Diary of ataicha: Hana Batrisya

it all about me......

Recent

test
Showing posts with label Hana Batrisya. Show all posts
Showing posts with label Hana Batrisya. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Monday, April 23, 2012

Happy Belated Birthday Haziq Naufal

Monday, April 23, 2012 0
Happy Belated Birthday Haziq Naufal

Salam, semalam 22-04-2012, kebetulan keluarga mertua datang ke rumah.. so last minute ataicha rasa elok laaa beli kek dan sambut birthday Haziq Naufal... Kira Belated Birthday laa... Sorry la Naufal.. sebab ayah Naufal ni tak sempat masa... Alhamdulillah walaupun kecik dengan hanya ada Kek sebiji je... Meriah la gak.. Naufal pun suka sangat.. maybe sebab rumah penuh dengan belon dan ramai orang kut... 

Sorry laa erk kawan-kawan tak sempat nak jemput, ni pun last minute nya keputusan... Asalnya dah ingat tak nak buat pun birthday Naufal sebab tak sempat masa. Weekend biasanya ada laa situasi ayah keje or ibunya yang keje... 

Walaupun kecik, ayah Naufal ni harap ia akan jadi satu kenangan bila lagi 6 tahun mungkin Naufal dah boleh baca... dan boleh surfing tengok blog ayah yang tak berapa lawa nie... dan tersenyum melihat gambar Naufal yg ceria nie... huhuhuhu... 

Weekend ni gak.. ataicha dapat melihat Naufal dah mula berjalan... walaupun hanya beberapa langkah.. ayah Naufal ni terasa agak teruja.. Nanti bila Naufal dah boleh berjalan, kita main bola erk... tak larat nak pegang Naufal suruh tendang bola dah tau.. 

Dan akhir kata, ayah Naufal ni harap Naufal bila besar nanti jadi seorang yang berguna tau... 


* Hiasan *


* Seronok Naufal bila rumah penuh dengan belon *


*Naufal berdiri....*



*Hana Batrisya.. Sepupu Naufal*













Wednesday, February 29, 2012

Sogo SALE : Children's World Baby Fair (27 Feb 2012 - 11 Mar 2012)

Wednesday, February 29, 2012 0
Sogo SALE : Children's World Baby Fair (27 Feb 2012 - 11 Mar 2012)

Monday, January 9, 2012

kenangan di icity shah alam...

Monday, January 09, 2012 0
kenangan di icity shah alam...
7 Jan 2012 lepas, ataicha dan family gi iCity Shah Alam, destinasi yang dah agak lama nak dilawati namun kali ini baru je ataicha semua ada kesempatan. Terletak di Shah Alam, yang berdekatan dengan UiTM Shah Alam. Tip untuk kesini, cari sign board UiTM Shah Alam. Dah sampai area UiTM Shah Alam nanti, anda akan berjumpa la signboard iCity Shah Alam ini.
Yup, memang tidak dapat dinafikan, ianya tempat yang penuh dengan cahaya.. Namun cuaca yang diselangi dengan hujan renyai-renyai mencacatkan keseronokan kami... huhuhu.. selama 30 minit awal, kami banyak berteduh di bawah tempat permainan kanak-kanak..

Tengok.. betapa khusyuk Haziq Naufal dan Hana Batrisya memerhati pengunujng menaiki kereta api..
So hujan dah berhenti, perjalanan bermula... Haziq Naufal agak tertarik dengan lampu-lampu disitu, tambah-tambah lagi ianya mampu dicapai olehnya...



Jangan makan erk, Haziq Naufal.. nanti bukan kenyang yang dapat.. kejutan elektrik plak...
Hana Batrisya yang masam, sebab ngantuk... hehehee





Okla, ini adalah antara gambar-gambar yang dapat di ambil.. Tak berapa banyak sebab bateri pun nak habis.. huhuhuhu

Saturday, November 26, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan di Rodeo SteakHaus Sri Gombak

Saturday, November 26, 2011 0
Jalan-Jalan Cari Makan di Rodeo SteakHaus Sri Gombak
Salam, walaupun ataicha patah kaki sebab ketiadaan kereta di kala ini, dan mungkin minggu depan baru dapat setelah hampir sebulan dah ianya berlaku... huhuhuhu thanks kepada Fazida @ Teh, kerana datang ke rumah dan membawa kami ke Rodeo Steakhaus di Sri Gombak yang tidak jauh dari rumah ataicha...

Kali ini, terpaksa la bawa 2 budak kecil nie, huhuhuhu.. riuh rendah la jugak suasana untuk melayan budak kecik sorang nie.. huhuhuhu...

Di Rodeo Steakhaus yang terletak di Prima Sri Gombak ini, menyediakan sajian masakan barat yang sudah tentu memenuhi permintaan penduduk warga kota yang sentiasa dahagakan kelainan dalam masakan. Kadang-kadang kita inginkan juga kelainan kan, di sini anatar menu yang menjadi kegemaran adalah Chicken Chop, Lamb Chop, Chicken Cordon Blue, Grill Chicken dan Steak T Bone.

Kali ini, ataicha nak rasa Rib Steak, tapi yang sampai adalah Mix Steak.. dah habis baru perasan bukan Rib Steak.. sebab ataicha pun lupa order apa.. hehehehe..

Ok ini adalah Mix Steak, ada ayam dan daging.... huhuhuhu... bagi ataicha mungkin tidak berapa nak kenyang.. huhuhu.. tapi so far rasanya memang sedap. Harganya adalah RM15.50...

Ini pula Chicken Chop, menu ini disediakan bersama french fries dan salad... rasanya memang sedap. Dan harganya adalah RM9.90 sahaja.

Ini apa pula?? Nampak pelik kan? western makan dengan nasi.. Tapi mengikut orang yang order, katanya sedap... Menu dia lupa la nama apa.. Moroco Chicken kut...
So dah makan2 pilih la air tembikai.. memang sedap.. tapi kalau lagi best makan kat Kedai Air Gelas Besar... lagi best.. huhuhu... Air disini berharga RM3.50 untuk Juice Drink, dan Kalau Mix Juice pula berharga RM4.00 segelas.
Disebabkan rasa Mix Chicken tadi tak berapa cukup mengenyangkan, ataicha tambah side order Tuna Chicken Sandwich yang berharga RM4.50
Ini adalah beberapa picture yang berjaya di snap. Hana duduk diam je, oklaa... 

Ini pulak adalah Yee Mee Sizling, namapak kurang menarik sket, rasa tak pasti lupa nak tanya empunya diri best ke tak.. huhuhuhu...

Ok, mak mertua ataicha pulak makan Chicken Chop, tapi tengok Haziq Naufal, sekejap je baik bila letak kat kerusi baby...
 Sekejap je baik, sebab dia pun tak puasa hati sebab orang lain makan, dia kena tengok je.. huhuhu

Masing-masing tengah menjamu selera...

 Khusyuk kan, cuma Mak Usu je yang pandang kamera.. hehehe...
 Mak usu yang seronok menjamu selera, Moroco Chicken yang berharaga RM11.90 sepinggan.
Hana Batrisya sekadar memerhatikan mak sedara dia yang khusyuk makan Yee Mee Sizzling. Sure dalam hati Hana berkata, tak nak suap kat dia ke???
Haziq Naufal terpaksa dipegang kerana dah meragam duduk dalam baby seat... Matanya duk memerhatikan orang makan, nie mesti tak puas hati sebab tiada sesiapa nak suapkan dia..
So, total yang kena bayar adalah RM92.70 untuk 5 orang dewasa makan... Sekali sekala harganya adalah berpatutan. Tiap-tiap hari nak makan bangkrap ler... hehehe.. anyway tempat ini dicadangkan jika tekak anda ingin merasa masakan barat.. Tempat parking yang senang dan sesuai untuk jamuan keluarga.