Hello Kawan...
Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi.. kerana ataicha masih mampu bernafas dan menghirup udara segar di tarikh 22-02-2012 ini... syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk memperbaiki diri.. Alhamdulilllah...
Hari ini, apa yang ingin ataicha luahkan betapa gembiranya ataicha bila dapat melihat anak ataicha membesar di depan mata ataicha...pelbagai tingkah laku yang sentiasa mencuit hati dan perasaan ataicha.. contohnya dua hari lepas, ataicha mendukung dia.. so tiba-tiba dahaga la kan?.. so ataicha ambik gelas dan minum menggunakan gelas.. dia tengok je...
so ataicha ambik botol susu nak bagi dia minum guna botol agar tidak tumpah ke baju tidur dia.. pelik dia tolak... tapi bila suakan gelas dia mencapai... wah nak minum guna gelas... bila tengok air yang masuk dalam mulut dia keluar membasahi baju dia.. ataicha tarik gelas tu dari mulut dia.. mengamuk... suakan botol tolak.. wah pening... anak ku Haziq Naufal ni dah perasan dia dah besar.. aduyai...
Semalam.. bagi dia botol tak mahu, so ataicha berlakon minum guna botol.. wah dia baru nak minum guna botol.. susah laa nie...kalau air masak boleh la berlakon.. kalau susu?.. yark... mana la ataicha nak minum kan..
Namun, ia agak mencuit hati ataicha.. karenah haziq naufal kadang kala melucukan juga.. tapi hairan juga kenapa la erk.. kes buang bayi menjadi-jadi... kekadang sampai hati ataicha terkeluar.. dari korang buang baik bagi aku jaga... huhuhu...
Aaarrhh.. lupa kan hal buang bayi tu.. sedih plak bila difikirkan..
Sekarang, Haziq Naufal dah berusia 10 bulan 2 minggu... dah tak lama dah nak genap setahun.. ataicha harap anak teruna ataicha ni membesar dan menjadi orang yang berguna la erk...
0 Comments:
Post a Comment