12.04.2015 ~ Genap 4 tahun umur anak teruna ku...
Tak sangka ye.. pejam celik pejam celik... umur Haziq Naufal dah genap 4 tahun... rasa baru je semalam dia lahir.. ahaks..
Sempena hari lahir Haziq Naufal, kami decide nak bawa Naufal tengok gajah... dulu pernah nak bawa cuma takde parking.. time tu bergambar dengan patung gajah kat luar tu je.. kesian plak kan... so tunaikan harapan Naufal dari dulu...
Adik Keisha pun dah besar.. seronok laa nak bawa kan.. Kalau tak penat je..
Makluman kepada sesiapa nak bawa anak-anak or nak melawat Zoo Negara, sila bawa Mycard ataupun MyKid ye.. ada perbezaan harga yang ketara... So berbangga laa bawa MyCard dan MyKid tu ye...
Bila tengok anak-anak excited melihat haiwan-haiwan yang hanya dilihat di tv dan buku, rasa berbaloi la juga pelaburan membawa anak-anak ke zoo negara nie...
Wajah Keisha Zara yang begitu excited...Kalau sebelum ini, hanya menyanyikan lagu bangau oh bangau... bila dapat melihat didepan mata.. seronok laa budak-budak nie...
Melihat burung di dalam sangkar...
Wajah birthday boy... ceria.. tapi misi belum selesai sebab tak jumpa lagi kandang gajah...
Dan akhirnya, sampai juga ke kawasan dan kandang gajah... so ayah dan ibu tak rasa bersalah dah... niat dan impian nak tengok gajah,, ayah dan ibu dah tunaikan.. Insya Allah jika diizinkan, ayah akan bawa Naufal ke Lanchang pula...
Ikutkan hati nak lama lagi, namun ibu ada kelas menjahit... so Naufal... semoga happy la yee...
0 Comments:
Post a Comment