Thursday, June 16, 2022

serba salah

hmm tadi dh terlelap.. tiba² dapat mesej dari wife kata parking dia ada orang park.. hmm kul 10.30 mlm td.. dah laa parking kat luar apartment ni susah nak cari.. 

tukar baju gi kat parking wife tengok ada kereta axia putih park situ.. wife dah takde.. gi ke guard.. kata kat dia nak clamp kereta tu.. geram.. huhuhu.. iya laa kesian wife dah laa balik tak ikut masa opis hour.. balik-balik parking kena ambik kan.. time tu tak perasan kereta wife dah selamat park kat visitor.. 

tapi dah tercakap kat guard.. dan tergatal warning bagi education lesson dan minta jmb buat kerja.. baru laju guard clamp.. 

iya laa dah sejam tanya dalam group.. takde sapa² call or reply mana tak angin kan.. pengerusi jmb dah personally whatsapp kata dah clamp.. dan siapa kena bayar denda laa utk buka clamp..

hmm.. tertiba ada jiran yang kenal call kata adik dia datang parking situ . alahai serba salah plak.. tak sempat nak minta guard buka.. adik dia dh turun bayar dah denda.. 

alahai.. serba salah sebab dia jenis tak berkira.. cuma tu laa.. masa turun tadi tengah mamai kan.. memang angin dia lain macam.. ingat nk bagi education sket laa sebenarnya jenis park kat tempat orang ni kan.. 

kenalan tu pun dh call minta maaf.. cakap dia terlupa nak bagitau wife nak tumpang.. kalau tak takde laa kena bayar denda.. 

so malam ni.. aku berada dalam keadaan serba salah.. esok aku gi jumpa bg laa sket duit untuk ganti denda yg kena bayar tu.. maaf ye.. 

No comments:

Post a Comment