Thursday, November 18, 2021

Budak jatuh dari kondominium..

2 hari berturut kut.. terdengar isu budak meninggal jatuh dari kondominium..

16/11 budak 4 tahun jatuh dari tingkat 29 di kondominium di jalan ipoh...

17/11 budak berusia 5 tahun pula jatuh di kondominium di batu caves..

sedih dengar.. tapi itu laa kenyataan.. kalau duduk di kondominium/apartment tinggi.. grill adalah keutamaan yang utama kena adakan.. bahaya kalau takde sebenarnya.. itu perkara yang mula-mula ataicha pasang masa mula-mula duduk di umah apartment.. walaupun tingkap dua.. kena juga pasang...

satu hari.. masa anak pompuan no 2 dulu umur 4-5 tahun.. yup umur masa tu tengah lasak.. terlupa tutup grill beranda.. tertiba wife tengah masak perasan anak no 2 ni takde dalam umah... cari dalam almari takde.. tengok grill kat beranda takde.. terlupa nak kunci lepas jemur kain kan.. jengok bawah.. takut dia panjat beranda tu.. takde risau.. panggil nama tak menyahut... 

Allah je tau betapa risau masa tu.. alhamdulillah dia keluar gak dari sebalik kain-kain yang disidai tu.. merajuk sebab abang ambik mainan dia.. memang lepas tu sentiasa kunci.. 

tu laa bila baca berita macam ni.. memang takut.. semoga dilindungi laa dari berlaku perkara seperti ini..  amin..

2 comments:

  1. itulah mula-mula berita yang sama tapi bukan, terus teringat yang video budak perempuan dok tepi koridor panjat pagar tu... aduh seriau

    bukan nak cakap apa, bila ada anak kecil kita kene lebih cakna, lagilah kalau duduk rumah bertingkat yang tinggi, grill wajib buat, lepas tu janganla tinggal anak kecil sendirian kat rumah... sya si aiyan dah 10 tahun nk tinggal pergi mana-mana memang tak pernah, bawak ke mana pun bawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa dana... duduk umah gini.. kena alert pasal ni.. kena lebih berhati-hati

      Delete