kelam kabut..
Ok hari ni dah hari ke dua budak-budak ni sekolah.. 2 hari dah bergegas bangun awal.. nak kena hantar anak-anak ke sekolah.. kakak nak kena hantar KAFAi.. abang plak ke sekolah kebangsaan.. tahun ni dah tak sama dah dengan abangnya.. abang dah tukar ke sesi pagi..
hari first.. sekolah.. kesian tengok beg berat.. entah laa.. tak tau nak kata apa.. sehari 7-8 subjek sehari.. macam nak pecah beg..
anak-anak mengeluh penat.. beg berat.. nak kena naik tangga.. kelas darjah 2 dah laa tingkat 3... beg berat plak tu.. hari pertama.. malam tu kakak minta ibunya urut kaki..
ok.. sejak pkp awal2 dulu.. kalau sekolah.. anak-anak ada 2 pilihan je untuk makan masa rehat.. setiap hari akan ada 2 set pilihan.. sebab kantin kan tutup.. makan pun dalam kelas laa..
everyday akan ada laa list nama utk ibu bapa letak nak pilih nak makan apa.. huhuhu.. penat tengok berderu2 mesej masuk kan.. tapi hadap je laa..
ok untuk kali ini.. sistem bergilir yang menjadi pilihan.. murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.. Merah dan Kuning.. so akan ada 2 kumpulan.. minggu ni Merah sekolah.. Kuning duduk rumah.. Minggu depan Kuning sekolah.. Merah duduk rumah...
yang ada adik beradik di satu2 sekolah.. cikgu cuba sekalikan senang untuk ibu bapa lain..
oklaa tu.. atleast ada kawan kat umah.. cuma sekolah agama plak.. hari-hari.. huhuhu.. sebab murid kat sekolah dia mmg max 20 je satu kelas.. so xde laa pengiliran..
takpe laa ikutkan je laa..
0 Comments:
Post a Comment