Header Ads

Header ADS

Jalan-Jalan Cari Makan di Rodeo SteakHaus Sri Gombak

Salam, walaupun ataicha patah kaki sebab ketiadaan kereta di kala ini, dan mungkin minggu depan baru dapat setelah hampir sebulan dah ianya berlaku... huhuhuhu thanks kepada Fazida @ Teh, kerana datang ke rumah dan membawa kami ke Rodeo Steakhaus di Sri Gombak yang tidak jauh dari rumah ataicha...

Kali ini, terpaksa la bawa 2 budak kecil nie, huhuhuhu.. riuh rendah la jugak suasana untuk melayan budak kecik sorang nie.. huhuhuhu...

Di Rodeo Steakhaus yang terletak di Prima Sri Gombak ini, menyediakan sajian masakan barat yang sudah tentu memenuhi permintaan penduduk warga kota yang sentiasa dahagakan kelainan dalam masakan. Kadang-kadang kita inginkan juga kelainan kan, di sini anatar menu yang menjadi kegemaran adalah Chicken Chop, Lamb Chop, Chicken Cordon Blue, Grill Chicken dan Steak T Bone.

Kali ini, ataicha nak rasa Rib Steak, tapi yang sampai adalah Mix Steak.. dah habis baru perasan bukan Rib Steak.. sebab ataicha pun lupa order apa.. hehehehe..

Ok ini adalah Mix Steak, ada ayam dan daging.... huhuhuhu... bagi ataicha mungkin tidak berapa nak kenyang.. huhuhu.. tapi so far rasanya memang sedap. Harganya adalah RM15.50...

Ini pula Chicken Chop, menu ini disediakan bersama french fries dan salad... rasanya memang sedap. Dan harganya adalah RM9.90 sahaja.

Ini apa pula?? Nampak pelik kan? western makan dengan nasi.. Tapi mengikut orang yang order, katanya sedap... Menu dia lupa la nama apa.. Moroco Chicken kut...
So dah makan2 pilih la air tembikai.. memang sedap.. tapi kalau lagi best makan kat Kedai Air Gelas Besar... lagi best.. huhuhu... Air disini berharga RM3.50 untuk Juice Drink, dan Kalau Mix Juice pula berharga RM4.00 segelas.
Disebabkan rasa Mix Chicken tadi tak berapa cukup mengenyangkan, ataicha tambah side order Tuna Chicken Sandwich yang berharga RM4.50
Ini adalah beberapa picture yang berjaya di snap. Hana duduk diam je, oklaa... 

Ini pulak adalah Yee Mee Sizling, namapak kurang menarik sket, rasa tak pasti lupa nak tanya empunya diri best ke tak.. huhuhuhu...

Ok, mak mertua ataicha pulak makan Chicken Chop, tapi tengok Haziq Naufal, sekejap je baik bila letak kat kerusi baby...
 Sekejap je baik, sebab dia pun tak puasa hati sebab orang lain makan, dia kena tengok je.. huhuhu

Masing-masing tengah menjamu selera...

 Khusyuk kan, cuma Mak Usu je yang pandang kamera.. hehehe...
 Mak usu yang seronok menjamu selera, Moroco Chicken yang berharaga RM11.90 sepinggan.
Hana Batrisya sekadar memerhatikan mak sedara dia yang khusyuk makan Yee Mee Sizzling. Sure dalam hati Hana berkata, tak nak suap kat dia ke???
Haziq Naufal terpaksa dipegang kerana dah meragam duduk dalam baby seat... Matanya duk memerhatikan orang makan, nie mesti tak puas hati sebab tiada sesiapa nak suapkan dia..
So, total yang kena bayar adalah RM92.70 untuk 5 orang dewasa makan... Sekali sekala harganya adalah berpatutan. Tiap-tiap hari nak makan bangkrap ler... hehehe.. anyway tempat ini dicadangkan jika tekak anda ingin merasa masakan barat.. Tempat parking yang senang dan sesuai untuk jamuan keluarga.

No comments

Powered by Blogger.