Happy Anniversary ke 10 Sayang!!!
Hari ini genap 10 tahun aku bergelar seorang suami kepada Raja Farisa... Yup cam tak percaya gak dah 10 tahun usia perkahwinan kami ni..
Kepada isteriku Raja Farisa.. terima kasih kerana sudi berkongsi hidup dengan ku.. penat melayan pelbagai karenah suami mu ini.. ditambah pula dengan gelagat dan karenah anak-anak kita..
Terima kasih kerana sentiasa ada ketika susah dan senang.. ketika sihat dan sakit..
Semoga usia perkahwinan kita kekal hingga ke akhir hayat...
Bersama lah kita menjaganya..
Siapa lagi yang akad nikah dengan tangan kiri?.. tentu ramai tertanya kenapa ngan tangan kanan.. 1st day duduk di rumah baru.. beberapa minggu sebelum akad nikah ni, ataicha terlibat dengan accident kecil dimana ada sebuah kereta berpindah lorong tanpa memberi signal.. menyebabkan tangan ataicha melanggar side mirror kereta itu.. menyebabkan tulang tangan kanan retak terbelah 2.. so terpaksa laa berbalut....
cuma bersyukur sebab masa itu, ataicha dapat kawal motor dari jatuh ke atas tanah... dan lori belakang dapat brake sebelum melanggar ataicha.. kalau berlaku perkara mungkin tak wujud dah ataicha sekarang kut..
ok cukup setakat itu.. kupasan memori terpendam..
0 Comments:
Post a Comment