIK
TARIKH : 20.1.2021
HARI : RABU
Assalamualaikum.
Mohon semua murid yang beragama Islam mengisi dan menjawab soal selidik tasmik seperti link di bawah
https://forms.gle/NDPQtiAi4MsHqqUr9
Boleh guna apa2 email untuk menjawab.Tetapi kalau guna email Google classroom lebih baik.
Terima kasih.😀🌹
Thursday, September 10, 2020
DW-8200Z-1T bertukar wajah..
Salah satu collection G-Shock model Frogman DW-8200Z-1T bezel dia dah reput.. alahai sayangnya.. original asal tu.. dah laa jam ni keluaran Oct 1997.. kira bezel tu dah berusia lebih 20 tahun.. beberapa tahun sebelum ni.. band dia yang reput patah dua.. sedih gak.. gi Macro nak order, dia kata takde stok dah band tu.. so puas mencari seller yang jual band time tu.. harga dia jual boleh tahan gak.. kali ni bezel plak yg reput.. dah hilang skru depan.. nak kena cari gak nanti...
setelah berfikir masak,. so cari laa band dan bezel ni kat shoppe, lazada.. jumpa laa jual band dan bezel utk model ini.. tapi bukan warna hitam..ada yg jelly je..
ni google utk tengok warna asal model ni.. harga tu harga bid latest tau..setelah berfikir lama beli laa warna merah jelly ni..
amacam menarik tak? warna dah cam murakami plak..
ada yang tanya murakami tu apa plak? model g-shock yang paling mahal leh cecah 100k..
jap ye kita google..
Thursday, July 16, 2020
Sambal Salby's Volcano (promosi Aidiladha)
Senang je, bagi je Sambal Salby's Volcano ni kt suami, pasti senyum sampai telinga. 😁
.
Friday, June 5, 2020
Unifi Tawar 30 Hari Tempoh Percubaan Percuma
Cuma kena pastikan, unifi coverage ada laa ye ditempat anda... dan ada port kosong...
Thursday, June 4, 2020
Al Fatihah buat Mak saudaraku... Siti Eshah binti Noh

Al Fatihah buat arwah mak saudaraku
Siti Eshah binti Noh @ (Mok Nik Esah)
(08.08.1945 - 03.06.2020)
Innalillahiwainailaihiroji
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Al-Fatihah (dibaca.. harap sahabat dapat sedekahkan untuk arwah)
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Berikan kesabaran buat seluruh ahli keluarganya...
Alhamdulillah, arwah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kedai Piah semalam...
Maaf along @ mat ata tak dapat nak balik untuk ziarah buat kali terakhir..
Hanya mampu doakan dan sedekah Al Fatihah dari sini...
Wednesday, May 6, 2020
Menu Buka Puasa 05 May 2020
malas nak keluar sebab kalau kat simpang nakhoda.. penuh orang.. takut plak nak bersesak-sesak kan..
so buka laa phone.. tgk ada apps McDonalds.. hmm cam best gak.. dah lama tak makan McDonalds.. dan apa yang di order Big Mac.. best ke.. entah laa biasa je.. cuma Big Mac ni ada memori yang kita tak lupa sampai bila-bila... 1st time makan Big Mac ni masa tingkatan 2.. tu pun kongsi share ngan kawan.. masa tu terasa Big Mac ni besar gile.. nasib laa ada kawan share duit beli benda ni.. ahaks sedih plak bila terkenang zaman tu.. iya laa bukan dari keluarga yang senang.. dan duit belanja pun bukan laa banyak.. duk asrama plak tu.. time tu burger ni dalam lingkungan RM5-6 je.. tapi mahal laaa zaman tu.. 😏
nak makan plak divide 2 bahagian.. sebab mulut tak muat... sekarang rasa cam kecik je Big Mac ni.. ke sebab diri sendiri dah besar.. hahahaa..
takpela simpan je laa kenangan tu...
fast food ni tak elok makan selalu pun.. tapi rasanya ni yang paling laju.. yup laju.. 6.30 petang.. lepas 30 minit.. dah sampai kat lobby kondo.. oklaa..
untuk sahur? entah nanti fikirkan.. nak masak nasi takut bazir.. hmm..
malam ni.. berulang ke toilet.. huhuhu.. lupa perut kosong tak elok ambik air gas.. mmg perut ataicha dah xleh terima dah air bergas ni.. memang perut meragam lepas tu..