21.05.2017 - Majlis Sukaneka Hasanah Kids
20.05.2017 (Sabtu)
Ikutkan hati hendak skipped je Majlis Sukaneka Hasanah Kids tahun nie.. tapi bila fikirkan risau juga Haziq Naufal akan mengungkit pada satu hari nanti.. So balik laa ke KL.. Iyalah, hari sukaneka ini akan disebut-sebut nanti.. Dari rasa bersalah di kemudian hari.. eloklah berkorban sedikit kan..
Ibu tak dapat nak join.. tak larat.. so haziq naufal balik ke KL berdua sahaja dengan ayah je..
21.05.2017 (Ahad)
Hari yang dinanti-nanti dah tiba.. ayah sebenarnya bercekang mata tak nak tidur takut terlajak je.. lepas solat subuh.. on kan labtop nak tengok email untuk elakkan ngantuk.. tetapi.. tertido juga.. hahaha.. kelam kabut bila tersedar tengok jam dah kul 8 pagi.. 8 pagi sepatutnya dah ada di Padang bola Setiawangsa (iya kut.. lupa laa namanya)..
Dah laa terlupa jalan banyak tutup.. gi gatal nak cepat nak naik Duke... last2 melencong ke mana plak.. tension laa jugak.. pape pun sampai2 perarakan dah habis, tengah senamrobik.. oklaa sempat sampai sebelum acara sukan...
Cikgu pun bersyukur Haziq Naufal sampai.. dah pening dah cari replacement Haziq Naufal.. pemain harapan sebenarnya..
0 Comments:
Post a Comment