Selamat Hari Guru.........
Hari nie hari guru erk.. memang aku tak teringat pun awalnya.. sebab kena standby untuk event ni tahun ni so alert la sket.. hehehe..
Apa makna cikgu dalam hidup aku erk?? Entah lah.. ada yang manis dan ada yang pahit.. hahaha.. ada gak pahit erk.. iya la kena rotan ngan cikgu... memang tu kenangan yang tak best namun terus terang aku bersyukur kerana adanya guru, cikgu, ustaq, ustazah dan apa lagi gelaran untuk mereka... alhamdulillah aku dah berjaya di hari ini.. jika ada kesempatan aku ingin bersalam dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana tanpa mereka yang membantu, mengajar dan membimbing aku ke jalan kejayaan...
Akhir kata, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu2 yang pernah mengajar saya... Tadika Kemas, Balai Polis Kuala Lipis (1986-1987), SRK Clifford, Kuala Lipis (1988 - 1992), SK Kedai Piah, Ketereh (Nov 1992), SK Demit, Kubang Kerian (1993), SK Kedai Piah, Ketereh (Nov 1993), SM Ketereh, Ketereh (Dis 1993), Maktab Sultan Ismail(SIC) (1994-1997), SM Teknik 1 Kuantan, Kuantan (1997-1998), Multimedia University (1999-2003) dan guru2 tuisyen saya..... Jasa anda semua tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.
Di kesempatan ini ucapan SELAMAT HARI GURU juga ditujukan kepada semua rakan-rakan, sahabat handai yang terlibat dengan institusi perguruan, diharap korang ikhlas dan betulkan niat korang erk... pandai2 je aku cakap erk... yup aku tahu sekarang tugasan seorang guru agak mencabar... namun aku harap korang jadikan itu sebagai satu cabaran untuk korang mendidik.. Kepuasan akan anda kecapi jika anak didik anda datang kepada anda satu hari nanti.. dan berterima kasih kepada anda... "Thanks cikgu... apa yang cikgu ajar sebelum ini banyak membantu saya"... dan kalau tak silap setiap apa yang diajar dapat pahala yang tak putus-putus selagi ianya diamalkan... amin...
0 Comments:
Post a Comment