11.10.2017 | Isu...
Terbaca dlm group whatapps..
1) ada unit bawah mengadu.. zink atas kemek.. sebab ada unit atas buang sampah..
Isu ni susah nak dibenteras bila minda penduduk yang membuang sampah tu masih di minda kelas bawahan atau kasta rendah.. jenis buang sampah merata-rata.. semalam masa jalan di jalan bawah nk hantar keisha.. nasib baik laa lambat 2-3 langkah.. kalau tak mungkin air ludah dah kena kat baju... entah sengaja kut.. pandang ke atas tak nampak unit mana...
Kalau sesiapa yang ada bukti.. sila laa bagi gambar (yang boleh buktikan unit tu bersalah)... saya boleh minta dan paksa atau push office paksa unit tersebut untuk bayar atau tanggung kerosakan unit bawah tu.. tapi.. yang disalahkan memula mesti jmb dan ajk2 dia tak buat kerja.. uiks.. kalau takde benda yang membantu.. camne saya nk bantu selesaikan.. silap orang lain.. orang yang kena.. isk..
2) isu buang sampah di tangga
Isu ni.. satu saya nak push office kenakan caj pembersihan kepada unit yang buang sampah pun susah.. sebab tak dapat tangkap perlakunya..
Bila nampak.. saya hanya mampu menyumpah seranah je.. jahat kan.. tapi tu laa.. baik mati je kepada yang suka buang sampah tu.. ops cakap pasal isu ni.. orang kuat dlm group tu.. jumpa personally face to face.. cakap masa dia jaga dulu.. dia round tiap tingkat.. ada sampah selongkar.. kalau jumpa surat.. so boleh buktikan unit tu buang sampah.. kelakar plak.. sebab 2 kali aku selongkar sampah kat belakang tingkat 2.. jumpa surat dalam sampah.. alamat unit ko.. tapi takkan nak cakap cam tu kan.. hahahha.. gelak dalam hati je laaa.. cakap tak serupa bikin.. dah malas aku nak layan..
3) ada soalan pasal ajk dapat gaji or elaun.. "Assalam abg FF (aku tutup la nama k), Pengerusi & 2/3 Org AJK tu diberi gaji ke?"
Mengigil juga nak taip jawab dalam group tu.. tapi bila fikir lelok.. malas nak gaduh-gaduh.. penat je.. untuk pengetahuan.. jadi ajk ni setakat ni tak pernah ada sebarang gaji or elaun.. semua buat seikhlas hati.. tak ikhlas pun buat ikhlas je.. bila ada isu.. sebab nak tolong selesaikan.. call office guna kredit sendiri.. takde pun nak claim balik.. biar je.. asal lepas selesai isu pape.. hati puas dapat tolong orang... lega dan tenang.. iya laa masalah penduduk masalah kita gak..
Tapi.. ramai plak jenis mengarah itu ini seolah kami ni ada gaji ada elaun.. kalau minta dengan bahasa yang baik.. insyaallah saya rela hati je akan bantu.. tetapi bila mengadu ayat ARAHAN.. malas gak nak layan.. orang kata berbudi bahasa laa sket.. ayat ok.. minta lelok.. orang nak bantu pun ikhlas..
Cuma reply dari abg FF(yang aku tak mention tu) jawab cam ni "Kurang pasti tp En Z dan M mmg bergaji".
Z ngan M tu aku x nak mention laa namanya.. tetapi both tu kerja kat office.. so memang layak laa kut ada gaji.. kalau tak bergaji.. ada ke nak duk melanggut kat opis? Kisahkan hal kutipan.. gi bayar bil?
Cuma sesuai ke gaji diaorang dengan kerja diaorang.. mungkin tu boleh dijadikan persoalan.. cuma berapa gaji yang diberikan tak perlu laa kut nak mention sini..
3) ada botol arak di parking.
Hmm gambar yang biasa saya dapat botol arak kat parking selepas kejadian berlaku. Aaa kena panggil CSI laa kut ambik kesan cap jari.. cuba laa bagi gambar masa kejadian.. lokasi kejadian.. jika saya baca.. sanggup gak saya ke berjalan turun ke guard depan tu untuk minta yang minum2 bawah tu pergi tegur dan halau.. kalau yg jaga time tu buat dek.. saya akan minta office terminate kan terus guard tu.. iya laa buat simpan guard tak function.. tu apa yang saya boleh buat.. yup saya tau.. tapi kedudukan kewangan kita yg tak cukup kuat.. mampu allocate dalam 5K je sebulan.. nak lebih2 karang collection tak cukup.. nak cekau mana nak bayar security...
Dah pernah buka tender minta security company baru.. datang bg harga 10k-12k.. bila pilih yg murah.. dibagi pulak guard old timer.. perempuan tua.. bila suruh tegur.. tegur pun takut.. alahai.. memang diterminatekan je laaa...
Oklaa malas nak panjang2 dah.. tension dah kurang sket.. tak nak pikir sangat nanti naik darah tinggi plak..
Bye2..
0 Comments:
Post a Comment