it all about me......

Blog Archive

Petua Untuk Teruna Mencari Bakal Isteri


Petua Untuk Teruna Mencari Bakal Isteri

1. Jangan Terlalu Rapat Dengannya - Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa ‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

2. Lakukan Risikan Secara Rahsia - Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula. Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau panggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

3. Cari Yang Duduk Bersama lbubapa - Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga - Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua - Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan Diri - Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki - Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup - Beredarnya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.


0 Comments:

Post a Comment

Categories

haziq naufal (87) ataicha (40) Keisha Zara (26) Raja Petra Family (20) Jalan-Jalan-Ataicha (17) Mrs Ataicha (15) renungan (12) Hana Batrisya (11) mylife (11) Coretan Mengenai Anak-Anak (10) Che Rahim Family (9) Harian Metro (9) tazkirah (9) misi1hari1gambar (8) World Cup 2010 (7) salam takziah (7) zul imran papaju (7) Al Fatihah (6) IT Tips (6) Kosmo (6) Aniff Nur Atika (5) Happy Birthday (5) Lirik Lagu (5) contest (5) gshock (5) Big Data Team (4) Gossip Artis (4) Spain (4) hobby (4) kelantan (4) wasiyyah shoppe (4) 18SX (3) Baby Boys (3) GITN (3) Germany (3) Jalan-Jalan Cari Makan (3) Mahamahu (3) Masakan (3) Photo Album (3) Raja Faizah (3) Raja Fazida (3) Rujukan Ataicha (3) Taman Layang-Layang (3) Ulang Tahun Perkahwinan (3) Urusan kerja (3) ariff sufyan (3) artikel harian metro (3) batch 1997-1998 TI Kuantan (3) orang minyak (3) orang minyak laksamana (3) photographer (3) smt kuantan (3) Abang Man (2) Ahmad Tajuddin (2) Akmal-Hafiz (2) Ataicha Training (2) Award (2) Azam Azrin (2) Darnalis (2) GIveway (2) Hadif Zafran (2) Kuching (2) Laksamanapuri Condo (2) Malaysia (2) Man Utd (2) Mohd Suhaimi (2) Penang (2) Petua (2) Raduzita (2) Raja Aseri (2) Raya Aidilfitri 2014 (2) Related Bola (2) Selamat Hari Raya (2) Selamat Pengantin Baru (2) Sharp ESX115 (2) Teknik-1-Kuantan (2) Tutorial (2) Ucapan Tahniah (2) asyraff shukor (2) ataicha Reference (2) ataicha jr (2) baseball cap (2) caps collection (2) collection (2) covid19 (2) demam (2) diyrepair (2) fakta (2) gembeng (2) hairul safar (2) http://hatt4.wordpress.com (2) jamuan raya (2) keratan akhbar (2) makanan (2) misiturunberat (2) my little prince (2) ramadhan (2) rezeki (2) tip komputer (2) tournament bowling (2) training (2) #fooddelivery (1) 2012 Contest (1) 2012 Special Giveway (1) 4 ADIL (1) ASTRO (1) Agar-agar laici (1) Ajwad Nurajmal (1) Akram (1) Al-Quran (1) Alamanda-Putrajaya (1) Along-Anak-Tuan-Rumah (1) Alwey Sham (1) Ameen Husaini (1) Ampang Pecah (1) Ana-Ikan-Bakar-Petai (1) Anak Sepupu (1) Aneh Tapi Benar (1) Armada (1) Aroma Ikan Bakar Jeram (1) AyahDe (1) Azam Tahun Baru (1) BA-110JM-4 (1) BTP (1) Bangi (1) Bank Location (1) Bantuan Prihatin Nasional (1) Bayi Tersedak Susu (1) Belimbing Hutan (1) Biz lumayan (1) Boboiboy Galaxy (1) Boss-Babi (1) Brazil (1) Buat Duit (1) Bukit Tinggi (1) Cameron Highlands (1) Cara Nak Dapat Title "Datuk" (1) Carlo Ancelotti (1) Chelsea (1) Christiano Ronaldo (1) Coca-Cola (1) Contact (1) Cuti 1TM (1) DW6900-SB-9 (1) Data Warehouse (1) Edwin Van Der Sar (1) Ejen Ali The Movie (1) England (1) England vs Wales (1) Exinda (1) FREE (1) Facebook (1) Facebook Notification (1) Fadhilat Ramadhan (1) Felda (1) Final Sea Games 26th (1) Flip Text Generator (1) Fortigate (1) G-Shock (1) GAX100-MSA-4 (1) Gaji Menteri (1) Galaxy Tab 2 (1) Gambang Safari Park (1) Gambang Water Park (1) Gambar Lucu (1) Gembeng Reunion (1) Gombak (1) HBase Master (1) Hack (1) Hael Husaini (1) Hal Ehwal Islam (1) Hal Semasa (1) Hala tuju selepas SPM (1) Happy Deepavali (1) Hari Bapa (1) Hari Belia Negara 2012 (1) Hari Persahabatan Sedunia (1) Harta Pusaka (1) Hartanah (1) Have a tEa wiTh MiszLuLLaby (1) Hero Kartun (1) Hina Johor (1) Hotel Malaysia (1) IT Related (1) Indonesia (1) Indonesia vs.Malaysia (1) Info Kereta (1) Islam (1) Isu semasa (1) Janda Kena Tipu (1) Jatuh Motor (1) Jenis Lelaki (1) Jokes (1) Jual Mercun (1) Juara Kelantan (1) Juara Master Chef Pertama (1) KLCC (1) Kak Long (1) Kamera Handphone (1) Karoot Komedia X (1) Kekasih lama (1) Kelakar (1) Kelantan Juara Piala Malaysia (1) Kemalangan (1) Kematian (1) Kempen 1 Blog 1 Bendera (1) Kenali Bayi (1) Klinik Panel (1) Legoland Malaysia (1) Lelaki (1) Lensa Buruk The Contest (1) MCMC (1) MH370 (1) MPP (1) Madihah (1) Mahadir (1) Mahattan Firstmarket (1) Main Futsal FREE (1) Majlis Sukaneka Hasanah Kids (1) Malaysia Boleh (1) Masalah Harta Pusaka (1) Masterchef Selebriti Malaysia (1) Mat Sabu (1) Mee Kari Nyonya (1) Megat Iskandar Shah (1) Menang Contest (1) Mia Nurqaisara Afrina (1) Mohd Lukman (1) NSK (1) Naib Johan (1) Naik HARGA (1) Nama Bayi Islam (1) Nama-nama Islam (1) Netherland (1) Nobody (1) Nor Azita Osman (1) Nur Is Cahaya (1) Nurul Gersang (1) OCBC Bank (1) P1 WinMax (1) PERKESO (1) Pantang (1) Pasar Malam (1) Paybox.me (1) Pemanggang Ajaib (1) Pemanggang Ikan Ajaib (1) Pengorbanan ibu (1) Penutupan Jalan (1) Perangsang Templer Golf Resort (1) Percutian Ataicha (1) Perempuan (1) Peristiwa (1) Phone (1) Piala Malaysia 2010 (1) Politik (1) Presint 18 (1) Promo TM (1) Promosi Terhad (1) Public Bank (1) Pukul Emak (1) Putrajaya (1) QR Code (1) Raja Muhammad Harith Haziq (1) Rambut Bayi (1) Rancangan HyppTV Percuma (1) Raya (1) Raya Haji (1) Recover Password (1) Remaja (1) Reset password Admin (1) Ringtones Samsung (1) Rodeo Steakhaus (1) Rooney (1) SK Blau (1) SK Hendrop (1) SK Pos Brooke (1) SK RPS Banun (1) SRK Clifford (1) Salbys Volcano (1) SeHAT (1) Season View (1) Seksyen 302 (1) Seksyen 307 (1) Selamat Hari Guru (1) Selayang (1) Serang Gereja (1) Servis Motor (1) Setia Hujung Nyawa (1) Seventeen (1) Simbah Menyimbah (1) Skim Rumah Pertamaku (1) Sogo SALE (1) Solar Audit (1) Sri Gombak (1) TM Rewards (1) Tadika Hasanah (1) Tahun Baru 2011 (1) Taska Haram (1) Tasmik (1) Tayar Kenderaan (1) The Karate Kid (2010) (1) Theory Matematik (1) Tip Petua (1) Tips Harmoni (1) UNIFI MOBILE (1) UPSR (1) UPSR 2012 (1) UiTM (1) Version Robot (1) Video Seks (1) Video Youtube (1) Waka Waka (1) Warih Ku Meran (1) YDP (1) ataicha SQL QUERY (1) azam photo (1) baby Girls (1) balik kampung (1) bangsar (1) bapa saudara (1) berat (1) berbuka puasa (1) berita (1) bertudung (1) blackberry (1) buang bayi (1) bulan ramadhan (1) cabaran copy menang (1) cara-cara tanam uri (1) cisco ccna (1) congrate (1) copy paste (1) creativity (1) darkcurse (1) dataontap (1) design (1) dugaan (1) duit tercicir (1) e-filling (1) gambar kelas (1) gnesop.com (1) gout (1) grafik (1) gshockfanclubmalaysia (1) gst (1) gym (1) hacker (1) hadapi dengan senyuman (1) handset (1) hantu raya (1) hargai nikmat (1) hibah (1) hypptv box (1) iCity Shah Alam (1) icha (1) iflix (1) intensedebate (1) jawatan kosong (1) jengka 17 (1) kain japanese cotton (1) katak (1) kejam (1) kenangan (1) kenapa aku.. (1) kerang (1) keretaku (1) kurus (1) layout baru (1) licin (1) linux (1) malware (1) masa (1) mmu (1) motivasi diri (1) myvi terbang (1) nasi daun pisang (1) nasi kerabu mahal (1) nik mohammad aryan (1) nikmat (1) novel best (1) pelajaran (1) pelancaran sistem e-tasarruf (1) pemanggang (1) penat (1) pendoman (1) penipuan di internet (1) petua ibu hamil (1) petua orang dulu (1) photofunia (1) preparation raya (1) pulai spring resort (1) pulau pinang (1) referkawan (1) restoran anis puteri pantai dalam (1) rezeki anak (1) rumah baru (1) rumah lama (1) saba restoran (1) sakit gigi (1) sakit tekak (1) scam (1) scammer (1) scammer0166692513 (1) sekolah mengandung (1) selsema (1) setiawangsa (1) skim cepat kaya (1) sms mengarut (1) streamyx (1) suami gay (1) suamiisteri (1) tadika baru (1) testing (1) tip blogging (1) tipu orang (1) trainning (1) ucapan Hari Raya Aidilfitri (1) ulu yam (1) wasiat (1) windows (1) xamarin mobile developer (1) yahoo mail (1) zakat fitrah (1) zoo negara (1)