hi hi 2015..
hanya beberapa hari lagi kita nak ke 2015 kan? pejam celik pejam celik.. cepatnya rasa masa berlalu.. semoga 2015 hadir penuh perkara yang bakal menjelmakan jutaan senyuman yang bermakna.. :)
2014... selamat pergi... setiap detik yang berlaku biarlah menjadi iktibar dan kenangan..
hujung 2014 ini.. seperti tahun-tahun biasa.. pantai timur dilanda banjir.. bersyukur kerana hingga kini rumah dikampung belum lagi pernah dilanda banjir.. tetapi pengalaman masa kecil di kuala lipis pada awal 1990an masih lagi segar difikiran... rumah tidak terjejas.. namun bila dipandang ke bawah... bukit terasa seperti di pulau.. kelihatan bot-bot ke sana ke mari... mengangkut mangsa-mangsa banjir..
Cuma kami terputus bekalan sahaja... apa-apa pun semoga mangsa-mangsa banjir di luar sana bersabar dan redha akan ujian Allah.. kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhlukNya...
Semoga banjir tidak seteruk sebelum ini, dan tiada kemalangan jiwa berlaku.. Dan didoakan agar musim banjir ini berlalu cepat.. Amin..
0 Comments:
Post a Comment