it all about me......

Blog Archive

Rezeki kut...


Alhamdulillah... mungkin rezeki aku untuk bulan ni kut... 26hb hari tu bukak email.. ingat email tipu la kan.. iya la biasa la kalau email title gini.. "You Won" , "Winner Notice" dan p[elbagai.. ingatkan spam.. nasib baik x delete.. kalau tak rugi ooo...

so message dia berbunyi gini..


[Klik pic untuk paparan lebih jelas]

kenapa aku x delete email nie erk??sebab aku baca title dia cam aku pernah join je.. ahaks..

so semalam aku dah collect hadiah tersebut... so nak share sini la erk.. ja ngan jelous erk..

apa yang aku menangi adalah 2010 FIFA World CupLimited Edition Coca-Cola Contour Glasses..
maybe korang ada gak semua gelas2 ni sebab korang leh dapat bila beli kat McD.. cuma yang special nya.. sini ada kotak.. ahaks..




Papepun thanks kepada Coca-cola dan era @ hotfm... ntah stesen tv mana yang aku masuk untuk join contest ni aku x ingat.. pape thanks ye utk hadiah nie...

Ikan Tiada Kepala Tapi Masih Hidup...


Ikan Aneh?..




Orang kata aneh?.. tapi bagi ataicha ianya tidak mustahil, kekuasaan Maha Pencipta kita mampu menjadikan apa sahaja.. Ataicha sekadar ingin berkongsi sesuatu yang mampu memberi kita kekuatan yang tiada yang mustahil di dunia ini.. dengan izin Nya.. tiada yang mustahil..

Video ini mengisahkan seekor ikan, jika diperhatikan tiada berkepala.. tapi masih mampu berenang2 di dalam akuarium... benar atau tidak anda sendiri yang tentukan..

Hidup ini sementara sahaja...


Alhamdulillah.. aku rasa bersyukur ke hadrat Ilahi.. dengan izinNya.. aku masih lagi berdiri di sini.. menghirup udara nyaman.. ntah sampai bila..

tiba-tiba sahaja.. aku teringat akan arwah adik aku.. dia telah pergi meninggalkan kami sekeluarga hampir 2 tahun.. next month.. 4 August.. genap lah 2 tahun dia pergi meninggalkan kami... Ya Allah.. tiba aku rasa amat rindu kepada arwah...

mata ni dah mula mengalir air mata... tapi aku rasa tak patut aku meratapi ketiadaan dia.. itu semua dah ditentukan.. aku pun akan hadapi saat tersebut.. bila? itu semua bukan kita yang tentukan...

di saat ini aku mendoakan agar roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. amin.. mungkin sebab tadi.. masa belek2 buku lama.. ternampak nama arwah... Ya Allah.. berikan aku kekuatan.. kalau di panjang umur.. insyaallah balik kampung nanti aku akan ziarah kubur arwah.. rasa dah lama aku x singgah ke kubur arwah..

Disini.. aku harap kawan2 dapat sedekahkan al-fatihah buat arwah adik aku Azhan Zaidi.. amin...

http://www.referkawan.com is scam???


ni saja nak share ngan kawan-kawan semua... iyalah.. tadi ataicha ada dapat email dari kawan.. tertarik gak.. iya la nak gak tau camne dia jalan.. so ataicha register laa.. saja2 je.. nak test and error...

ayat yang best dalam email dia ni...
Saya rasakan saya patut kongsikan dengan anda sebab ianya mudah.

Dengan laman web ini saya boleh jana pendapatan sampingan dengan hanya refer kawan - kawan sahaja.

bestnya ayat... hanya refer kawan2 leh dpt duit.. wow seronoknya kan... tapi..... baca lagi ayat nie..
Setiap kawan yang join dan upgrade, komisen sebanyak RM5.00 akan di kreditkan ke akaun.

Mudah & Ringkas.

Berapa Boleh Dapat?
Setiap yang anda perkenalkan, anda di bayar RM5.00.
==========
10 Penyertaan = RM5.00 x 10 = RM50.
50 Penyertaan = RM5.00 x 50 = RM250.
100 Penyertaan = RM5.00 x 100 = RM500.
1000 Penyertaan = RM5.00 x 100 = RM5000.

Anda tak perlu terer IT sebab, kalau anda boleh baca email ini bermakna anda boleh kirim email pada kawan - kawan anda. Janji anda boleh kirim email anda dah boleh buat duit.

Kalau anda berminat untuk sama - sama jana pendapatan sampingan boleh join secara percuma di:
http://www.referkawan.com/?ref=XXXX (ni number yg dia akan generated)
ahai... dapat kalau orang tu bayar laa kan.. cuma kawan2 jgn tertipu laa.. ni dah macam skim piramid je.. nak kena kuarkan modal.. bila dah lama owner lari.. pastu korang x dapat modal.. ahaks.. korang melabur RM 10... dan harapkan yang korang kenalkan buat sama macam anda...
iya kalau korang dapat 2 orang dah pulang modal kan?.. yang untung sapa? RM5 tu akan dapat kat owner nie untuk setiap orang yang register dan bayar... pernah korang tanya dia ada lesen ke nak create benda nie.. ni dah skim piramid yg menekan orang2 bawah...

so kepada kawan2 ataicha... xde benda mudah dalam hidup ini.. semua kena berusaha.. xde yang datang bergolek.. so jangan la tertipu dengan benda2 gini yer.. ataicha register pun just nak tengok perjalanan skim nie.. so xde la nak promote kat korang suh join.. sebab rasa program ni menindas orang bawah... huhuhu...

Tahniah Diatas Kelahiran Baby Yang Pertama...


Salam.. entry kali ni aku tujukan khas buat sepupu aku Alwey Sham.. di mana beliau telah berjaya menimang seorang cahaya mata... dan memberi mak sedara aku cucu yang ke 30 lbh.. lupa plak..

tak sangka plak mak sedara aku ni dah ada 30 orang lebih cucu.. cam x percaya pun ada.. tapi tu realitinya..

anyway semoga sepupuku ini.. menjadi seorang ayah yang baik... ahaks.. anyway just tengok ikut FB je.. huhuhuhu.. x sabar nak pegang2 pipi baby nie.. ahaks..

nama dia?.. belum bagi lagi kut.. sebab masa kelahiran tu ada masalah sket dan di tempatkan di dalam inkubator... gembira... tapi risau la gak... alhamdulillah.. semalam.. baby tersebut dah boleh keluar dari inkubator.. pape pun tunggu raya nanti tau.. ahaks..

pape pun kita tgk laa pic2 dia erk...

17.07.2010 ~ Hospital Tanah Merah

Mula2 aku tengok picture nie risau gak.. iyala kenapa baby tu berbalut tangan.. takut2 patah je.. huhuhu.. tp rasanya dibalut sebab x mau jarum bergerak sangat.. baby kan masa ni buas sket2..

Picture atas adalah hari pertama baby dilahirkan.. masih di dalam inkubator.. sebab baby lemas sedikit masa proses dilahirkan...

19.07.2010 ~ Hospital Tanah Merah

ni picture hari ketiga... masa tengok picture.. berdebar2 gak.. sentiasa doakan yang terbaik utk baby nie.. ibu dia hari ni dah leh kuar.. cuma baby je masih d hospital

20.07.2010 ~ Hospital Tanah Merah


Pagi ni.. aku baru tengok picture dia masa hari Ke-4... alahai comel nya... geram nak cubit pipi dia nie.. muka baru clear leh tengok.. iras2 mak dia rasanya.. tak ikut sepupu aku pun.. ahaks..

anyaway x sabar nak tau nama baby nie?.. any idea? leh aku suggest kat sepupuku ini...

Jerat godaan 'Nurul Gersang'



Bila terbaca artikel yang yang sama tajuk entry kali nie... aku rasa agak tergelak.. hairan gak camne laa orang laki ni leh percaya kat pompuan yang sudi jadi teman tidur ngan syarat masukkan duit kat dalam akaun dia.... ahaks.. terus terang masa dulu2 pun.. aku pernah gak jumpa gadis2 gini (tp sebenarnya x dapat dipastikan laki ke perempuan sebab x pernah jumpa pun).. tapi bila dah rasa cam leh jadi kawan buat alasan sedih2... pastu nak pinjam duit.. sorry la erk.. aku dah tau trick korang... macam2 laa alasan.. nanti kita jumpa.. dia bayar balik laa.. ahaks..

aku x pernah jumpa korang... x pernah kenal.. kenal2 gitu2 je tu pun ikut facebook, friendster.. just tengok gambar.. ntah betul ntah tidak gambar korang... korang nak pau duit orang... ahaks.. tu antara pengalaman aku.. tapi x pernah la meluangkan satu sen pun cam mamat dalam berita nie.. cuma statement mamat nie memang aku tak tahan... nak tergelak la plak... “Saya membuat laporan di Balai Polis Teluk Air Tawar selepas kehabisan RM450 untuk memerangkap wanita itu,” katanya. "

tapi aku yakin bukan dia sorang yang terkena... ahaks.. tu ayat kantoi la en abang erk.. niat dah songsang.. tu yang kena tipu tue.... nak memerangkap konon....

Jerat godaan 'Nurul Gersang'
Oleh Zulfa Mohamad

2010/07/20

KEPALA BATAS: Seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘Nurul Gersang’ dikesan menggunakan laman sembang sosial menawarkan diri untuk dijadikan teman tidur sebelum menjerat mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaunnya.


Wanita berusia 20-an itu turut memuatkan nombor telefonnya dalam laman sosial popular itu serta mempamerkan gambar seorang wanita seksi bagi menawan ‘mangsa’ tetapi dipercayai bukan dirinya.


Apabila ada individu menghubunginya, wanita berkenaan akan bertanya ‘nak booking ke’ sebelum meminta ‘bakal’ pelanggan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya sebagai syarat untuk bertemu.


Bagaimanapun, wanita berkenaan memberi pelbagai helah apabila tempoh temu janji ditetapkan walaupun wang sudah dimasukkan dalam akaunnya.


Seorang peniaga yang cuba ‘menjerat’ wanita terbabit, Azahar Omar, 32, berkata dia melihat maklumat peribadi wanita itu dalam laman sembang berkenaan pada 10 Julai lalu menggunakan nama ‘Nurul Gersang’.


“Saya menghubunginya pada 16 Julai lalu dan wanita itu menawarkan diri menjadi teman tidur sebelum kami berbalas SMS.


“Dia mendakwa berada di Alor Setar, Kedah dan sedia berjumpa saya dengan syarat memasukkan RM150 dalam akaun bank miliknya,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Pada keesokan hari, wanita berkenaan menghubungi semula mangsa dan meminta dimasukkan tambahan RM100 lagi ke akaun sebuah lagi bank sebagai syarat untuk bertemunya di Bandar Perda, Bukit Mertajam.


Azahar berkata, dia kemudian pergi ke Bandar Perda seperti diminta, namun wanita terbabit memaklumkan dia perlu memasukkan RM100 lagi ke akaunnya, namun dia tetap tidak muncul selepas memasukkan wang diminta.


“Terbaru, saya cuba memerangkap wanita itu kelmarin dan dia meminta saya memasukkan RM100 lagi dalam akaunnya, namun tetap tidak muncul di tempat dijanjikan.


“Saya membuat laporan di Balai Polis Teluk Air Tawar selepas kehabisan RM450 untuk memerangkap wanita itu,” katanya. Difahamkan, beberapa lelaki lain turut menjadi ‘mangsa’ dan kerugian ratusan ringgit tetapi enggan membuat laporan polis kerana malu.


Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan itu dan berkata, taktik digunakan wanita berkenaan ialah satu bentuk penipuan.

aku kah itu?


(picture atas ~ original upload oleh kawan aku Mulyati Afiza)

hari ni ex friends masa sekolah rendah tagged satu picture lama.. masa umur aku 11 tahun.. uhuk.. masa tu aku baru darjah 5... alahai keciknya aku... aku pun x berapa cam iya ke tu aku.. sebab x clear sangat... and aku pun xde picture ni dalam simpanan aku... so kenangan tak dapat di imbas kembali...

(yang berwarna tu aku... )

alahai.. lepas tengok picture ni.. rasa tergelak pun ada.. Mulyati kata yang aku warnakan tu aku.. nostalgia betul picture ni.. maklumlah.. dah 18 tahun gambar diambil dan aku baru dapat tengok hari ini.. dulu mana ada sangat kedai gambar.. bukan leh cuci gitu je.. dan bila tengok aksi masa kecik2 dulu kelakar la pulak.. so bila baca komen2 rakan2 lama yang baru je berjumpa di FB nie.. tergelak bila gambar ni dipaparkan.. iya la masa kecik2 dulu comot2 je.. dah besar baru hensem2 dan cantik jelita belaka.. anyway... lepas tengok picture lama nie.. kerinduan terhadapa kawan2 dalam ni makin kuat... maklumlah dah lama x jumpa.. aku pun blah dari SRK Clifford Kuala Lipis gitu je.. sebab ayah aku terpaksa pindah Kelantan secara mengejut...

Anyway... aku x sabar nak tatap muka2 kawan2 aku yang lama nie.. dimanakah korang berada?.. Shamsul Hazril, Nurul Waldian, Tee Pei Li, Nor Junaina, Norazilawaty Razali, Wan Azawati, Mulyati Afiza, Nik Fazli, Mazni Johan dan yang lain2...

Tolong Promote...


tadi adik ipar aku minta tolong promote biz dia..
so aku rasa otak ni pun tepu x tau nak tulis apa kan?
so elok aku promote produk dia untuk entry hari nie...

so sapa2 yang berminat nak beli kain japanese cotton.. bleh laa PM dia kat Facebook dia.. atau komen je sini nanti aku tolong msg dia sendiri... hehehe.. nanti ada masa aku tolong dia setup blog sendiri..

ok.. so korang leh tgk2.. mana tau berkenan ke... ahaks.. harga RM60 sepasang... kos ni rasa x masuk lagi kos penghantaran.. dia x cerita lanjut.. uhuks.. kain dia 4 meter.. so nak describe details x reti plak.. korang tgk dulu kain2 dia erk....











dah tengok.. kalau dah berkenan cepat rembat la erk... rasa cam dah murah dah kut.. tambah2 cun kalau dapat pakai di pagi raya.. cewah....

selamat berbelanja........

Korang Click.. aku dapat RM0.20 sen je..


ahaks.. sebelum ni aku letak kat atas link tersebut.. cuma bila tengok Nuffnang dah tarik balik status Glitterati aku.. kes tak mau curang laa aku buang balik iklan2 Youthsays ni dari aku nye header.. huhuhu..

so aku rasa x salah kalau letak dalam entry post kan.. ops kalau silap sila betulkan.. so aku post special entry untuk Youthsays je..

so kepada kawan... sila2 la kliks salah satu link dibawah.. sebab kalau klik2 3-3 pun dia just kira satu je dari satu ip untuk sehari...

ni sekadar cuba2.. kalau ada rezeki ada laa.. hehehehe... sapa2 nak share link Youthsays dia leh letak kat komen ni.. ada masa aku click gak..

uiks..


tadi tangan gatal nak ubah design.. aduyai.. dah hilang banyak setting..
intense debate pun dah hilang.. adui.. biarkan je laa.. hilang... malas nak pening2 pk..

sebab ada complicated pun.. set intensedebate utk entry2 yang baru je.. tp dah tak list komen korang tu kat recent comment.. so tak terpantau plak..

so kepada kawan2 yang dah komen tu.. really sorry la komen korang tu dah hilang.. huhuhu..

jangan mara erk..

lapar.. tapi....


pagi-pagi terasa lapar plak.. eceh2... memang la selalu pagi2 ni turun jap breakfast.. so yang meneman dia biasanya Hairul... uhuks.. semalam dia last keje sini.. uhuks.. so ketiaadaan dia pagi ni agak terasa gak... en mady plak pagi2 terus2 gi putrajaya.. iya laa pagi ni sepatutnya dia kena attend meeting kat sana... so xde la teman... uhuks...

bukan x leh nak makan sorang2.. cuma ntah laa sure bosan kalau sorang2 makan.. selalu ada diaorang bleh laa gelak2.. huhuhu.. nak ajak en acap.. xde plak on YM pagi nie.. tgk2 tadi status kat Teluk Intan.. hmm ada job sana ke.. alahai... mmg tak turun makan la nampaknya pagi nie...

so apa la en hairul kita wat pagi nie.. sah tgh sedap2 tido.. uhuk... esok baru dia start keje tempat baru.. anyway terasa sibuk sket skarang nie.. sebab mula ada job sendiri... 1st kena ambik alih semua keje2 si Hairul.. pastu kena re design balik web.. uhuks.. hope semua ok laa..

tgh hari semalam, masih lagi teringat gelak tawa si hairul nie.. yupp raikan dia kat Mahattan Fishmarket kat Mid Valley.. uhuks.. untuk detail korang leh gi sini entry en Mahamahu yg bertajuk Makan Terakhir... malas nak share pic sini... cuma picture hairul je xde.. ahaks.. pape pun thank kat manager i.. sebab sudi belanja...

anyway x kenyang pun.. uhuks.. sedap2 tu sedap.. cuma kena pantang sket.. aku dah xleh nak makan seafood banyak2 kan.. :p

buat kawan ku hairul safar.. semoga success dengan kerjaya anda di tempat baru..

Promote : Jom Main Futsal & Badminton FREE!!!


(klik gambar atas utk paparan lbh besar.. )

ni saja nak share ngan korang... ada satu Sports Centre baru bukak kat Bangi... rasanya baru bukak 11 July 2010 hari tu... Nama dia V-Rox Sports Centre.... Sempena baru bukak ni dia offer main futsal & badminton FREE sampai 15hb July 2010.. kira lagi 2 hari laa.... so sesape yang duk kat Bangi leh laaa try usha kan...

Klau ikut poster dia... terdapat 2 court Futsal dan 5 gelanggang Badminton... sini ada gak sediakan surau, ruang persalinan, ruang mandi dan menjual minuman ringan kat situ..

Lokasi dia di Lot 2113 & 21430, Batu 18 1/2, Jalan Bangi, 43000 Kajang... dikatakan berhampiran dengan Stesen Komuter UKM dan berhadapan dengan Restoren Tupai-Tupai...

So nak details.. korang leh gi kat website dia http://www.vrox.com.my (tapi aku gi tadi belum up lagi...) so korang leh lak contact2 num nie erk.. 019-3332342 (ezzy dayana), 010-4000217 (maya rabian) atau 010-4000317 (jamilah)

sebelum gi tu try call2 dulu la erk.. kang full house aku x jamin.. sebab FREE kan.. :p

Spain menang World Cup 2010...


yeah... gembiranya hatiku... terasa nak melompat2 jer... semalam ingat nak layan Final kat luar.. tapi badan penat.. so layan umah je... tapi biasa laa layan sorang2.. aku x tau masa bila mata aku ni dah tertutup.. ahaks.. tu la ngantuk sangat..

tu yang plan nak tengok luar... huhuhu... apa2 result Final amat menguja dan membuat ataicha really happy... Team pilihan tahun nie memang berbaloi2...

cuma tak sangka Paul the sotong ni leh mampu membuat dia lagi famous dari player2 yang main World Cup kali nie.. ahaks... start Germany out hari tu... ataicha sebenarnya agak tergelak bila tengok yang angin ngan ramalan Paul the Sotong ni betul... buatkan mereka guna status yang related sotong je... ahaks.. kesian sotong.. x pasal harga sotong naik mendadak sebab menjadi satu bahan mentah yang amat diperlukan... ahaks...

tapi kesan psikologi pasal makan sotong ni memang betul.. esok ataicha try tengok lauk sotong antara yang paling cepat habis.. tapi pagi tadi sempat la merasa sotong... ahaks.. tapi rasa cam mahal je pakcik cafe tu charge makanan ataicha.. maybe sebab tu menu special sekarang nie.. hehehe... ni ataicha nak share satu picture.. spain dah tukar bendera lepas World Cup 2010 nie.. ahaks lawak tul....

sapa laa yang rajin mengedit nie... ahaks.. curi picture ni dari facebook kawan2... ahaks..

pape pun.. tahun ni ataicha happy sebab Spain menang World Cup kali nie... kena tunggu lagi 4 tahun yer... so tamatlah riwayat Burung Hantu kawan2.. start hari ni dah leh tido awal.. dan bangun awal.. jangan lagi tido masa opis hour dan datang lewat yer kawan2... ni satu bahana World Cup...

Sensasi!! Zul Handy Black Berbogel...


ahaks.. jangan kelam kabut.. yupp memang dia berbogel utk menjayakan lakonan filem seram Mantra.... tapi itu untuk filem sahaja.. kenapa perlu berbogel?..

korang leh baca penerangan beliau di harian metro hari ini...

SELEPAS Allahyarham pelakon Izi Yahya berbogel sebagai tentera Jepun dalam filem Embun dan Arja Lee menerusi filem ...Dalam Botol, terbaru, pelakon dan penyanyi Zul Handy Black pula mencetuskan kontroversi sama dalam filem seram Mantra terbitan Metrowealth Movies.


Dalam filem arahan Azhari Zain itu, Zul sanggup berbogel dengan menampakkan seluruh belakang tubuhnya termasuk punggung dengan jelas bagi menjayakan babak Muzir (pelakon utama Mantra) mengamalkan ilmu hitam.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zul atau nama sebenarnya Nurzul Suphia'an, 35, berkata, dia sanggup berbogel dalam filem itu kerana mengikut kehendak skrip Mantra semata-mata. "Babak Muzir berbogel itu sekadar memenuhi tuntutan perjalanan 'ritual' yakni lelaki yang mengamalkan ilmu hitam. Selepas mengamalkan ilmu hitam, Muzir terlepas dari penjara apabila ayat suci Al- Quran 'terpadam' dari dinding bilik penjaranya. Babak Muzir berbogel itu memang berlaku dalam kalangan pengamal ilmu hitam di luar sana.


"Pada mulanya, saya pakai seluar sendat tapi apabila babak menakutkan itu hendak dimulakan saya terus tanggalkan seluar itu. Ketika itu hanya saya dan jurukamera saja berada di situ. Selepas babak itu selesai, seorang kru produksi datang dan memberikan tuala untuk menutup badan saya," katanya. Secara peribadi, Zul akui, dia rasa gementar dan teruja dengan babak itu kerana ia tidak pernah dilakukannya selama ini. "Inilah asam garam menjadi pelakon dan saya anggap ia cabaran terbesar dalam kerjaya lakonan saya. Untuk menampakkan sesuatu realistik, saya sanggup berbogel," katanya kepada Rap, semalam.


"Saya difahamkan, penulis skrip Mantra adalah cucu kepada penulis siri kisah seram Bercakap Dengan Jin yang terkenal, Tamar Jalis.


"Bagi saya Mantra sangat unik dan mesti ditonton sebagai sebuah kisah yang penuh dengan pengajaran. Ilmu hitam harus kita jauhkan," jelasnya.


Katanya, pengarah Azhari Zain, turut berbincang dengannya mengenai babak sensasi itu ketika di peringkat awal pembikinan. "Saya tanya terus terang kenapa perlu berbogel. Adakah ia sekadar gimik atau kontroversi untuk melariskan filem ini? "Azhari cakap babak berbogel itu ada kaitan dengan perkara sebenar yang diamalkan golongan terbabit. Lalu saya pun bersetuju melakukannya. Saya lega babak itu tidak dipotong Lembaga Penafisan Filem (LPF) kerana ia relevan dengan cerita," katanya.


Ditanya bagaimana penerimaan keluarganya pula, Zul berkata, dia mendapat sokongan keluarganya.


"Saya beritahu keluarga mengenai babak bogel dalam Mantra dan mereka juga kata OK sebab tahu semuanya kerana lakonan," katanya.


Sementara itu, Azhari berkata, babak Muzir berbogel bukan untuk mencetuskan kontroversi sebaliknya kerana tuntutan skrip.


"Saya sedar perkara ini akan menimbulkan percakapan, tetapi babak itu dibuat bagi menggambarkan keadaan sebenar pengamal ilmu hitam. Sebagai pengarah, saya sedia menerima kritikan daripada peminat "Terus terang, pada mulanya saya sangat risau untuk mengarahkan filem cerita mengenai kejahatan iblis dan syaitan ini. Malah, selepas penggambaran Mantra pun, saya masih 'diganggu' benda pelik.

"Saya juga ingin tegaskan di sini, f ilem ini hanyalah untuk penonton dewasaberusia 18 tahun ke atas dan jika kanak-kanak ingin menontonnya, mereka perlu diawasi ibu bapa atau penjaga mereka," katanya.
so apa pendapat korang?.. perlukah atau tidak babak tersebut???

Tidak Hidup dan Tidak Kuat Hisap??



(klik gambar utk lebih jelas)

aku jumpa picture ni masa jalan2 di Facebook.. tiba2 mata aku tertarik pada perkataan yang ingin dinyatakan kerosakan vakuum tersebut...

aiyaa.... memang lucah betul... "TIDAK HIDUP DAN TIDAK KUAT ISAP".....

ni salah satu kesalahan bahasa.. memang melucukan.. tapi dalam masa sama.. memusnahkan bahasa.. ahaks...

Spain menang lagi...



Yes!!!... sukanya hati bila tengok Spain menang... tak sia-sia bersekang mata tengok game nie.. layan online je.. sebab leh duk atas sofa... walaupun ada tika tertido jap... uhuk.. iya laa layan sorang2.. memang ngantuk giler...

First half... berdebar2 gak.. cuma seronok tengok Spain handle game.. Germany plak x main cam sebelum nie... bagus2... So penat menunggu sampai minit ke 73... Spain gol... time ni x layan plak.. terlelap jap... bangun2 dah minit ke 75... kira termiss jap tengok gol tu... ahaks..

tapi so far... Spain main bagus.. dan nasib menyebelahi dia.. ramalan sotong pun agak betul...

so Netherland... jumpa di FINAL.........

p/s : Klose.. sorry sebab x dapat nak pecah rekod penjaring terbanyak World Cup 2010 Ronaldo erk.. tunggu lagi 4 tahun erk... ahaks..

Germany vs Spain...



lagi 3 jam lbh je lagi... game best antara Germany ngan Spain..
sapa erk yg menang yer?..

tak sabar nak tau keputusan...

so meh kita main teka-teka result erk... kira teka utk 90 minit jer...
extra time tu nanti laa...

rasa keputusan diperolehi 1-1 pastu Spain menang penalti.. hehehehe

uilks.. kenapa selalu sgt...


ni kali ke berapa ntah.. aku dapat msg dari number yang tak kenal...
suruh langgan video2 panas.. aduh.. camne diaorang dapat num aku pun x pasti...

korang baca sendiri la msg2 yang aku dapat nie...

Gambar&Video Ani yg Terhebat!mengejutkan disebar selepas bergaduh dgn boyfriend! htr ON WA sms ke 333XX utk movie. htr ON WZ sms ke 333XX utk gambar.sekarang!
from : +60134701690

RM0: Apa lagi yg blh dikatakan utk menggambarkan video ini ? Nikmati koleksi MOON yg BEST Taipkan ON GA htr ke 368XX saksikan MENARIK video clip! Pdftrn free.
from : +60135348308

RM0: Nak tengok POPULAF Potrait xxxx yg cun didpti oleh jurugambar FHM terkenal? TAIP ON GE dan htr ke 368XXHebohkan! Pdftrn free.
from : +60135346882
Ni antara yg aku dapat dua tiga hari nie.. sebelum ni pernah gak dapat.. tapi delete laa.. ni aku saja post num2 tel yang digunakan.. uhuks..

kalau korang dapat.. apa korang buat??

Christiano Ronaldo dah ada anak??


yuppp.. ni aku baca kat Harian Metro tadi... hehehehe.. sah peminat2 Ronaldo ni frust menonggeng.. uiks... kenapa orang tak pertikai cara hidup player2 luar nie.. dapat anak dulu baru kahwin... ni x pasti kahwin ke tak lagi... adoii... cam ne masyarakat malaysia terutama remaja2 kita tak ikut... sebab diaorang asal Barat?? walaupun kalau si ROnaldo ni asal Malaysia.. sah kena kutuk ada anak tapi belum lagi kahwin..

bila cerita2 gini timbul.. kita tak pernah pertikaikan.. malah mengalakkan... adoii... tolong laa.. sebab perkara2 remeh gini laa.. benda2 cam gini menular dalam masyarakat kita sendiri...

bila dah berlaku salahkan itu la ini lah... padahal benda2 yang cam gini x dihalang...

pape korang baca la sendiri artikel ni erk..

LISBON: Adik perempuan Cristiano Ronaldo. Katia Aveiro semalam mengesahkan bintang bola sepak playboy itu menjadi bapa, tetapi enggan memberitahu identiti ibu bayi berkenaan.

Katia memberitahu demikian kepada akhbar Portugal, Diario de Noticias. Bintang Real Madrid berusia 25 tahun itu sebelum ini mengumumkan kelahiran bayinya dalam laman web rasminya serta laman Facebook dan Twitternya.


Bayi itu dilahirkan 17 Jun lalu, dua hari selepas Portugal menentang Ivory Coast dalam pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan.


Katia berkata: "Ronaldo gembira. Siapa yang tidak gembira mendapat anak?” Dia juga memberitahu bayi lelaki itu berambut dan bermata hitam seperti bapanya.


Tambah Katie: “Berita itu benar tetapi Ronaldo tidak mahu bercakap mengenainya. Itu hal peribadinya dan bila dia sudah bersedia dia akan bercakap mengenainya.” Katie yang tidak mendedahkan nama bayi itu mengatakan Ronaldo akan membuat pengumuman rasmi selepas dia pulang dari Madrid. Bintang Portugal itu menulis: “Saya sangat gembira untuk memberitahu saya sudah menjadi bapa kepada seorang bayi lelaki. Sebagaimana dipersetujui dengan ibu bayi terbabit yang mahukan identitinya dirahsiakan, anak saya akan berada di bawah jagaan saya,” kata Ronaldo dalam laman web rasminya sebelum ini, Ibu Ronaldo, Dolores serta dua adiknya, Elma dan Katia dilapor bersedia membawa bayi itu pulang ke Portugal, tempat dia akan dibesarkan. Sementara itu, teman wanita Ronaldo ketika ini, peragawati pakaian dalam, Irina Shayk, 24, menulis dalam Facebooknya: “Teman lelaki saya kini bapa kepada bayi lelaki.” Sebelum Irina, Ronaldo pernah dikaitkan dengan peragawati Itali, Letizia Filippi, 32, dan jelitawan Brazil, Raica Oliveira, 26. - Agensi

Quater Final World Cup Part 2


Don't Cry For Me Argentina... Germany said to Argentina Supporter...
ahaks... nothing... layan World Cup ni best bila game antara team2 handalan... cuma bila kuat sama kuat main... kadang2 kita nampak kelemahan yang ketara dalam team2 kuat nie..

layan game ni bersama en Hairul Safar dan Joe Wiley di Shahbitan belakang NZ Curry House.. why pilih tempat nie sebab x dapat seat kat NZ Curry House.. ahaks.. lambat sangat sampai sapa suruh.. nasib baik dapat seat depan screen.. oklaa.. plan asal akan di join oleh en Ashraf (penyokong fanatik Portugal) dan en Ameen.. tp disebabkan hal2 tertentu tak dapat nak join kitaorang.. huuhuhu

so far game kali ni ramai supporter diantara 2 pasukan.. iya la Germany & Argentina kan banyak suppporter dari Malaysia nie.. aku je yang pakai baju Spain.. ahaks.. iya laa aku kan sokong Spain.. bila tengok2 ramai2 ni best...

first aku frust tak dapat nak tengok Maradonna berlari bogel.. ahaks.. adui... xde laa.. aku tengok Argentina main banyak sendiri je.. dah tau Germany main defend dan counter still nak gelecek ke sebelah tengah.. pastu tak reti nak pass kat player lain.. tau la banyak player yang terer gelecek.. tapi kalau dah 11 orang kat defend.. tak reti nak pass.. uhuks...

Germany nyer game aku salute laa.. yupp jenis x makan sorang.. rela pass kat team mate score dari membolot nama sebagai penjaring... yup game play Argentina semalam x best langsung.. x macam sebelum2 nie..

Messi nya game x sebaik game kat club.. uhuks.. maybe corak permainan yang buat Messi x menonjol...

pape pun congrate la untuk Germany.. next game ur all jumpa Spain (my favourite team).. hehehe... Klose.. anda sememangnya power.. ahaks.. 4-0 tu belasah Argentina...

habis game aku balik dulu ke rumah mrs ataicha baru je balik.. so teman dia makan jap...
dalam kul 2 pagi aku gerak balik ke NZ Curry House.. kali ni dapat tempat best...



Spain vs Paraguay


yes.. dinanti2 game nie.. uhuks.. kali ni layan ngan en Hairul Saffar and the gang je... en Acap kata nak join leh tertido dirumah.. maybe tau Spain menang kut.. ahaks... sabar yer en Acap..


wah game ni memang mendebarkan... anyway ribuan thanks kat David Villa diatas gol dia yang menyelamatkan Spain dari tersingkir.. awal2 aku ingat Paraguay ni ayam je.. tapi diaorang berbekal semangat yang x kenal penat yang membuat minit2 awal nampak cam dikuasai oleh Paraguay.. iya la bola kan bulat.. so Paraguay ada chance gak nak menang kan...

wah.. awal2 nampak frust giler bila Gerardo Martino score.. nasib baik offside.. masa ni nampak Spain hilang arah sket.. tapi lepas 20-30 minit baru nampak gaya main Spain.. ahaks.. cuma xde gol je.. pastu.... bila Paraguay dapat penalti.... aduyai pada minit 59.... berdebar2 giler tapi memang akui keeper Spain Iker Casillas memang power.... dapat saves penalti tu.. hilang jap rasa debar...

x lama plak Spain dapat penalti dalam minit 60 gitu... goallllllllllllllllllllllllll... tapi x dikira... aduyai frust giler jap... 2nd time ambik keeper Paraguay plak saves... uikss.. frust jap...

namun David Villa la penyelamat keadaan.. menjaringkan gol pada minit ke 83... terus menutup harapan Paraguay... so next game Spain vs Germany...

Quater Final World Cup [jumaat]...


ahaks.. rasa nak mengomen plak hari nie mengenai game2 Quater Final yang berlangsung 2 hari nie...


Netherland vs Brazil
Game ni aku layan online... memang best Netherland main.. kemas dan tersusun... aku pun suka sebab aku dah bosan tengok Brazil je kat Final... memang player2 dari Brazil agak bagus.. tu tak dinafikan cuma cara main dia kadang2 boring gak... bila dia kalah nie.. aduyai suka giler.. ahaks...

rasanya mrs ataicha baca entry ni sure dia suka giler... aku lupa plak nak tanya kenapa dia suka Netherland... sebab oren kut.. ahaks.. kira Worl Cup kali nie dia kata dia suka Holland a.k.a Netherland.. kalau Netherland kalah malam tu.. nangis kut.. ahaks gurau je mrs ataicha... jangan mara...

game ni memang best.. cuma aku x tau knape aku anti giler ngan Brazil... huhuhu...

pape pun congrate to Wesley Sneijder kerana berjaya menyingkirkan pasukan favourite Brazil dari World Cup kali ini... walaupun pada separuh masa pertama Robinho berjaya menjaringkan gol... tetapi minit ke 53.. own goal dari Felipe Melo, yang menyebabkan jaringan terikat kepada 1-1.. dan dimana Felipe Melo sekali lagi mencetus kontrovesi dimana dibuang apadang.. padan muka.. video memang terus terang nampak kaki dia sengaja pijak Arjen Robben.. main betul2 laa Felipe Melo... uhuks.. ni dah nak kalah.. buat main2 plak.. pastu geram tengok Robinho gi marah2 Arjen Robben.. dah kawan kau tu buat hal.. kalau x kena takpe la gak..

pape pun Netherland memang best main... Arjen Robben, Dirk Kuyt, Wesley Sneijder, Robin Van Persie, Mark Van Bommel, Nigel De Jong, Gregory Van Der Wiel, Giovanni Van Bronckhorst, John Heitinga, Andre ooijer dan keeper Maarten Stekelenburg.. ur all memang best... coz dapat kalahkan Brazil....



Uruguay vs. Ghana

Game ni aku nak komen tak reti sangat sebab aku tak layan, sebab 2-2 team underdog nyer team... tapi gerak aku rasa cam Uruguay sebab aku suka tengok Diego Forlan main... hehehe.. ni masa dia ngan Man Utd laa... yup... game habis ngan seri je.. dan diakhiri ngan penalti.. so kira luck nya game laa... maybe Asomoah Gyan menangis tak berlagu sebab dia gagal menyempurnakan penalti yang membolehkan Ghana melangkah ke semi final...

apa-apa pun kita tunggu game semi final nanti antara Netherland vs Uruguay

Suami korang 2 alam??



adui... bila baca artikel ni kat HMetro tadi.. geli geleman rasanya.. tapi memang tak dinafikan isu suami 2 alam ni memang ada... depan korang alahai baiknya.. bila isu ni dibuka balik.. aku teringat akan blog sorang pondan yang menayangkan video2 dia dengan lelaki2... link dia dah xde dah.. dah ditutup...

aduyai... kalau tengok lelaki2 yang bersama dia tue.. nak kata tak hensem.. ada yang hensem giler.. sure dah jadi kegilaan ramai gadis2 diluar sana tapi nafsu songsang.... kesian... nasib baik x nampak muka2 yang aku kenali... huhuhuhu..

sure korang rasa.. apa nak kisah hal diaorang.. sebab isu masalah suami songsang ni memang pun berlaku... terlalu ramai.. kadang2 tak sangka pun ada... sebab diaorang tak menampilkan pemakaian yang menunjukan diaorang jenis2 cam tu... susah nak di detect... tapi kenapa walaupun ada isteri.. diaorang masih bernafsu kepada golongna sejenis?..

aku harap mereka yang gitu bertaubat laa erk... isu yang HarianMetro ni kuarkan.. dah terlalu berluasa di negara kita.. hope yang dah terlanjur tu bertaubat laa.. pape pun hayati berita nie...


Suami dua alam
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, FIRDAUS SAHAT dan SHAMRAN SARAHAN metahad@hmetro.com.my 2010/07/04

KUALA LUMPUR: Mereka sudah berkeluarga tetapi masih mengamalkan hidup songsang bagi memenuhi naluri serta keinginan seks terhadap kaum sejenis.


Rata-rata mereka yang melakukan perbuatan jijik itu seperti bernaung di bawah satu ‘kelab’ dan aktif menjalankan kegiatan terbabit secara berkumpulan.

Biasanya, golongan suami yang dahagakan hubungan sejenis ini bergerak bersama ke tempat dan ‘sarang’ golongan homoseksual itu seperti kawasan taman, rumah urut dan spa khusus untuk golongan gay memuaskan nafsu serakah mereka.


Ada juga suami gay berkenaan yang bermain cinta dengan lelaki muda homoseksual bergelar ‘anak ikan’ untuk memenuhi keinginan mereka.

Kegiatan diumpamakan ‘kelab suami gay’ ini didedahkan seorang lelaki dikenali sebagai Addy, 39, yang aktif melakukan aktiviti songsang terbabit sejak mula mendirikan rumah tangga kira-kira tujuh tahun lalu.

Addy berkata, dia mula terjebak dengan perbuatan tidak bermoral itu selepas hanya sembilan bulan perkahwinan kerana pengaruh rakan yang melakukan kegiatan sama sejak sekian lama.

“Mulanya saya teragak-agak. Saya tidak berani ‘makan luar’ dan melakukan kegiatan songsang itu lagi, tetapi jiwa saya memberontak apabila tidak menerima belaian daripada lelaki.

“Saya sayangkan isteri, tambahan pula kami kini mempunyai empat cahaya mata, tetapi selera saya pada lelaki tidak pernah padam,” katanya.

Menurut Addy, dia bersama tiga rakannya menjalankan aktiviti terbabit hanya pada masa dan tempoh tertentu, sama ada ia dilakukan satu minggu sekali ataupun hanya sekali sebulan.

Katanya, sasaran mereka adalah ‘anak ikan’ yang mudah didapati di pusat urut tradisional atau pun spa gay di sekitar ibu kota.

“Pusat tumpuan kami biasanya di Taman Miharja, Cheras. Di sana ada banyak rumah urut untuk kami kunjungi sambil melepak bersama golongan sejenis.
“Kadangkala kami pergi juga ke Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Kelana Jaya kerana tempat ini boleh dikatakan ‘sarang’ untuk pertemuan lelaki seperti kami,” katanya.

Addy berkata, mereka melakukan semua itu semata-mata untuk melampiaskan nafsu terhadap sesama lelaki, namun pada masa sama tidak mahu mengabaikan rumah tangga, isteri dan anak.

“Apabila bersama isteri dan anak, saya adalah lelaki normal. Cuma perwatakan saya lembut.

“Saya tidak tahu bila semua ini akan berakhir, naluri saya masih berkehendakkan lelaki. Saya tetap ghairah memandang lelaki,” katanya.

Rakannya, Reza, 36, pula berkata, selain suka berfoya-foya ke ‘port’ gay sekitar Kuala Lumpur, dia turut bermain cinta dengan pasangan sejenis.

Katanya, menjadi rutin hariannya, di rumah dia bermesra bersama isteri tetapi di luar rumah dia menjalin hubungan sulit bersama pasangannya.

“Kekasih saya tahu saya sudah berkahwin, tetapi ia tidak menjadi masalah buat kami berdua. Dia (kekasih) faham situasi saya, walaupun beristeri, namun naluri saya tetap pada lelaki.

“Hujung minggu, kami sering berkunjung ke kelab malam gay di Bukit Bintang. Jika dia tiada, saya akan bersama Addy dan rakan lain ke port gay,” katanya.

Bagaimanapun, Addy berkata, hubungannya bersama isteri tetap bahagia walaupun isterinya tidak mengetahui dia melakukan hubungan songsang di luar rumah.

“Perkahwinan saya bersama isteri adalah atas desakan keluarga. Saya dipaksa kahwin, tetapi tidak dapat menolak permintaan keluarga itu.

“Namun hubungan saya dan isteri baik saja. Bersama dia saya bahagia juga, tetapi keinginan saya untuk didampingi lelaki masih tidak berubah,” katanya
Lain pula ceritanya dengan Azri, 40, yang tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata tetapi sanggup menipu dan menduakan isterinya hanya untuk bersama lelaki lain.

Lebih menjijikkan, dia juga sering melampiaskan nafsu songsangnya bersama suami orang yang masih mempunyai isteri dan empat anak.

Bagi Azri, sepanjang perkahwinannya dia cuba membuang tabiat songsang itu. Malah dia tahu mengenai dosa dan bala yang akan diterima. Namun, kerana tuntutan nafsu songsang yang sukar dikawal, dia sering melakukan hubungan seks sesama lelaki.

“Naluri dan nafsu saya terhadap lelaki sukar dibendung. Saya melihat lelaki seperti mana kaum itu melihat wanita seksi yang berjalan di depan mereka.

“Boleh dikatakan dalam setahun, lebih lima atau enam kali saya mencari pasangan homoseksual. Bagaimanapun, tujuan saya hanya untuk melepaskan nafsu tetapi tidak pernah terfikir untuk menjalin hubungan cinta.

“Tambahan pula saya sudah berkeluarga. Saya sayangkan mereka dan sebab itu saya tidak mahu mengabaikan mereka hanya kerana tuntutan nafsu ini,” katanya.
Menurut Azri, setiap kali ingin bersama teman sejenis, dia mencari ‘mangsa’ baru menerusi laman sosial atau menghubungi rakannya.

“Sebenarnya, mencari pasangan sejenis lebih mudah daripada seorang lelaki cuba mendapatkan perhatian wanita. Menerusi perkenalan singkat, kami mudah mesra dan terus bersetuju mengadakan hubungan seks.

“Malah, ada juga rakan rapat yang tidak tahan dengan gelora nafsu songsang mereka menghubungi saya untuk melampiaskan nafsu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya menerimanya.

“Bagaimanapun, saya sedar apa hukuman yang harus diterima golongan seperti saya ini. Sebab itu saya cuba mengawal nafsu berkenaan dan hanya melakukannya beberapa kali setahun,” katanya.

Azri berkata, faktor utama yang menjadikan dirinya sebagai lelaki songsang ialah kerana sejak kecil lagi dia terbiasa memakai pakaian wanita.

Katanya, hanya kerana ibu dan ayahnya terlalu menginginkan anak perempuan, dia pula yang menjadi mangsa.

“Dulu keluarga saya kehilangan anak perempuan kerana meninggal dunia. Mungkin sebab terlalu kecewa, saya pula yang menjadi mangsa dan dipakaikan pakaian wanita.

“Apapun, saya tidak salahkan mereka. Mungkin ini sudah takdir saya dan saya terima dengan reda.

“Begitupun, saya sentiasa mengimpikan untuk menjadi lelaki sejati. Berkali-kali saya cuba menahan nafsu songsang itu tetapi tidak berjaya.

“Saya cemburu terhadap lelaki tulen. Namun, apakan daya, setiap kali saya cuba mengubah kehidupan songsang ini dan menahan gelora nafsu, saya pasti tewas,” katanya yang masih merahsiakan perbuatan terkutuk itu daripada pengetahuan keluarganya.
dah baca kan... semua memang happen pun di kalangan masyarakat kita.. isteri pun kadang2 tak akan syak bila suami keluar ngan kawan lelaki dia gak...

dan ini pun artikel aku petik dari Harian Metro gak...

Hubungan songsang seperti penyakit mental
2010/07/04

“GEJALA hubungan homoseksual boleh dikategorikan sebagai penyakit mental. Ia juga antara masalah kerosakan akhlak yang sering berlaku terhadap umat manusia dulu dan sekarang.

Menurut Yusoff, masalah ini sudah menular sejak zaman Nabi Luth AS dan ia menjadi barah terhadap umat manusia kini.


“Mereka yang ingin berubah daripada terus terjerumus dalam gejala songsang ini harus tabah dan sentiasa menguatkan diri untuk meninggalkan dunia itu.


“Kita ada beberapa pendekatan yang boleh membantu mereka seperti daripada cara agama, kaunseling mahupun perubatan tradisional. Mereka boleh mencuba satu daripadanya tetapi yang penting adalah kemahuan diri itu sendiri.


“Kebiasaannya, golongan homoseksual sukar meninggalkan kehidupan songsang berkenaan, lebih-lebih lagi bila sudah terbiasa dengannya.

“Walaupun sudah berumah tangga, namun perkahwinan itu sebenarnya hanya untuk menutup kerja kotor berkenaan.


“Bagaimanapun, tidak kurang juga yang cuba mencari alternatif lain untuk berubah melalui kehidupan berumah tangga.


“Begitupun, atas beberapa perkara mereka kembali melakukan hubungan seks sejenis kerana tidak dapat menahan nafsu yang membuak-buak,” katanya.


Yusoff berkata, mereka yang mahu meninggalkan kehidupan songsang itu harus kuat menangani gelora nafsu masing-masing dan tekadkan diri untuk berubah dan jauhi rakan yang turut berada dalam golongan itu.


“Tiada cara lain kerana semuanya bermula daripada diri sendiri. “Bagi mereka yang tidak mahu berubah, contoh terdekat sudah diberikan Allah SWT pada zaman Nabi Luth di mana hamba yang dilaknat oleh-Nya ditenggelamkan bumi kerana melakukan hubungan seks sejenis. Jadi, kita harap perkara sama tidak berulang lagi,” katanya.

Categories

haziq naufal (87) ataicha (41) Keisha Zara (26) Raja Petra Family (20) Jalan-Jalan-Ataicha (17) Mrs Ataicha (15) renungan (12) Hana Batrisya (11) mylife (11) Coretan Mengenai Anak-Anak (10) Che Rahim Family (9) Harian Metro (9) tazkirah (9) misi1hari1gambar (8) World Cup 2010 (7) salam takziah (7) zul imran papaju (7) Al Fatihah (6) IT Tips (6) Kosmo (6) Aniff Nur Atika (5) Happy Birthday (5) Lirik Lagu (5) contest (5) gshock (5) Big Data Team (4) Gossip Artis (4) Spain (4) hobby (4) kelantan (4) wasiyyah shoppe (4) 18SX (3) Baby Boys (3) GITN (3) Germany (3) Jalan-Jalan Cari Makan (3) Mahamahu (3) Masakan (3) Photo Album (3) Raja Faizah (3) Raja Fazida (3) Rujukan Ataicha (3) Taman Layang-Layang (3) Ulang Tahun Perkahwinan (3) Urusan kerja (3) ariff sufyan (3) artikel harian metro (3) batch 1997-1998 TI Kuantan (3) orang minyak (3) orang minyak laksamana (3) photographer (3) smt kuantan (3) Abang Man (2) Ahmad Tajuddin (2) Akmal-Hafiz (2) Ataicha Training (2) Award (2) Azam Azrin (2) Darnalis (2) GIveway (2) Hadif Zafran (2) Kuching (2) Laksamanapuri Condo (2) Malaysia (2) Man Utd (2) Mohd Suhaimi (2) Penang (2) Petua (2) Raduzita (2) Raja Aseri (2) Raya Aidilfitri 2014 (2) Related Bola (2) Selamat Hari Raya (2) Selamat Pengantin Baru (2) Sharp ESX115 (2) Teknik-1-Kuantan (2) Tutorial (2) Ucapan Tahniah (2) asyraff shukor (2) ataicha Reference (2) ataicha jr (2) baseball cap (2) caps collection (2) collection (2) covid19 (2) demam (2) diyrepair (2) fakta (2) gembeng (2) hairul safar (2) http://hatt4.wordpress.com (2) jamuan raya (2) keratan akhbar (2) makanan (2) misiturunberat (2) my little prince (2) ramadhan (2) rezeki (2) tip komputer (2) tournament bowling (2) training (2) #fooddelivery (1) 2012 Contest (1) 2012 Special Giveway (1) 4 ADIL (1) ASTRO (1) Agar-agar laici (1) Ajwad Nurajmal (1) Akram (1) Al-Quran (1) Alamanda-Putrajaya (1) Along-Anak-Tuan-Rumah (1) Alwey Sham (1) Ameen Husaini (1) Ampang Pecah (1) Ana-Ikan-Bakar-Petai (1) Anak Sepupu (1) Aneh Tapi Benar (1) Armada (1) Aroma Ikan Bakar Jeram (1) AyahDe (1) Azam Tahun Baru (1) BA-110JM-4 (1) BTP (1) Bangi (1) Bank Location (1) Bantuan Prihatin Nasional (1) Bayi Tersedak Susu (1) Belimbing Hutan (1) Biz lumayan (1) Boboiboy Galaxy (1) Boss-Babi (1) Brazil (1) Buat Duit (1) Bukit Tinggi (1) Cameron Highlands (1) Cara Nak Dapat Title "Datuk" (1) Carlo Ancelotti (1) Chelsea (1) Christiano Ronaldo (1) Coca-Cola (1) Contact (1) Cuti 1TM (1) DW6900-SB-9 (1) Data Warehouse (1) Edwin Van Der Sar (1) Ejen Ali The Movie (1) England (1) England vs Wales (1) Exinda (1) FREE (1) Facebook (1) Facebook Notification (1) Fadhilat Ramadhan (1) Felda (1) Final Sea Games 26th (1) Flip Text Generator (1) Fortigate (1) G-Shock (1) GAX100-MSA-4 (1) Gaji Menteri (1) Galaxy Tab 2 (1) Gambang Safari Park (1) Gambang Water Park (1) Gambar Lucu (1) Gembeng Reunion (1) Gombak (1) HBase Master (1) Hack (1) Hael Husaini (1) Hal Ehwal Islam (1) Hal Semasa (1) Hala tuju selepas SPM (1) Happy Deepavali (1) Hari Bapa (1) Hari Belia Negara 2012 (1) Hari Persahabatan Sedunia (1) Harta Pusaka (1) Hartanah (1) Have a tEa wiTh MiszLuLLaby (1) Hero Kartun (1) Hina Johor (1) Hotel Malaysia (1) IT Related (1) Indonesia (1) Indonesia vs.Malaysia (1) Info Kereta (1) Islam (1) Isu semasa (1) Janda Kena Tipu (1) Jantung (1) Jatuh Motor (1) Jenis Lelaki (1) Jokes (1) Jual Mercun (1) Juara Kelantan (1) Juara Master Chef Pertama (1) KLCC (1) Kak Long (1) Kamera Handphone (1) Karoot Komedia X (1) Kekasih lama (1) Kelakar (1) Kelantan Juara Piala Malaysia (1) Kemalangan (1) Kematian (1) Kempen 1 Blog 1 Bendera (1) Kenali Bayi (1) Klinik Panel (1) Legoland Malaysia (1) Lelaki (1) Lensa Buruk The Contest (1) MCMC (1) MH370 (1) MPP (1) Madihah (1) Mahadir (1) Mahattan Firstmarket (1) Main Futsal FREE (1) Majlis Sukaneka Hasanah Kids (1) Malaysia Boleh (1) Masalah Harta Pusaka (1) Masterchef Selebriti Malaysia (1) Mat Sabu (1) Mee Kari Nyonya (1) Megat Iskandar Shah (1) Menang Contest (1) Mia Nurqaisara Afrina (1) Mohd Lukman (1) NSK (1) Naib Johan (1) Naik HARGA (1) Nama Bayi Islam (1) Nama-nama Islam (1) Netherland (1) Nobody (1) Nor Azita Osman (1) Nur Is Cahaya (1) Nurul Gersang (1) OCBC Bank (1) P1 WinMax (1) PERKESO (1) Pantang (1) Pasar Malam (1) Paybox.me (1) Pemanggang Ajaib (1) Pemanggang Ikan Ajaib (1) Pengorbanan ibu (1) Penutupan Jalan (1) Perangsang Templer Golf Resort (1) Percutian Ataicha (1) Perempuan (1) Peristiwa (1) Phone (1) Piala Malaysia 2010 (1) Politik (1) Presint 18 (1) Promo TM (1) Promosi Terhad (1) Public Bank (1) Pukul Emak (1) Putrajaya (1) QR Code (1) Raja Muhammad Harith Haziq (1) Rambut Bayi (1) Rancangan HyppTV Percuma (1) Raya (1) Raya Haji (1) Recover Password (1) Remaja (1) Reset password Admin (1) Ringtones Samsung (1) Rodeo Steakhaus (1) Rooney (1) SK Blau (1) SK Hendrop (1) SK Pos Brooke (1) SK RPS Banun (1) SRK Clifford (1) Salbys Volcano (1) SeHAT (1) Season View (1) Seksyen 302 (1) Seksyen 307 (1) Selamat Hari Guru (1) Selayang (1) Serang Gereja (1) Servis Motor (1) Setia Hujung Nyawa (1) Seventeen (1) Simbah Menyimbah (1) Skim Rumah Pertamaku (1) Sogo SALE (1) Solar Audit (1) Sri Gombak (1) TM Rewards (1) Tadika Hasanah (1) Tahun Baru 2011 (1) Taska Haram (1) Tasmik (1) Tayar Kenderaan (1) The Karate Kid (2010) (1) Theory Matematik (1) Tip Petua (1) Tips Harmoni (1) UNIFI MOBILE (1) UPSR (1) UPSR 2012 (1) UiTM (1) Version Robot (1) Video Seks (1) Video Youtube (1) Waka Waka (1) Warih Ku Meran (1) YDP (1) ataicha SQL QUERY (1) azam photo (1) baby Girls (1) balik kampung (1) bangsar (1) bapa saudara (1) berat (1) berbuka puasa (1) berita (1) bertudung (1) blackberry (1) buang bayi (1) bulan ramadhan (1) cabaran copy menang (1) cara-cara tanam uri (1) cisco ccna (1) congrate (1) copy paste (1) creativity (1) darkcurse (1) dataontap (1) design (1) dugaan (1) duit tercicir (1) e-filling (1) gambar kelas (1) gnesop.com (1) gout (1) grafik (1) gshockfanclubmalaysia (1) gst (1) gym (1) hacker (1) hadapi dengan senyuman (1) handset (1) hantu raya (1) hargai nikmat (1) hibah (1) hypptv box (1) iCity Shah Alam (1) icha (1) iflix (1) intensedebate (1) jawatan kosong (1) jengka 17 (1) kain japanese cotton (1) katak (1) kejam (1) kenangan (1) kenapa aku.. (1) kerang (1) keretaku (1) kurus (1) layout baru (1) licin (1) linux (1) malware (1) masa (1) mmu (1) motivasi diri (1) myvi terbang (1) nasi daun pisang (1) nasi kerabu mahal (1) nik mohammad aryan (1) nikmat (1) novel best (1) pelajaran (1) pelancaran sistem e-tasarruf (1) pemanggang (1) penat (1) pendoman (1) penipuan di internet (1) petua ibu hamil (1) petua orang dulu (1) photofunia (1) preparation raya (1) pulai spring resort (1) pulau pinang (1) referkawan (1) restoran anis puteri pantai dalam (1) rezeki anak (1) rumah baru (1) rumah lama (1) saba restoran (1) sakit gigi (1) sakit tekak (1) scam (1) scammer (1) scammer0166692513 (1) sekolah mengandung (1) selsema (1) setiawangsa (1) skim cepat kaya (1) sms mengarut (1) streamyx (1) suami gay (1) suamiisteri (1) tadika baru (1) testing (1) tip blogging (1) tipu orang (1) trainning (1) ucapan Hari Raya Aidilfitri (1) ulu yam (1) wasiat (1) windows (1) xamarin mobile developer (1) yahoo mail (1) zakat fitrah (1) zoo negara (1)