Christiano Ronaldo dah ada anak??
yuppp.. ni aku baca kat Harian Metro tadi... hehehehe.. sah peminat2 Ronaldo ni frust menonggeng.. uiks... kenapa orang tak pertikai cara hidup player2 luar nie.. dapat anak dulu baru kahwin... ni x pasti kahwin ke tak lagi... adoii... cam ne masyarakat malaysia terutama remaja2 kita tak ikut... sebab diaorang asal Barat?? walaupun kalau si ROnaldo ni asal Malaysia.. sah kena kutuk ada anak tapi belum lagi kahwin..
bila cerita2 gini timbul.. kita tak pernah pertikaikan.. malah mengalakkan... adoii... tolong laa.. sebab perkara2 remeh gini laa.. benda2 cam gini menular dalam masyarakat kita sendiri...
bila dah berlaku salahkan itu la ini lah... padahal benda2 yang cam gini x dihalang...
pape korang baca la sendiri artikel ni erk..
LISBON: Adik perempuan Cristiano Ronaldo. Katia Aveiro semalam mengesahkan bintang bola sepak playboy itu menjadi bapa, tetapi enggan memberitahu identiti ibu bayi berkenaan.
Katia memberitahu demikian kepada akhbar Portugal, Diario de Noticias. Bintang Real Madrid berusia 25 tahun itu sebelum ini mengumumkan kelahiran bayinya dalam laman web rasminya serta laman Facebook dan Twitternya.
Bayi itu dilahirkan 17 Jun lalu, dua hari selepas Portugal menentang Ivory Coast dalam pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan.
Katia berkata: "Ronaldo gembira. Siapa yang tidak gembira mendapat anak?” Dia juga memberitahu bayi lelaki itu berambut dan bermata hitam seperti bapanya.
Tambah Katie: “Berita itu benar tetapi Ronaldo tidak mahu bercakap mengenainya. Itu hal peribadinya dan bila dia sudah bersedia dia akan bercakap mengenainya.” Katie yang tidak mendedahkan nama bayi itu mengatakan Ronaldo akan membuat pengumuman rasmi selepas dia pulang dari Madrid. Bintang Portugal itu menulis: “Saya sangat gembira untuk memberitahu saya sudah menjadi bapa kepada seorang bayi lelaki. Sebagaimana dipersetujui dengan ibu bayi terbabit yang mahukan identitinya dirahsiakan, anak saya akan berada di bawah jagaan saya,” kata Ronaldo dalam laman web rasminya sebelum ini, Ibu Ronaldo, Dolores serta dua adiknya, Elma dan Katia dilapor bersedia membawa bayi itu pulang ke Portugal, tempat dia akan dibesarkan. Sementara itu, teman wanita Ronaldo ketika ini, peragawati pakaian dalam, Irina Shayk, 24, menulis dalam Facebooknya: “Teman lelaki saya kini bapa kepada bayi lelaki.” Sebelum Irina, Ronaldo pernah dikaitkan dengan peragawati Itali, Letizia Filippi, 32, dan jelitawan Brazil, Raica Oliveira, 26. - Agensi
mesti si ronaldo ni benganngggg je ngn adek pompuan die tu. sebab pecahkan tembelang die. hehe.
ReplyDeleteentah dia ni..aku baca paper tadi pon agak tregezuet tibe2 dia ade anak..haihs.nak berahsia2 plak..taknak jatuh saham la tu..
ReplyDeleteouh..mesti anak dia bila besar nanti ensem cam dia..haks...jgn marah
ReplyDeleteahaks iya ke bengang...
ReplyDeleteni petik kat www.christianoronaldo7.com
"A statement on his official facebook site said that Ronaldo was overjoyed with the news. "It is with great joy and emotion that I inform I have recently become a father to a baby boy," said Ronaldo. "
rahsia la sapa ibu dia.. ahaks
ReplyDeletegua da add dalam url link dalam blog kamo...thank..
ReplyDelete