Header Ads

Header ADS

Tip & Petua - Petua Ibu Hamil Ver 1.0

Salam sekadar nak berkongsi petua ibu hamil, mungkin ianya berguna untuk ibu-ibu yang mengandung sekarang nie...
.
.
Atasi rekahan kulit semasa hamil...
Agar kulit sekitar perut dan peha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.
.

Kulit anak bersih

Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.
.


Mudah bersalin
Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari.
.

Hilangkan rasa loya
Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya Allah rasa loya akan hilang.
.

Inginkan anak berkulit cerah
Ibu hamil disarankan agar banyak memakan sayur-sayuran berwarna hijau terutama sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.



Powered by Blogger.