11.12.2019 | AGM dah tak lama dah
Apa yang diharap, pelantikan AJK yang baru bakal untuk sesi akan datang dapat merubah sesuatu.. Suasana di persekitaran boleh dikatakan mati dah.. Tiada benda yang meriah dan seronok dilihat di taman dan kolam nie..
Dulu.. tiap minggu anak-anak minta teman ke bawah untuk mandi kolam.. Tapi sejak setahun lebih.. ajk memutuskan penutupan kolam untuk mengurangkan kos.. sebenarnya secara tidak langsung membuat harga jualan menjadi rendah dan susah untuk dijual.. ditambah lagi bila pelbagai isu lain timbul..
Tetapi itu laa.. bila yang menjadi AJK tidak.mempunyai anak kecil atau belia.. penutupan kolam tiada masalah bagi mereka... yang mempunyai anak yang minat air.. menyusahkan.. tak pasal-pasal terpaksa bercuti ke tempat-tempat yang mempunyai kolam / taman air..
Semoga AJK baru (sesi akan datang) dapat selesaikan masalah kolam dan taman mainan ini..
taman permainan agak uzur, sejak kolam ditutup, taman ini pun kurang terjaga.. cleaner sapu sampah je.. huhhu
ni orang bawah dah buat cam tanah sendiri pun ada.. orang tak turun lagi laa rasa berkuasa..
buaian yang hilang.. hmm.. kena gi taman permainan kat luar untuk bagi anak-anak explore
kalau dulu masa kurang
kes denggi.. lagi laa penuh dan kotor.. bila banyak kes denggi baru laa nak bersihkan..
Sayangnya Ada pool tapi ditutup
ReplyDeletetu laaa bila tutup.. hilang laa value rumah.. ni kena sewa hotel nak bagi anak-anak mandi padahal kalau buka dah seronok anak-anak untuk mandi kat bawah je..
Delete