Melawat Ayah De di IJN
Semalam.. lepas kerja balik ambik Naufal dan Keisha dari Taska.. Terus bergerak ke IJN untuk menziarahi Ayah De. Ayah De ni bapa saudara kepada wife. Dah beberapa hari nak kesana, tapi tak sempat. So semalam cari kesempatan itu untuk singgah melawat.
Ayah De dimasukkan ke IJN untuk pembedahan memasukkan bateri ke jantung dari hari Isnin lagi. Hingga semalam masih belum ada apa-apa tindakan dari pihak hospital, mungkin keadaan Ayah De belum sesuai kut.
Ayah De nampak ceria sedikit bila ada orang melawat. Iya lah, sesapa yang pernah duduk hospital lama pasti tahu bagaimana perasaan ini. Tambah pula rakan sebilik bertukar ganti. Hanya kita yang masih disitu. Tanpa sesiapa menemani pula tu.
Banyak bercerita, seolah tiada apa-apa berlaku. Dari raut muka, nampak keceriaan bila kami datang. Mungkin hilang kebosanan seharian. Nak berjalan-jalan di wad, nurse tak benarkan. Orang yang biasa penuh dengan aktiviti bila dirumah, di penjarakan di hospital mesti bosan teramat sangat. Sehari begitu dah bosan. Inikan dah hari ke-4. Ayah De kata doktor kata semalam tak boleh lagi operate, komputer tak habis baca. Hahaha.. tergelak juga bila ayah de kata doktor kata begitu. Oklaa, daripada doktor tersebut bagi penjelasan yang lebih memeningkan Ayah De lagi susah.
Semoga ayah De cepat menjalani pembedahan tersebut dan cepat sihat.
Insyaallah jika ada masa, hujung minggu ini kami datang lagi.
0 Comments:
Post a Comment