Coronavirus - 18 March 2020
Setakat 18 March 2020 5 petang, Jumlah Kes Keseluruhan positif Coronavirus ini sudah mencecah 790 orang. Kes baharu yang tercatat adalah 112.
112 ini adalah yang telah melakukan pemeriksaan. Yang tidak lakukan, entah berapa ramai kan.
Selaras dengan perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 March 2020 ini, rakyat sepatutnya mengambil iktibar apa yang telah berlaku di China dan Italy. Namun bila panik, tindakan pembelian panik, beratur di balai polis untuk isi borang rentas negeri dan ramai-ramai balik ke kampung, secara tidak langsung akan mengagalkan misi dan tujuan utama Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Nasihat, ikut je Perintah Kawalan Pergerakan ini, kalau tidak ianya terpaksa dilanjutkan lagi.
0 Comments:
Post a Comment