hilang satu gigi...
Kisah hari ini.. Haziq Naufal cabut gigi pertama.. ceritanya dah perasan ada gigi kt gusi dari balik raya hari tu lagi.. cuma tiada kesempatan nak bawa ke klinik gigi.. memula ingat gigi baru tumbuh.. bila bawa ke Klinik Gigi.. rupanya tu akar gigi sediaada..
Ingat nak cabut 3 batang lagi gigi atas dia.. tapi doktor kata tak yah.. nanti budak fobia.. dan recover time nak selesa lagi lama.. iya laa hilang sebatang pun kita rasa tak selesa... ni kan nak cabut 3-4 batang serentak... doktor kata biarkan.. lain laaa ada tumbuh gigi berlapis atau budak tu sakit je.. kalau tak tak yah...
So far.. berjalan lancar.. naufal pun okay je.. takde laa takut-takut.. dia pun dah ready nak cabut pun.. dah 3-4 hari duk tanya.. bila nak gi klinik atau hospital nak cabut gigi nie.. dan recommended juga doktor tersebut kerana pandai bersosial dengan pesakit.. siap bagi hadiah buku color lagi...
Recommended laa buat penduduk area batu caves / selayang kalau nak cabut gigi.. harga bagi saya ok dan berpatutan... kos naufal tadi RM45 je.. dewasa.. wife pun cabut gigi.. kos dia rm90.. kos tu termasuk dengan ubat antibiotik.. oklaaa.. klinik tu nama Klinik Rosman...
Lepas cabut.. lasak laa juga macam tak cabut gigi... iya laa ubat bius ada lagi kan..
mmg beraksi cam tak cabut gigi je... tapi sampai kini.. tak nampak cam sakit je.. ok je.. huhuhu.. maybe sebab dia cabut masa tak sakit.. kalau tengah sakit.. lepas cabut pun still sakit lg kut..
0 Comments:
Post a Comment