20.11.2019 - Hari Graduasi Pra Sekolah
Ok.. dah setahun rupanya anak dara ayah sorang ini menimba ilmu di Pra Sekolah.. Okla, nampak lah peningkatan, dari kenal abjad dah boleh membaca, dah boleh mengira, menghafal doa-doa harian.. sebutan dan juga makna..
Bakat melukis, dari orang lidi dah boleh lukis ala-ala komik dah.. kreaviti pun agak berkembang.. habis kertas A4 ayah di coretkan lukisan dia dan macam-macam origami yang dilakukan..
Kemahiran menjaga barang sendiri, pensil dan pensil warna dia masih banyak dan bertambah bila ambik warna yang baru.. maknanya dia jaga barang agak elok..
keupayaan untuk memahami arahan juga agak bagus, macam pesan duit ini nanti bagi kat Cik Didi.. setakat ini, bila tanya Cik Didi, dia kata dah bagi.. so oklah..
so, kalau orang kata belajar Pra Sekolah tak bagus, rasanya silap kut.. bagus dan ok je pun.. cuma tak boleh lah 100% serahkan kepada cikgu mengajar je.. kita sebagai ibu bapa kena tanya dan minta dia ulangkaji kat rumah.. baru laa ok..
dia ni antara yang cepat boleh membaca (oklah, nak wat cam ne ibu dia garang, kat rumah suruh buka buku mari mebaca)..
Gambar kat atas ni gambar terima piala Graduasi.. dapat beg sekolah lagi.. hmm so dah 3 beg sekolah yang baru untuk tahun depan.. cuma yg pening 3-3 colour pink.. alahai.. ada yang tertukar nanti mana satu yg sekolah agama.. mana satu sekolah kebangsaan je nanti.. tapi tq laa ye.. jimat laa duit beli beg sekolah.. nak bagi abang pink.. memang tak nak laa si abang tu nanti..
Gambar kat atas itu plak, gambar terima anugerah Tunjang Sains dan Teknologi.. Camne dapat anugerah ni entah lah.. kemahiran tinggi tentang teknologi kut.. hahaha.. kalau setakat install game, uninstall game kat telefon tu dia power je.. taknyah explain cam ne nak main game yang baru install tu, pandai sendiri.. nak cari kartun kat you tube.. dah pandai.. kalau tu kayu ukuran memang patut laa.. hahaha gurau je.. jangan ambik serius.. mungkin dia power dalam subjek ni kat sekolah tu yang dapat anugerah ni..
Ok.. ni 25 orang yang Graduasi Pra Sekolah hari ini.. Semoga semua maju jaya di masa hadapan ye..
Wah dah naknmasuk darjah 1sekejaoan je.masa berlalu kan
ReplyDeletetu laa.. pejam celik.. pejam celik.. dah besar dah anak gadis nie..
Delete