it all about me......

Blog Archive

Orang minyak dah masuk botol???


Alhamdulillah kalau benar seperti dikatakan di akhbar Sinar Harian semalam.. Dah tak risau la nak tinggalkan wife dan anak untuk keluar beli barang di NSK malam-malam.. huhuhuhu


Orang minyak masuk botol
Wartawan Sinar Harian
January 16, 2012
GOMBAK – Tiga pakar ilmu Islam bergabung. Pengalaman dan ilmu digunakan sepenuhnya. Biarpun terpaksa berhempas pulas lebih dua jam, misi memerangkap orang minyak berakhir dengan jaya.

Melegakan penduduk kampung, bukan hanya orang minyak yang masuk perangkap, gangguan sampingan oleh jin-jin lain turut tumpas. Kesudahan misi, 25 botol digunakan untuk memerangkap jin-jin terbabit, termasuklah jelmaan jin orang minyak yang menjadi ibu gangguan misteri di kampung tersebut.

Pengamal Perubatan Darul Muhsinin, Ustaz Othman Mohd Salleh ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia yakin makhluk dikaitkan dengan kehadiran orang minyak di kampung itu dapat diperangkap.

Menurutnya, lima jin utama yang berada sekitar kawasan kampung itu telah diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

“Orang minyak itu adalah jel­maan jin, jika pengamalnya menggunakan minyak maka jin atau khadamnya akan muncul dalam bentuk itu dan dengan kuasa ALLAH, saya yakin salah satu daripadanya jelmaaan makhluk yang dikatakan orang minyak itu dapat diperangkap ,” katanya.

Upacara pembersihan dengan doa dan ayat suci al-Quran dilakukan jam 11.30 malam semalam, di sebuah rumah dibantu seorang wanita yang menjadi pengantara.

Program bermula dengan soal jawab dilakukan Ustaz Othman melalui jin yang memasuki tubuh wanita sebelum satu persatu jin diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

Perjalanan upacara terganggu seketika selepas jin-jin yang hadir terlalu banyak di dalam rumah itu menyebabkan dua lagi ustaz daripada Perubatan Syifa’ Al-Ikhlas dipanggil.

Kehadiran dua ustaz nyata membantu, apabila satu persatu jin yang dikatakan mula memenuhi segenap pelosok rumah berkenaan berjaya diperangkap.

Tepat jam 1.45 pagi upacara tersebut selesai dan terdapat 25 jin berjaya diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

Jari hitam ubah siaran TV
Wartawan Sinar Harian
January 16, 2012

GOMBAK – Diganggu orang minyak ketika berada di dalam rumah adalah antara pengala­man yang tidak dapat dilupakan oleh seorang kanak perempuan berusia 8 tahun.

Kanak-kanak terbabit, Nurul Aishah Abdul Jamal berkata, dia terkejut selepas terpandang jari berwarna hitam tiba-tiba muncul dan menukar siaran televisyen kira-kira 10.45 malam, 31 Disember lalu.

Menceritakan kisah itu, Nurul Aishah berkata, dia pada mulanya mengagak kakaknya sedang bergurau untuk menakut-nakutkannya.

“Bila saya toleh ke kiri saya nampak orang warna hitam, kurus dan tinggi, macam tidak pakai seluar berdiri di dalam bilik dan kemudian hilang begitu sahaja,” katanya ketika ditemui.

Difahamkan ketika kejadian dia sedang menonton siaran Astro Ceria sebelum rancangan itu berubah ke siaran TV3.

Sementara itu, bapanya, Abdul Jamal Mohd Isa, 53, berkata, anaknya itu hanya menceritakan tentang perkara yang dialami sehari selepas kejadian itu.

“Ketika kejadian ibu dan kakaknya berada di rumah dia langsung tidak cerita apa-apa sehinggalah keesokannya, itu pun setelah dia ternampak seorang lelaki bertubuh gelap,” katanya.

Menurutnya kejadian itu benar-benar menakutkan, namun dia bersyukur anaknya tidak trauma dan tidak diapa-apakan oleh makhluk itu.

“Pelik sebab ketika kejadian di luar rumah ramai penduduk sedang sibuk menyiapkan makanan untuk sambutan tahun baru 2012, jadi berkemungkinan makhluk cuba mengambil kesempatan muncul di dalam rumah,” katanya.

Difahamkan kejadian yang menimpa anaknya itu merupakan kali kedua dilaporkan berlaku di pangsapuri berkenaan sebelum ini.

0 Comments:

Post a Comment

Categories

haziq naufal (87) ataicha (40) Keisha Zara (26) Raja Petra Family (20) Jalan-Jalan-Ataicha (17) Mrs Ataicha (15) renungan (12) Hana Batrisya (11) mylife (11) Coretan Mengenai Anak-Anak (10) Che Rahim Family (9) Harian Metro (9) tazkirah (9) misi1hari1gambar (8) World Cup 2010 (7) salam takziah (7) zul imran papaju (7) Al Fatihah (6) IT Tips (6) Kosmo (6) Aniff Nur Atika (5) Happy Birthday (5) Lirik Lagu (5) contest (5) gshock (5) Big Data Team (4) Gossip Artis (4) Spain (4) hobby (4) kelantan (4) wasiyyah shoppe (4) 18SX (3) Baby Boys (3) GITN (3) Germany (3) Jalan-Jalan Cari Makan (3) Mahamahu (3) Masakan (3) Photo Album (3) Raja Faizah (3) Raja Fazida (3) Rujukan Ataicha (3) Taman Layang-Layang (3) Ulang Tahun Perkahwinan (3) Urusan kerja (3) ariff sufyan (3) artikel harian metro (3) batch 1997-1998 TI Kuantan (3) orang minyak (3) orang minyak laksamana (3) photographer (3) smt kuantan (3) Abang Man (2) Ahmad Tajuddin (2) Akmal-Hafiz (2) Ataicha Training (2) Award (2) Azam Azrin (2) Darnalis (2) GIveway (2) Hadif Zafran (2) Kuching (2) Laksamanapuri Condo (2) Malaysia (2) Man Utd (2) Mohd Suhaimi (2) Penang (2) Petua (2) Raduzita (2) Raja Aseri (2) Raya Aidilfitri 2014 (2) Related Bola (2) Selamat Hari Raya (2) Selamat Pengantin Baru (2) Sharp ESX115 (2) Teknik-1-Kuantan (2) Tutorial (2) Ucapan Tahniah (2) asyraff shukor (2) ataicha Reference (2) ataicha jr (2) baseball cap (2) caps collection (2) collection (2) covid19 (2) demam (2) diyrepair (2) fakta (2) gembeng (2) hairul safar (2) http://hatt4.wordpress.com (2) jamuan raya (2) keratan akhbar (2) makanan (2) misiturunberat (2) my little prince (2) ramadhan (2) rezeki (2) tip komputer (2) tournament bowling (2) training (2) #fooddelivery (1) 2012 Contest (1) 2012 Special Giveway (1) 4 ADIL (1) ASTRO (1) Agar-agar laici (1) Ajwad Nurajmal (1) Akram (1) Al-Quran (1) Alamanda-Putrajaya (1) Along-Anak-Tuan-Rumah (1) Alwey Sham (1) Ameen Husaini (1) Ampang Pecah (1) Ana-Ikan-Bakar-Petai (1) Anak Sepupu (1) Aneh Tapi Benar (1) Armada (1) Aroma Ikan Bakar Jeram (1) AyahDe (1) Azam Tahun Baru (1) BA-110JM-4 (1) BTP (1) Bangi (1) Bank Location (1) Bantuan Prihatin Nasional (1) Bayi Tersedak Susu (1) Belimbing Hutan (1) Biz lumayan (1) Boboiboy Galaxy (1) Boss-Babi (1) Brazil (1) Buat Duit (1) Bukit Tinggi (1) Cameron Highlands (1) Cara Nak Dapat Title "Datuk" (1) Carlo Ancelotti (1) Chelsea (1) Christiano Ronaldo (1) Coca-Cola (1) Contact (1) Cuti 1TM (1) DW6900-SB-9 (1) Data Warehouse (1) Edwin Van Der Sar (1) Ejen Ali The Movie (1) England (1) England vs Wales (1) Exinda (1) FREE (1) Facebook (1) Facebook Notification (1) Fadhilat Ramadhan (1) Felda (1) Final Sea Games 26th (1) Flip Text Generator (1) Fortigate (1) G-Shock (1) GAX100-MSA-4 (1) Gaji Menteri (1) Galaxy Tab 2 (1) Gambang Safari Park (1) Gambang Water Park (1) Gambar Lucu (1) Gembeng Reunion (1) Gombak (1) HBase Master (1) Hack (1) Hael Husaini (1) Hal Ehwal Islam (1) Hal Semasa (1) Hala tuju selepas SPM (1) Happy Deepavali (1) Hari Bapa (1) Hari Belia Negara 2012 (1) Hari Persahabatan Sedunia (1) Harta Pusaka (1) Hartanah (1) Have a tEa wiTh MiszLuLLaby (1) Hero Kartun (1) Hina Johor (1) Hotel Malaysia (1) IT Related (1) Indonesia (1) Indonesia vs.Malaysia (1) Info Kereta (1) Islam (1) Isu semasa (1) Janda Kena Tipu (1) Jatuh Motor (1) Jenis Lelaki (1) Jokes (1) Jual Mercun (1) Juara Kelantan (1) Juara Master Chef Pertama (1) KLCC (1) Kak Long (1) Kamera Handphone (1) Karoot Komedia X (1) Kekasih lama (1) Kelakar (1) Kelantan Juara Piala Malaysia (1) Kemalangan (1) Kematian (1) Kempen 1 Blog 1 Bendera (1) Kenali Bayi (1) Klinik Panel (1) Legoland Malaysia (1) Lelaki (1) Lensa Buruk The Contest (1) MCMC (1) MH370 (1) MPP (1) Madihah (1) Mahadir (1) Mahattan Firstmarket (1) Main Futsal FREE (1) Majlis Sukaneka Hasanah Kids (1) Malaysia Boleh (1) Masalah Harta Pusaka (1) Masterchef Selebriti Malaysia (1) Mat Sabu (1) Mee Kari Nyonya (1) Megat Iskandar Shah (1) Menang Contest (1) Mia Nurqaisara Afrina (1) Mohd Lukman (1) NSK (1) Naib Johan (1) Naik HARGA (1) Nama Bayi Islam (1) Nama-nama Islam (1) Netherland (1) Nobody (1) Nor Azita Osman (1) Nur Is Cahaya (1) Nurul Gersang (1) OCBC Bank (1) P1 WinMax (1) PERKESO (1) Pantang (1) Pasar Malam (1) Paybox.me (1) Pemanggang Ajaib (1) Pemanggang Ikan Ajaib (1) Pengorbanan ibu (1) Penutupan Jalan (1) Perangsang Templer Golf Resort (1) Percutian Ataicha (1) Perempuan (1) Peristiwa (1) Phone (1) Piala Malaysia 2010 (1) Politik (1) Presint 18 (1) Promo TM (1) Promosi Terhad (1) Public Bank (1) Pukul Emak (1) Putrajaya (1) QR Code (1) Raja Muhammad Harith Haziq (1) Rambut Bayi (1) Rancangan HyppTV Percuma (1) Raya (1) Raya Haji (1) Recover Password (1) Remaja (1) Reset password Admin (1) Ringtones Samsung (1) Rodeo Steakhaus (1) Rooney (1) SK Blau (1) SK Hendrop (1) SK Pos Brooke (1) SK RPS Banun (1) SRK Clifford (1) Salbys Volcano (1) SeHAT (1) Season View (1) Seksyen 302 (1) Seksyen 307 (1) Selamat Hari Guru (1) Selayang (1) Serang Gereja (1) Servis Motor (1) Setia Hujung Nyawa (1) Seventeen (1) Simbah Menyimbah (1) Skim Rumah Pertamaku (1) Sogo SALE (1) Solar Audit (1) Sri Gombak (1) TM Rewards (1) Tadika Hasanah (1) Tahun Baru 2011 (1) Taska Haram (1) Tasmik (1) Tayar Kenderaan (1) The Karate Kid (2010) (1) Theory Matematik (1) Tip Petua (1) Tips Harmoni (1) UNIFI MOBILE (1) UPSR (1) UPSR 2012 (1) UiTM (1) Version Robot (1) Video Seks (1) Video Youtube (1) Waka Waka (1) Warih Ku Meran (1) YDP (1) ataicha SQL QUERY (1) azam photo (1) baby Girls (1) balik kampung (1) bangsar (1) bapa saudara (1) berat (1) berbuka puasa (1) berita (1) bertudung (1) blackberry (1) buang bayi (1) bulan ramadhan (1) cabaran copy menang (1) cara-cara tanam uri (1) cisco ccna (1) congrate (1) copy paste (1) creativity (1) darkcurse (1) dataontap (1) design (1) dugaan (1) duit tercicir (1) e-filling (1) gambar kelas (1) gnesop.com (1) gout (1) grafik (1) gshockfanclubmalaysia (1) gst (1) gym (1) hacker (1) hadapi dengan senyuman (1) handset (1) hantu raya (1) hargai nikmat (1) hibah (1) hypptv box (1) iCity Shah Alam (1) icha (1) iflix (1) intensedebate (1) jawatan kosong (1) jengka 17 (1) kain japanese cotton (1) katak (1) kejam (1) kenangan (1) kenapa aku.. (1) kerang (1) keretaku (1) kurus (1) layout baru (1) licin (1) linux (1) malware (1) masa (1) mmu (1) motivasi diri (1) myvi terbang (1) nasi daun pisang (1) nasi kerabu mahal (1) nik mohammad aryan (1) nikmat (1) novel best (1) pelajaran (1) pelancaran sistem e-tasarruf (1) pemanggang (1) penat (1) pendoman (1) penipuan di internet (1) petua ibu hamil (1) petua orang dulu (1) photofunia (1) preparation raya (1) pulai spring resort (1) pulau pinang (1) referkawan (1) restoran anis puteri pantai dalam (1) rezeki anak (1) rumah baru (1) rumah lama (1) saba restoran (1) sakit gigi (1) sakit tekak (1) scam (1) scammer (1) scammer0166692513 (1) sekolah mengandung (1) selsema (1) setiawangsa (1) skim cepat kaya (1) sms mengarut (1) streamyx (1) suami gay (1) suamiisteri (1) tadika baru (1) testing (1) tip blogging (1) tipu orang (1) trainning (1) ucapan Hari Raya Aidilfitri (1) ulu yam (1) wasiat (1) windows (1) xamarin mobile developer (1) yahoo mail (1) zakat fitrah (1) zoo negara (1)