Header Ads

Header ADS

Tahniah Skuad Harimau Malaysia....

Tahniah kepada pemain skuad Harimau Malaysia yang telah berjaya membenam keriuhan sorak riuh rendah penyokong skuad Garuda Indonesia.... Syukur kerana skuad Harimau masih berjaya mempertahankan pingat Emas untuk 2 kali berturut-turut... Malaysia Boleh..

Dibawah ini adalah Fakta mengenai Perlawanan Akhir Sukan Sea ke-26 diantara Malaysia dan Indonesia yang menyaksikan Skuad Harimau Malaya ini memenangi melalui sepakan penalti (4-3) setelah seri 1-1 sebelum itu.

FINAL 21 November 2011
MALAYSIA vs INDONESIA
4-3 (PENALTI)
(Selepas masa tambahan, sepenuh masa 1-1)

Penjaring Gol:
Indonesia: 13  Gunawan Dwi Cahyo (5')
Malaysia: 6 Mohd Asraruddin Putra Omar (34')


Penjaring Sepakan Penalti (4):
Mahali Jasuli,
Mohammad Fandi Othman,
Mohd Fadhli Shas,
Baddrol Bakhtiar

Senarai Pemain Malaysia
1 Khairul Fahmi Che Mat,
2 Mahali Jasuli, 
3 Muhammad Zubir Mohd Azmi, 
4 Mohd Fadhli Shas, 
6 Mohd Asraruddin Putra Omar, 
7 Mohd Irfan Fazail (17 Mohamad Fandi Othman 100'),
9 Thamil Arasu A/L Ambumamee (28 Yong Kuan Yong 88'), 
10 Baddrol Bakhtiar (C), 
11 Gurusamy Govandar Kandasamy (21 Mohammad Nazmi Faiz Mansor 77')  
13 Ahmad Fakri Saarani, 
24 Mohammad Muslim Ahmad

Simpanan:
8 Abdul Shukor Jusoh,
15 Muhammad Amer Saidin,
17 Mohamad Fandi Othman,
20 Mohd Izham Tarmizi Roslan,
21 Mohammad Nazmi Faiz Mansor,
28 Yong Kuan Yong

Senarai Pemain Indonesia
1 Kurnia Meiga Herman, 
6 Dirga Lasut (26 Hendro Siswanto 71'), 
8 Egi Melgiansyah (C), 
10 Octovianus Maniani, 
13 Gunawan Dwi Cahyo, 
15 Hasim Kipuw, 
21 Andik Vermansyah (17 Ferdinan Sinaga 66'), 
24 Diego Michiels, 
25 Titus Bonai, 
27 Patrich Wanggai (11 Eizki Eamdani Lestaluhu 98'), 
28 Abdul Rahman.

Kemenangan kali ini, menjadikan jumlah kemenangan untuk Sukan SEA skuad Malaysia sebanyak 6 kali. Dan secara tidak langsung mengulang kembali kejayaan pada tahun 1979 yang menyaksikan Malaysia memenangi Indonesia di Jakarta. Setelah kali 11 berada di peringkat Final sejak 1959... Tahniah skuad Harimau Malaya... Anda memang power.... huhuhuhu

Sejarah Pingat Emas Sukan SEA/SEAP : 1961 ( Malaya 2-0 Burma) di Rangoon, 1977 (Malaysia 2-0 Thailand) di Kuala Lumpur, 1979 (Malaysia 1-0 Indonesia) di Jakarta, 1989 (Malaysia 3-1 Singapura) di Kuala Lumpur, 2009 (Malaysia 1-0 Vietnam) di Vientiane dan yang latest semalam 2011 (Malaysia 1-1(penalti 4-3) Indonesia) di Jakarta.

Sejarah Pingat Perak Sukan SEA/SEAP : 1971 (Burma 2-1 Malaysia) di  Kuala Lumpur, 1975 (Thailand 2-1 Malaysia) di Bangkok, 1981 (Thailand 2-1 Malaysia) di Manila, 1987 (Indonesia 1-0(extra time) Malaysia) di Jakarta, 2001 (Thailand 1-0 Malaysia) di Kuala Lumpur.

No comments

Powered by Blogger.