Berita Pilihan 3 Jan 2012....
KDN rampas DVD cetak rompak, lucah
03/01/2012 2:37pm | Kosmo
ALOR SETAR - Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri(KDN) Kedah merampas cakera video digital (DVD) cetak rompak dan lucah bernilai lebih RM48,000 dalam satu operasi di Taman Semarak, Kulim dekat sini semalam.
Ketua cawangan, Zainal Abidin Othman berkata, serbuan yang dilakukan 13 anggota KDN pada pukul 5.30 petang semalam telah merampas 7,280 keping DVD cetak rompak bernilai RM36,400 dan 780 DVD lucah bernilai RM11,700.
"Kita percaya DVD lucah ini dijual dengan harga RM15 sekeping kepada pelanggan tetap sahaja manakala DVD cetak rompak pelbagai tajuk dijual dengan harga RM5,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Zainal berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang juga pekerja premis itu untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, pihaknya juga giat mengesan pemilik premis berkenaan agar dikenakan tindakan undang-undang.
Premis yang disewa itu pernah diserbu beberapa kali oleh KDN dan agensi penguatkuasa lain namun tetap berdegil dan aktif menjual DVD cetak rompak serta lucah, katanya. - BERNAMA
p/s : kalau berulang kali kena tapi jual balik, nampak cam ada problem je tempat tue.. elok SPRM turun je check.. hehehehe.. tak pun cari tokey dia dan penjara terus.. pasal tak paham-paham bahasa.. huhuhu
Facebook jadi tempat cari ginjal
03/01/2012 | Kosmo
SEATTLE - Laman perkongsian sosial yang popular, Facebook menjadi tempat yang terbaik untuk mencari buah pinggang.Lagi kejadian kurung, dera kanak-kanak
Facebook dan laman sosial lain kini menjadi tempat untuk mencari seorang individu yang pemurah untuk mendermakan buah pinggang mereka.
Seorang bapa, Damon Brown memperoleh satu buah pinggang menerusi Facebook selepas memberitahu kisahnya di muka surat khas yang dihasilkan dengan menggunakan namanya, Damon Kidney.
Rakan-rakan dan keluarganya kemudian menghantar kisahnya kepada setiap orang yang mereka kenali.
Dia kemudian memperoleh satu buah pinggang daripada seorang wanita yang dikenali oleh isterinya sejak bertahun-tahun.
"Dia (wanita itu) menyatakan buah pinggang itu bukan sebenarnya untuk saya. Ia adalah untuk anak-anak saya kerana mereka sepatutnya mempunyai seorang bapa," kata Brown yang berusia 38 tahun.
Menurutnya, dia berasa sedikit malu kerana terpaksa meminta pertolongan daripada orang awam.
Brown yang mempunyai dua anak telah merahsiakan penyakitnya itu.
Seorang lelaki di Michigan turut mendapat buah pinggang melalui seorang penderma menerusi Facebook manakala seorang lagi wanita mendapat buah pinggang menerusi laman Craigslist.
Jurucakap Rangkaian Bersatu Untuk Perkongsian Organ, April Paschke menyatakan, sebelum kewujudan Internet, orang ramai menggunakan buletin gereja, perbualan dan iklan untuk mencari buah pinggang. - Agensi
p/s : wah maju tul.. ini kalau guna untuk kebaikan memang ok laa.. cuma sekarang nie fb dijadikan tempat politik.. kekadang orang lain yang teraniaya.. pasal fakta yang kurang tepat dijadikan modal politik... huhuhuhu
Oleh Norhayati Umor | 2012/01/03 | HarianMetro
Tangisan budak minta tolong selama 10 jam didengari jiranSuspek kes dera ditahan polis
GEORGETOWN: Seorang lagi kanak-kanak yang dikurung seorang diri di rumah oleh ibu bapanya, diselamatkan oleh polis selepas tangisan dan suara meminta pertolongan budak itu disedari oleh jirannya di sebuah rumah di Jalan Perak, Jelutong di sini, awal pagi semalam.
Budak perempuan berusia enam tahun, yang disyaki mangsa dera berdasarkan kesan lebam lama dan baru di belakang badan dan calar di kaki serta tangan, dikatakan menangis dan meminta tolong selama 10 jam, bermula jam jam 3 petang sehinggalah diselamatkan jam 1 pagi.
Sebaik diselamatkan oleh anggota polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), budak itu yang ketakutan tetapi tidak mengalami kecederaan fizikal, dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan masih ditahan di hospital untuk tindakan lanjut.
Siasatan awal mendapati mangsa menangis kerana dipukul oleh bapanya yang berusia 49 tahun selepas budak itu dikatakan bermain dompet bapanya. Ibu mangsa yang berusia 40 tahun tiada di rumah kerana bekerja kilang.
Rabu lalu, seorang budak perempuan berumur enam tahun dan adik lelakinya berusia dua tahun, yang dikatakan hiperaktif, dirantai di dalam bilik air di rumah oleh bapa mereka di Taman Mawar, Raja Uda, Butterworth, dan diselamatkan polis selepas menerima aduan awam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian menimpa kanak-kanak itu.
“Pemeriksaan awal mendapati badan budak itu ada kesan calar dan lebam baru dan lama, dipercayai dipukul,” katanya sambil menambah polis masih menunggu laporan perubatan daripada HPP.
Pengarah JKM Pulau Pinang, Zulkiffli Alias, berkata kanak-kanak itu yang kini menjalani rawatan, berada di bawah pengawasan JKM sehingga siasatan selesai.
“Setakat ini, kami mendapati kanak-kanak itu ditinggalkan oleh keluarganya yang keluar bekerja,” katanya.
Katanya, JKM akan mengambil tindakan lanjut jika ada unsur pengabaian dan penderaan ke atas kanak-kanak itu.
Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Tiong, yang ditemui di HPP, awal pagi semalam, berkata jiran kanak-kanak itu yang juga rakannya, menghubunginya selepas mendengar tangisan dari rumah berkenaan.
Katanya, beliau bergegas ke tempat kejadian dan menghubungi polis selepas mendengar kanak-kanak itu menangis serta meminta tolong.
p/s : sedih jap ataicha baca entry ni.. nak nangis pun ada.. walaupun anak tu hiperaktif.. dia tu tetap darah daging kita... nak hukum pun ada caranya...
03/01/2012 1:43pm
GEORGETOWN - Kurang 12 jam selepas menjadi buruan polis, seorang pekerja barang lusuh yang dipercayai terbabit dengan kes penderaan, berjaya ditahan polis dengan bantuan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).Ash, Dira runding hak penjagaan anak
Menurut jurucakap polis, suspek yang berumur 49 tahun itu berjaya ditahan ketika cuba melarikan diri di Pasar Jelutong pada pukul 12.30 pagi tadi.
Katanya, suspek turut cuba mengubah identitinya dengan membotakkan kepalanya untuk mengelak daripada dikenali namun cubaan itu tidak berhasil dan lelaki itu berjaya diberkas ketika sedang menunggang motosikal.
"Lelaki itu telah dibawa ke balai polis Jelutong untuk soal siasat dan dijangka dibawa ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan hari ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi di sini pagi tadi, mengesahkan penahanan itu.
Beliau berkata, kes itu akan di siasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Semalam, polis berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan berusia enam tahun, yang dikurung dalam sebuah rumah di Jalan Perak.
Budak itu disyaki mangsa dera oleh bapanya berdasarkan kesan lebam lama dan baru di belakang badan dan calar di kaki serta tangan, dikatakan menangis dan meminta tolong selama 10 jam, bermula pukul 3 petang sehinggalah diselamatkan pada 1 pagi.
Kanak-kanak itu kini masih mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang kerana terdapat kesan luka di tangan, badan dan kakinya. — BERNAMA
p/s : kan dah kena tangkap... hope pihak polis dapat adili dengan seadil-adilnya...
Oleh Khairul Amri Hassan | amri.hassan@kosmo.com.my
Klip video bukti polis tak kasarKUALA LUMPUR – Hos program sensasi Melodi, Dira Abu Zahar, 28, mengakui dia kini dalam proses perbicaraan di mahkamah untuk menuntut hak penjagaan terhadap anaknya, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah, 4, yang masih dijaganya hingga kini.
Dira yang merupakan bekas isteri kepada penyanyi kumpulan popular Gabba Gabba, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd. Shahidd, 28, bercerai pada tahun 2007.
Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar yang berkahwin dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof pada 11 November tahun lepas, memberitahu, segala urusan masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.
“Seelok-eloknya biar mahkamah yang putuskan, saya tidak berhak memberikan sebarang komen mengenai isu ini,” ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.
Selepas Dira dan Ash bercerai, tiada sebarang perjanjian dibuat mengenai hak penjagaan anak sebaliknya Dira mengambil alih menjaga anaknya atas dasar tanggungjawab sebagai seorang ibu.
“Sepanjang saya menjadi ibu tunggal, saya yang menjaga anak saya dan suami saya sekarang pun tidak kisah,” katanya yang enggan mendedahkan kisah peribadinya.
Bagaimanapun, menurut beliau, sekiranya mahkamah memutuskan hak penjagaan anaknya jatuh ke tangan bekas suami yang melangsungkan pernikahan bersama pelakon Sherie Merlis kelmarin, dia tidak terkilan.
p/s : ataicha ingatkan Dira ni masih single lagi.. rupanya dah kawin dah.. huhuhu.. anyway ataicha doakan semoga Dira tabah menghadapi dugaan ini...
PDRM sedia dedah rakaman suraikan demonstrasi haram di UPSI kepada umumAda saya kisah! - Chef Wan
TANJUNG MALIM: Polis mempunyai bukti termasuk rakaman video yang menunjukkan mereka tidak menggunakan kekerasan ketika menyuraikan demonstrasi haram di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi kelmarin dan akan mendedahkannya kepada umum jika keadaan memaksa.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata pihaknya juga akan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan polis bertindak ganas terhadap pelajar seperti disebarkan blog dan portal berita yang dianggapnya cubaan menjejaskan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kita mempunyai rakaman video selain saksi bagi membuktikan polis tidak melakukan keganasan. Polis melakukan tugas mereka seperti biasa kecuali ada pihak yang enggan memberi kerjasama, kita terpaksa bertindak tegas.
“Jika ada laporan dibuat mengatakan polis bertindak ganas sehingga mencederakan individu (yang terbabit dalam perhimpunan haram), kita akan menjalankan siasatan serta mengumpulkan bukti yang diperlukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau mengulas penahanan 17 mahasiswa, termasuk seorang penuntut wanita kerana menyertai demonstrasi haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru 2012 di UPSI dengan mengusung keranda, baring di atas jalan, selain cuba memanjat pagar kampus UPSI, awal pagi kelmarin.
Berikutan insiden itu, beberapa blog dan portal berita mendakwa polis bertindak ganas sehingga mencederakan penuntut yang menyertai perhimpunan berkenaan, termasuk Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Safwan Anang.
Mohd Shukri berkata, pihaknya bersedia mengemukakan bukti, termasuk rakaman video dan laporan perubatan hospital berhubung kecederaan dialami pelajar ketika menyertai perhimpunan haram itu.
“Sekiranya dakwaan yang dibuat palsu, kira akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tuduhan memfitnah pasukan keselamatan itu tanpa usul periksa tidak lagi berulang,” katanya.
Sementara itu di JOHOR BAHRU, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyerahkan kepada pentadbiran institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mengambil tindakan ke atas pelajar masing-masing berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan haram di UPSI.
Beliau berkata, pihaknya menunggu laporan IPT terbabit dan polis berhubung pembabitan penuntut universiti.
Sehubungan itu, katanya, pelajar yang terbabit perlu menerima hakikat perbuatan salah mereka mengundang hukuman terhadap diri sendiri, termasuk dibuang pusat pengajian masing-masing.
“Tindakan kumpulan pelajar terbabit hanya memburukkan imej dan sistem pendidikan negara dengan mengamalkan politik jalanan yang tersasar daripada tujuan asal memasuki IPT.
“Saya jamin 99 peratus pelajar UPSI tidak terbabit dalam perhimpunan itu selebihnya dari universiti dan kolej swasta lain. Ini bukti majoriti pelajar UPSI tidak berminat dengan perhimpunan itu.
“Maklumat diperoleh, pelajar UPSI ketika kejadian mempertahankan universiti sekiranya kumpulan itu merempuh masuk.
“Nasib baik polis mengawal keadaan,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Pelawaan Naik Taraf Kolej Universiti di Kolej Selatan, semalam.
p/s : kadang-kadang ataicha rasa golongan pelajar ini macam tak berpelajaran pun ada... nampak makin tidak matang... terlalu fanatik memperjuangkan sesuatu yang diaorang tidak pasti... huhuhuhu.. be cool.. kalau nak protes pun kena laa guna saluran yang betul...
Kosmo!
SEMENJAK dilantik menjadi salah seorang juri untuk rancangan Maharaja Lawak Mega, ternyata nama Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 50, kerap menjadi sebutan ramai.ok dah-dah habis ataicha komen pasal isu-isu yang dipaparkan di akhbar kosmo dan harian metro hari nie... nak sambung wat keje plak.. huhuhuhu
Ternyata kelantangannya ketika memberikan komen dan kritikan kepada peserta yang bertanding dalam rancangan tersebut mendapat pelbagai reaksi terutamanya daripada peminat Maharaja Lawak Mega dan peserta sendiri.
Menariknya, laman sosial Facebook miliknya iaitu Chef Wan Fan Club yang telah berjaya mengumpul 80,000 ahli itu telah menjadi medium utama oleh segelintir pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kelantangan chef yang sudah mencipta nama di seluruh dunia itu.
Setelah tidak tahan lagi melihatkan kerenah yang ditunjukkan oleh pihak yang menggunakan laman Facebooknya untuk mencaci dan menghina dirinya, Chef Wan telah membuat keputusan nekad untuk terus menutup akaun Facebooknya itu.
Namun selepas kenyataan medianya yang mahu menutup akuan facebook miliknya itu ‘panas’ menjadi tajuk berita di akhbar, Chef Wan tiba-tiba menukar fikiran tidak jadi melakukannya.
Apa sudah jadi? Kenapa pendirian Chef Wan tidak tetap? Apakah motif pakar masakan selebriti terkenal ini?
Ikuti apa alasan yang dikemukakan bapa kepada Serina dan Mohd. Nazri atau Chef Riz ini dalam temu bual terkini bersama Kosmo!, semalam.
Kosmo!: Sebelum ini apa yang membuatkan Chef Wan mahu menutup terus fanpage Facebook Chef Wan Fan Club?
CHEF WAN: Mulanya saya memang saya nak tutup sebab rasa kecewa dengan segelintir pihak yang saya anggap suka menjaga tepi kain orang.
Mereka masuk dalam akaun fanpage Facebook saya dengan membuat andaian yang bukan-bukan dan saya anggap mereka ini tak ubah seperti langau.
Kemudian semasa berlangsungnya Maharaja Lawak Mega, saya lihat keadaan ini bertambah teruk apabila fanpage saya ini dijadikan medan untuk bertelagah sehingga ada yang menjadi batu api dan suka melaga-lagakan sesama sendiri termasuk menghina dan memaki hamun saya.
Kenapa pula Chef Wan tiba-tiba menarik semula keputusan yang dibuat?
Semua ini adalah disebabkan permintaan para peminat sendiri yang berharap supaya saya tidak menutup akaun Facebook tersebut.
Malah, ada yang memberi pandangan kalau saya terus dengan keputusan yang dibuat sebelum ini, bermakna saya sudah kalah dengan mereka yang tidak suka dan membenci saya.
Jadi, akhirnya saya buat keputusan untuk tidak menutup fanpage saya itu kerana merasakan saya tidak perlu tunduk atau mengalah kepada beberapa langau yang suka membuat kacau.
Kalau mereka berterusan memaki hamun dan menghina saya akan terus padam komen yang diberikan atau sekat daripada masuk dalam fanpage saya itu.
Bagaimana kalau ada yang anggap Chef Wan seperti cakap tidak serupa bikin atau sengaja mencari publisiti murahan?
Cuma satu yang ingin saya katakan, ada saya kisah apa yang orang nak cakap!
Lagipun fanpage itu adalah akaun Facebook peribadi saya, jadi saya ada hak untuk buat apa sahaja sama ada nak tutup atau pun tidak. Kini, saya telah buat keputusan untuk tidak menutupnya sampai bila-bila.
Apa komen Chef Wan tentang salah seorang peserta Maharaja Lawak Mega, Adlin Aman Ramli yang mengisytiharkan ‘perang’ terhadap Chef Wan menerusi akaun Facebooknya?
Bagi saya itu adalah satu tindakan yang memang tidak bijak sama sekali. Ia jelas menunjukkan yang dirinya langsung tidak boleh menerima kritikan orang lain. Kenapa dia perlu menyalahkan juri seperti saya, sedangkan dia juga pernah menjadi juri dahulu.
Tentang pengisytiharan perang yang diperkatakannya itu, rasanya langkah terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan tidak mempedulikan langsung perkara tersebut.
Adakah Chef Wan bersetuju sekiranya ditawarkan untuk menjadi juri dalam mana-mana rancangan selepas ini?
Entahlah, saya sendiri pun belum terfikir untuk terima atau tolak sekiranya ada tawaran yang diberikan kepada saya. Mungkin saya akan pertimbangkan terlebih dahulu.
Bagaimana Chef Wan menilai rancangan Maharaja Lawak Mega ini secara keseluruhannya?
Gagal! Saya berkata demikian setelah melihat persembahan yang ditampilkan oleh majoriti peserta yang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega sepanjang 10 minggu rata-ratanya sangat mengecewakan.
Apa yang membuatkan saya lebih hairan, kebanyakan peserta yang memilih berlakon menjadi perempuan akan berjaya dan disukai penonton termasuklah kumpulan Osbon dan Boboi. Namun, saya akui Osbon memang layak menang kerana mereka telah persembahkan apa yang penonton mahukan.
p/s : tentang Adlin Aman Ramli... ataicha nak katakan dia memang tak leh melawak.. hahaha.. kekurangan idea.. tak menepati citarasa penonton... rasa tindakan mengistiharkan perang tue... satu tindakan yang agak kurang cerdik.. huhuhu... dah takde rezeki ko.. senyap-senyap je laa..
Maharaja Lawak Mega terus terang ataicha katakan kurang menarik berbanding Maharaja Lawak.... terus terang ramai yang setuju.. kemunculan Jozan semasa Final hari tue.. rasanya Jozan lebih lawak dari peserta-perserta tersebut.. huhuhuhu... Anyway bukan semua tak best... Boboi... Osbon.. pun ok apa... yang lain agak kurang sket...
0 Comments:
Post a Comment