lamanya..
Sementara menunggu roti telur bungkus siap.. kita ambik masa menaip blog laa sekejap..
Aah.. boleh tahan menunggu roti ni siap.. banyak sangat order nya.. huhuhu.. nasib baik perut dah kenyang makan nasi kerabu kat kedai lain tadi.. asalnya nak bungkus je nasi kerabu tu tadi.. ternampak plak pak ngah (sebelah orang umah) duduk sorang-sorang.. kesian plak.. so ambik nasi kerabu dan makan kat meja dia..
tau dia baru je keluar dari hospital sebab positive covid beberapa hari lepas.. tapi dah official bleh keluar sure dah clearkan dari covid..
sorang-sorang kat meja rasanya dia asingkan diri je.. iya laa orang lain takut nak dekat.. aku je yang berani dekat.. insyaallah takde pape..
so masa duduk kat meja dia.. tanya laa khabar berita kan.. hmm tu laa.. dia cerita pengalaman duduk kat spital.. tertiba dia cerita adik dia yang duduk kubang kiat (kawan sekolah abah) dah meninggal bulan berapa entah sebab covid.. tak sempat vaksin.. kena terus effect teruk..
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. nak call bagi tau abah.. lupa plak nak tanya nama tadi.. hmm takpe laa maybe abah dah tau kut.. takpe laa kita doakan je laa semoga rohnya dicucuri rahmatNya.. Al Fatihah..
ok.. baru sampai roti canainya.. 35 minit.. boleh tahan gak tunggu.. tak apa laa.. nak buat cam mana.. dah ni je satu-satu yang jual roti canai kan..
jap lagi.. nak balik KL dah.. cuma nak kena ke Maran.. nak hantar mak ngan abah ke sana.. sebab diaorang nak ke Kuantan.. ada majlis kenduri kahwin sepupu wife..
sebab musim covid ni.. buat kecik-kecik je katanya.. sedara terdekat je jemput.. xpelaa tak boleh nak join.. sebab wife esok Jumaat dia kerja.. Sabtu pun kena kerja katanya..
Semoga dipermudahkan segala urusan perjalanan kami nanti..
Oklah bukan hendak dimakan roti canai.
ReplyDeleteaaa.. tambah dah makan kan.. kalau belum angin gak.. 😜
Delete