SOCSO e-Health Application Technology (SeHAT)
Apakah SeHAT? SeHAT ini adalah satu online aplikasi yang dibangunkan untuk SOCSO Health Screening Programme (HSP) atau dalam bahasa melayunya Program Saringan Kesihatan PERKESO.
Program Saringan Kesihatan PERKESO (HSP) ini telah disenaraikan dalam 2013 Budjet oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 28 September 2012. Program ini ditawarkan kepada semua pekerja yang mencarum SOCSO dan berumur lebih dari 40 tahun. Kepada yang mencarum SOCSO sahaja tau...
Program Saringan Kesihatan PERKESO (HSP) ini akan memeriksa dan mengesan penyakit yang tidak berjangkit yang dijangka menjadi satu faktor yang menyebabkan productivity berkurangan yang sering dialami oleh pekerja di Malaysia seperti Kanser, Diabetes dan lain-lain.
Oh mungkin ini akan menjadi persoalan kan.
Adakah saya layak?
PERKESO telah menyerahkan semua Voucher kepada majikan anda. Semak dengan majikan jika anda telah berumur lebih dari 40 tahun ye. Dan pasti setiap bulan ada caruman SOCSO. Layak kepada yang mencarum sahaja. Ataupun majikan anda lupa nak serahkan kepada anda.
Ingat erk! Jika dah berumur lebih dari 40 tahun dan mencarum SOCSO maka anda LAYAK!..
Adakah saya kena bayar?
FREE je, asalkan Voucher tu ada. Kena buat appointment dahulu dengan klinik-klinik yang telah berdaftar dengan PERKESO. Kata mana nak dapat senarai klinik tersebut sila lah lawati http://www.perkeso.gov.my/sehat atau http://sehat.perkeso.gov.my
Bila boleh jalani pemeriksaan?
Bermula dari Januari 2013.
Berapa kali?
Sekali jer, tapi kena buat appointment dulu.
Ambil peluang ini, FREE je, tanpa keluarkan duit pun.. Elok untuk kesan sebarang penyakit di peringkat awal dari dah kritikal baru tahu kan. Ataicha tak sampai lagi umur tu, so tunggu je umur cecah 4 series baru leh dapat Voucher ni kut.
0 Comments:
Post a Comment