Prepare cara-cara tanam uri....
Malam nie, tertiba teringat ataicha sure kena hadapi tugas tanam uri nanti.. so kena la tau cara2 dia laa.. kalau tak terkedu-jedu la nanti... semua nak settlekan...
Nasib baik ada teknologi nie.. so leh laa baca cara-cara orang lain wat kan...
thank Mr.Google... barang-barang untuk tanam uri dah ada... iya ker? x check lagi.. hehehe.. ni Mak mertua ataicha dah kasi dalam bungkusan.. so tadi masa kemas-kemas dapur terperasan bungkusan tu.. cuma belum bukak lagi apa yang ada...
1st rujukan - halaqah.net
Setelah dibersihakan, macam yang mak awak ajar tu, sebenarnya tak perlu pun basuh dengan asam ,cuma orang tua tua basuh dengan asam , supaya tidak berbau hanyir darah, di mana boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya. Setelah basuh uri sampai bersih, bungkus dengan kain putih dan tanam. Semasa nak tanam, Tidak perlu guna apa-apa bekas samada tempurung atau setengah tempat ada yang guna tempayan/belanga kecil.
Tanam dalam tanah, dengan kedalaman binatang seperti anjing tidak boleh mengoreknya. Boleh tanam di mana sahaja, tidak semestinya di kawasan surau atau masjid. Depan atau belakang rumah yang ada kawasan bertanah, boleh saja
ditanam uri tersebut.
Huhuhu.. berdasarkan laman halaqah.net ni... tak yah guna pape untuk cover uri tu.. cukup sekadar bungkus ngan kain putih...
ni plak dari sumber lain laa... blog Mana Ucuk-Ucuk Dier Tu
ok... cam complete gak.. mungkin leh digunapakai kan...Bahan-Bahan utama :
Tempurung Kelapa, Kain putih, Air, Cangkul & yang paling penting URI lah..(dah kata nak tanam uri..)
- Mula-mula kita kena cari tempurung kelapa. Cariklah sebulan sebelum nak bersalin. Bersihkan & buangkan bulu-bulu di tempurung kelapa itu.. Ni laki punya kerja yer.. Tempurung ni belahlah dua. Kalau tak macam mana nak letak uri tu.
- Then, sediakan kain putih untuk letakkan uri dalam kain tersebut sebelum masukkan uri. Kain apa-apa pun tak kisah. Putih lawa, macam bayi..suci & murni.
- Lepas En suami semua dah dapat uri Pn isteri, jangan disimpan jer uri tu (simpan dua tiga hari baru basuh). Orang tua kata tak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Cthnya, kalau dapat pagi, petang dah tanam.
- Nak basuh macam mana? Basuhlah dengan air.. Kasik bersih dari darah-darah. Macam basuh daging tu. Tapi, jangan basuh ngan syampoo mandi sudah.. Gilo apo..
- Dah besrih, masukkan uri tu dalam kainputih tu, then masukkan uri tu dalam tempurung betina (yg ada lubang kat tempurung tu).
- Kemudian, tutup dengan pasangan tempurung yang lagi satu tu.
- Gali tanah sedalam mungkin.. sedalam agak-agak tak dibau dan dikorek anjing nanti..
- Letakkan tempurung berisi uri dengan keadaan bahagian berlubang ke arah bawah tanah.. agar kandungan air dalam uri akan mengalir ke bawah tanah nanti dan agar senang ia mereput ..
- Akhir sekali.. timbuslah.
so lagi satu ni ataicha paste dari blog Cherish the moment
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk.Cara ni more kepada saintific punya fakta... so far cam ok gak.. cuma part paku besi tu kena more in niat la kan.... ntah la banyak sangat cara2 dia.. ataicha hope leh study lebih lagi kut...dengan tanya orang2 yang arif dalam agama sket.. :p
1. Cuci uri dengan garam dan asam jawa. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
2. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa ( Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
3. Letak dalam beg plastik yang cepat reput (dicadangkan plastik jusco), Letak garam, asam keping dan paku besi yang karat bukan stainless steel. (Untuk pastikan uri reput dengan cepat)
4. Tanam ditempat yang bersih. Contohnya di surau.
5. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain. Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik.
Assalam..
ReplyDeleteSaya biasa gunakan cara ke 3 tu cuci dgn air asam jawa & garam..lepas tu balut dgn paper dah memadai.
Pastikan lubang yang digali agak dlm supaya binatang spt anjing atau kucing x dpt korek dan tandakan dgn menanam pokok atau lapik batu bata diatasnya.
thank ozzy...
ReplyDeleteair asam jawa & garam tu orang kata leh hindar dari berbau.. so leh elak dari anjing & kucing la kan?..
good info. aku pun tak lama lg akan menghadapinya. nasib ade info nie. thanks yer.....
ReplyDeletePeja pernah ditugaskan tanam uri anak sedara Peja... semua dah bersih dah hospital cuci... tunggu tanam je...
ReplyDeletethanx for the info..:)
ReplyDelete