09 August 2021..
Happy Birthday untuk diri sendiri.. hahaha.. tahun ni beralih series laa pulak.. so kena tau dan paham-paham laa umur dah makin tua.. walaupun jiwa masih muda..
So di FB dan Whatsapp.. dapat ucapan dan doa2 dari ahli keluarga, adik beradik, sedara mara, sepupu sepapat.. kawan2 masa sekolah, kawan2 masa kat U.. rakan-rakan sekerja dan lain-lain..
Jutaan terima kasih.. diucapkan.. tak dapat dibalas satu persatu.. mungkin ada juga terlepas untuk dibalas.. maaf ye..
Tahun ni dah masuk 40 tahun.. tak pernah terbayang akan sampai ke usia ini sebenarnya.. Semoga sempena dengan maal hijrah ni.. harap diri ini dapat berhijrah ke lebih baik..
Hari ni.. pun kita dikejutkan dengan kematian seorang celebrity yang kita kenali juga disebabkan covid 19..
Terus terang cemburu juga dengan kematian beliau.. terlalu baik dan indah perjalanan arwah.. Terfikir juga seharian hari ini.. adakah aku akan berakhir seperti beliau? hmm..
Jom sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah Siti Sarah Binti Raisuddin...
Okla lidah dan otak dah kelu untuk meneruskan bicara.. bye bye..
0 Comments:
Post a Comment