Happy Wedding Anniversary Day ke-4..
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi.. hari ini genap 4 tahun ataicha menjadi suami kepada Puan Raja Farisa bt Raja Petra..
Macam baru sahaja berlalu.. tak sangka dah 4 tahun kami bersama.. dan dengan anugerah terindah sepasang cahaya mata Haziq Naufal dan Keisha Zara telah mewarnai dan mencorak hidup kami berdua..
Bila diimbas kembali 4 tahun lepas... tersenyum seketika bila mengingatkan hari akad nikah..
Ceriakan? Namun ada kisah tersendiri... rasanya di kampung kelahiran Farisa sure akan mengingati penganti lelaki yang akad nikah dengan tangan kiri... Tok Imam yang menguruskan akad nikah pun nampak kelam kabut.. iya laa bila akad tangan kiri.. dia pun pegang tangan kiri seolah tangan kiri tu yang patah...
Alhamdulillah dengan sekali lafaz.. sah perkahwinan kami... thank sayang...
Thanks kengkawan yang sudi hadir ke majlis kami pada 4 tahun yang lepas... nampak tak tangan yang berbalut tu??
Tak boleh nak pose sangat.. tangan kanan masih sakit... huhuhuhu..
Apa-apa pun... semoga hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat.. amin...
tq buat isteri tersayang kerana tujukan lagu ini...
0 Comments:
Post a Comment