UPSR 2012: 45,054 calon dapat semua A
PUTRAJAYA: Sebanyak 45,054 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini mencatat A dalam semua mata pelajaran, menurun 0.54 peratus berbanding 46,012 calon pada tahun lalu.
Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Dr Na'imah Ishak berkata pencapaian keseluruhan juga menurun sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 tahun lalu kepada 2.31 tahun ini.
"Sebab penurunan ini masih belum diketahui dan jabatan pelajaran negeri dan sekolah-sekolah akan membuat kajian mengenainya selepas ini," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR, di sini, hari ini.
Sebanyak 517,139 calon menduduki UPSR tahun ini, iaitu meningkat 3.9 peratus berbanding 497,691 tahun lalu, dan daripada jumlah itu 98.2 peratus atau 507,783 adalah calon sekolah kementerian manakala baki calon sekolah swasta. - Bernama
p/s : tahniah laa kepada yang berada dalam 45,054 orang calon yang mendapat kesemua A dalam semua mata pelajaran... Anda adalah yang terbaik daripada 517,139 calon.. Kepada yang tidak mencapai keputusan yang cemerlang, jangan bersedih sampai bunuh diri erk.. masih panjang lagi perjalanan hidup anda.. jadi kegagalan sebagai suatu kekuatan untuk mencapai kejayaan erk.. Tanpa kegagalan, anda mungkin tidak menghargai kejayaan...
Relax2 erk...
0 Comments:
Post a Comment