Sepetang di kampung..
Biasanya aku upload or updated sesuatu kat facebook or insta je.. tapi entah laa.. macam dah malas nak updated ke situ.. terasa nak kembali ke dunia lama..
berkongsi di satu platform yang perlu orang lain bersusah payah untuk cari jika nak tau sesuatu kan..
hahaha.. takde laa.. sebenarnya kat sana nak updated benda pendek-pendek je.. tersilap kata tersilap taip bakal mengundang banyak petkara negatif..
oklaa malas nak mengarut lelama.. dah lama sebenarnya tak balik kampung.. so bila dapat balik.. memang bertambah dengan usia yang dah tua.. memang malas nak berjalan sangat.. kebanyakan masa dihabiskan di umah je..
tak jumpa kawan-kawan di kampung ke? entahlah nak cerita pun.. sebab antara adik beradik.. aku ni tak banyak sangat meluang masa dibesarkan dikampung.. 1993.. sekolah rendah di kampung ni.. hanya 2 minggu gitu je.. tak sempat nak berkenal-kenalan dengan kawan2 sekolah.. sekolah menengah pun sebulan lebih je di sekolah menengah ketereh.. mana sempat nk berkenalan.. sebab kena tukar ke SIC.. kawan-kawan SIC kebanyakan duduk merata-rata di negeri Kelantan ni..
so bila balik kelantan ni.. kebiasaan aku singgah umah sedara mara je.. tapi sebab pangkat2 pakcik makcik dah tak de.. so dah limited dah umah-umah yang biasa singgah..
plus musim2 covid ni.. cuba elakkan je laa..
so.. kerja2 opis dua tiga hari ni dah tak tengok langsung.. sebab line tak berapa nak ada...
balik ni pun sebab orang umah ada kerja kat sini.. so orang kata sambil menyelam minum air..
oklah.. dah tua-tua ni dapat lepak dan release kan segala masalah yang serabut di kepala adalah satu nikmat yang terbaik..
balik kampung memang boleh release segala beban kerja kat bandar...
ReplyDeleteaaa.. memang kerja2 tertinggal kat bandar tu.. fokus hal-hal dikampung je
Deletetak sabarnya kita pulak nk balik johor nih...
ReplyDeleteaaa.. cepat2.. sebelum ada keputusan tutup negeri plak.. 😜
Deletexde laa.. insyaallah xde dah laa keputusan yang tak disukai tu..
habiskan cuti dengan riang ye dana..