Header Ads

Header ADS

Cerita sebenar dari Shidah Harmi...

KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.

Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.

p/s : bagi sesiapa yang tidak tahu cerita leh google dulu erk... ataicha perasan entry pasal Apek dan Shida ni dah berleluasa sejak game Malaysia dan Bahrain... hmm cuma kurang yakin dengan screenshot BBM je... cam edit2 je... Bagi ataicha... baca boleh percaya jangan.. sebab kat internet ni x semua betul... dan ataicha yakin bukan si Shida yang hantar picture2 tersebut... dah nak kawin rasanya lagi cover hal-hal ini.. takkan Apek plak nak sebar kan.. hahaha... Kalau cerita2 pasal tu yang ditokok tambah tue tak betul... memang berdosa je yang buat cerita... 

kepada blogger2 sebelum nak post something yang anda kurang pasti elok study dulu... kang x pasal-pasal dosa FREE je... 

Cuma pesanan ataicha kat Apek.. cuba try elakkan dari perkara2 ini... silap sedikit lain ceritanya.. anda plak famous... kalau anda tak famous memang takde orang nak gossip pasal anda.. percaya lah...

No comments

Powered by Blogger.