Happy Birthday Haziq Naufal
Today genap usia anak kesayangan ataicha yang sorang tue setahun.. Pejam celik pejam celik, dah genap setahun Haziq Naufal hadir dalam hidup kami berdua. Sekejap je, rasa macam baru semalam Haziq Naufal hadir dalam hidup kami.
Firstly, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana hadirnya Haziq Naufal ke dalam hidup kami memberi seribu erti dalam hidup kami. Rezeki anak, biasa kita dengar kan. Beberapa hari selepas kehadiran Haziq Naufal, ataicha dapat surat confirmation yang back dated 1 April 2011.. Alhamdulillah syukur sebab mendapat 2 berita gembira di bulan April tahun lepas. Cuma kalau dapat tahu awal boleh la Haziq Naufal merasa dilahirkan di Private Hospital.. hehehe.. Mungkin ada hikmah kut disebalik ketentuan Nya...
Haziq Naufal selamat dilahirkan pada jam 1 tengah hari di Hospital Selayang, Mrs ataicha dah ditahan wad sehari sebelum itu. Pada jam 5 pagi, ataicha dapat call dari Mrs. ataicha kata dah ada contraction, huhuhu.. kelam kabut ataicha bersiap, nasib baik jarak rumah dan hospital 5Km je.. so takde la kelam kabut sangat kan... Walhal tuhan je tau apa perasaan ataicha masa tue..
Sampai2 hospital, doktor kata kul 9 pagi dah leh masuk ruang menunggu. Lama gak tunggu, baby tak keluar-keluar.. So doktor kata laa kena operate, so ataicha kena la kuar... Ataicha tunggu punya tunggu sampai lah kul 6 petang... tiada berita... dah bersalin ke belum kan.. so tanya-tanya.. boleh la masuk tengok mrs. ataicha.. Soalan pertama mrs. ataicha kata ataicha ialah.. camne baby?? Aiks.. ataicha pun tak tengok.. tanya kaunter dia kata dah bawa gi wad.. so berkejar la ataicha tengok Haziq Naufal buat pertama kali.. rasa nak nangis rasanya.. patutla kena operate sebab Haziq Naufal dah kat 4 kg.. 3.98kg...
Menitis jap ataicha time tu melihat anak sendiri kan.. syukur, laungkan azan.. nurse kat situ bawa haziq naufal kepada mrs. ataicha.. mrs.ataicha kena tahan kat bilik pembedahan sebab banyak kehilangan darah.. so anak pun duk situ...
Masa hari nak balik iaitu hari ke-3, haziq naufal plak detect kuning.. kena la tahan wad.. kesian plak tengok Haziq Naufal kena duk bawah lampu.. Entah ler hari keberapa baru haziq naufal dan mrs. ataicha leh kuar dari wad... masa duk wad tu.. baru tahu susah giler nak cari ikan haruan kat KL nie.. ada laa gak.. tu pun cari kat Pasar Borong Selayang.. cuma agak mahal laa.. RM28 sekilo.. ntah la tapi rasa gitu la harga dia.. padahal kat kampung xde harga pun.. huhuhuhu.. Takpe la untuk mrs. ataicha cepat baik kan..
pastu berjauhan la dengan isteri dan anak kesayangan sorang ni selama 3 bulan.. kena la balik kampung tiap-tiap minggu.. penat tu.. hari biasa dah tak tau nak wat pe.. sorang2 je kat umah kan.. hujung minggu je leh tatap wajah Haziq Naufal...
tu alkisah serba sket pasal Haziq Naufal.... huhuhuhu...
Haziq - cerdik pandai & Naufal - dermawan... tu adalah maksud nama Haziq Naufal... semoga nama tersebut memberi satu peribadi yang baik untuk Haziq Naufal.. insyaAllah...
Melihat pembesaran Haziq Naufal memberi satu keseronokan kepada kami, telatahnya yang selalu mencuit hati, sikapnya yang cool... kadang-kadang menyeronokkan hati kami...
Sikap dia yang murah memberi senyuman, kadang kala mencuit hati sesiapa saja.. Cuma tak tahan nak dengar soalan dak ni dak berapa tahun.. huhuhuhu.. hari ni dia baru je masuk setahun erk.. sebelum ni baru bulan je... huhuhu...
0 Comments:
Post a Comment