Sensasi!! Zul Handy Black Berbogel...
ahaks.. jangan kelam kabut.. yupp memang dia berbogel utk menjayakan lakonan filem seram Mantra.... tapi itu untuk filem sahaja.. kenapa perlu berbogel?..
korang leh baca penerangan beliau di harian metro hari ini...
SELEPAS Allahyarham pelakon Izi Yahya berbogel sebagai tentera Jepun dalam filem Embun dan Arja Lee menerusi filem ...Dalam Botol, terbaru, pelakon dan penyanyi Zul Handy Black pula mencetuskan kontroversi sama dalam filem seram Mantra terbitan Metrowealth Movies.so apa pendapat korang?.. perlukah atau tidak babak tersebut???
Dalam filem arahan Azhari Zain itu, Zul sanggup berbogel dengan menampakkan seluruh belakang tubuhnya termasuk punggung dengan jelas bagi menjayakan babak Muzir (pelakon utama Mantra) mengamalkan ilmu hitam.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zul atau nama sebenarnya Nurzul Suphia'an, 35, berkata, dia sanggup berbogel dalam filem itu kerana mengikut kehendak skrip Mantra semata-mata. "Babak Muzir berbogel itu sekadar memenuhi tuntutan perjalanan 'ritual' yakni lelaki yang mengamalkan ilmu hitam. Selepas mengamalkan ilmu hitam, Muzir terlepas dari penjara apabila ayat suci Al- Quran 'terpadam' dari dinding bilik penjaranya. Babak Muzir berbogel itu memang berlaku dalam kalangan pengamal ilmu hitam di luar sana.
"Pada mulanya, saya pakai seluar sendat tapi apabila babak menakutkan itu hendak dimulakan saya terus tanggalkan seluar itu. Ketika itu hanya saya dan jurukamera saja berada di situ. Selepas babak itu selesai, seorang kru produksi datang dan memberikan tuala untuk menutup badan saya," katanya. Secara peribadi, Zul akui, dia rasa gementar dan teruja dengan babak itu kerana ia tidak pernah dilakukannya selama ini. "Inilah asam garam menjadi pelakon dan saya anggap ia cabaran terbesar dalam kerjaya lakonan saya. Untuk menampakkan sesuatu realistik, saya sanggup berbogel," katanya kepada Rap, semalam.
"Saya difahamkan, penulis skrip Mantra adalah cucu kepada penulis siri kisah seram Bercakap Dengan Jin yang terkenal, Tamar Jalis.
"Bagi saya Mantra sangat unik dan mesti ditonton sebagai sebuah kisah yang penuh dengan pengajaran. Ilmu hitam harus kita jauhkan," jelasnya.
Katanya, pengarah Azhari Zain, turut berbincang dengannya mengenai babak sensasi itu ketika di peringkat awal pembikinan. "Saya tanya terus terang kenapa perlu berbogel. Adakah ia sekadar gimik atau kontroversi untuk melariskan filem ini? "Azhari cakap babak berbogel itu ada kaitan dengan perkara sebenar yang diamalkan golongan terbabit. Lalu saya pun bersetuju melakukannya. Saya lega babak itu tidak dipotong Lembaga Penafisan Filem (LPF) kerana ia relevan dengan cerita," katanya.
Ditanya bagaimana penerimaan keluarganya pula, Zul berkata, dia mendapat sokongan keluarganya.
"Saya beritahu keluarga mengenai babak bogel dalam Mantra dan mereka juga kata OK sebab tahu semuanya kerana lakonan," katanya.
Sementara itu, Azhari berkata, babak Muzir berbogel bukan untuk mencetuskan kontroversi sebaliknya kerana tuntutan skrip.
"Saya sedar perkara ini akan menimbulkan percakapan, tetapi babak itu dibuat bagi menggambarkan keadaan sebenar pengamal ilmu hitam. Sebagai pengarah, saya sedia menerima kritikan daripada peminat "Terus terang, pada mulanya saya sangat risau untuk mengarahkan filem cerita mengenai kejahatan iblis dan syaitan ini. Malah, selepas penggambaran Mantra pun, saya masih 'diganggu' benda pelik.
"Saya juga ingin tegaskan di sini, f ilem ini hanyalah untuk penonton dewasaberusia 18 tahun ke atas dan jika kanak-kanak ingin menontonnya, mereka perlu diawasi ibu bapa atau penjaga mereka," katanya.
0 Comments:
Post a Comment