Aku tak pandai!!
Selalu kita dengar orang selalu berkata.. "Aku tak pandai main bola.. Tak naklaa main".. Sebenarnya tiada orang yang lahir-lahir terus pandai dalam apa jua bidang yang dia ceburi.. Pasal dia berbakat.. Bakat tu lahir bila ada minat dan usaha. Bakat pun kena asah..
Main bola.. Senang je.. Nampak bola pastu sepak je.. Pandai laaa.. Kalau laa sesenang tu ramai yang pandai main bola.. Ramai yang boleh wakil negara main kat world cup.. Setiap benda yang kita nak ceburi, tiada yang 1st time pegang raket dah boleh kalahkan Li Dan..
Bagi contoh badminton laa ye.. Mula-mula kena tau cara main.. Undang2 dia dulu.. Kalau turun gelanggang main... Kawan2 tak kan ajar undang2 sangat.. Sini kena mulakan dengan minat.. Study undang-undang bermain duku.. So dah tau undang2.. Ambik alternatif untuk improve stamina.. Belajar asas permainan.. Cara pegang raket.. Cara nak pukul bola.. Cara nak service.. Belajar asas dulu... Tak de asas memang sukar nak main...
Stamina kena ada.. Yup badminton walaupun main dalam court.. Stamina penting.. Kena lari ke depan.. Lari ke belakang.. Penat wooo.. Teringat zaman kanak2 main badminton dengan pakcik2 kat taman perumahan dulu.. Dulu takpelaa stamina tinggi.. Sekarang hampeh..
Masa kat u.. Ambik course badminton.. 2jam seminggu.. 1/2 jam berlatih stamina.. Lari ke sana kesini.. 1 jam belatih asas.. Minggu tu services.. Pukul je bola agar jatuh kat tempat yg di targetkan.. Kalau belakang kena jatuh kat belakang.. Minggu depan berlatih skill lain plak.. Penat gak.. Walaupun nampak senang.. Skill kena berlatih..
Ni sekadar contoh badminton.. Semua permainan kena tau undang2, cara main, asas permainan.. Kalau fizikal nya kena ada stamina.. Event main dam sekalipun..
So.. Jangan cakap aku tak pandai dan takut nak cuba bidang tu.. Sebab semua bermula dari kita..
Alhamdulillah.. Sekarang mungkin aku master dalam bidang aku kerja ini.. Adakah sekelip mata aku mahir programming? Aku mahir designing? Ada cikgu? Kebanyakkan belajar sendiri.. Dari internet.. Dan yang penting sebenarnya minat.. Berani mencuba.. Peluang? Sebenarnya peluang itu datang dari kita sendiri.. Kita yang jadikan peluang itu datang.. Jika kita tutup hati.. Peluang itu takkan hadir dengan sendiri...
Memula masuk syarikat ni.. Rasa-rasa tau ke macam mana nak jaga data center? Tak kan.. Belajar sket demi sedikit dari orang2 lama.. Buat silap selalu sangat.. Kena marah.. Tapi adatlah belajar kan... Dah selesa duduk kat data center.. Hanya satu email arahan untuk lapor diri ke team applikasi.. Yup rasa tertekan gak sebenarnya pada awalnya.. Dari zon selesa ke zon yang tidak pasti..PHP Language sebenarnya knowledge agak kosong.. Tau sket2 je.. Tapi aku berjaya harungi dan jadikan zon yang tidak pasti ini zon selesa bagi aku..
Kepercayaan pada diri sendiri adalah jawapan yang bagus untuk elakkan kita menganggap dan selalu berkata "Aku tak pandai"... Ubahlah kepada "Aku cuba".. Insyaallah akan merasai kemanisannya..
0 Comments:
Post a Comment