Adakah anda tahu berapakah sebenarnya kos pengurusan harta pusaka yang akan dikenakan selepas kematian anda ?
Hari ini ramai orang membuat wasiat.
Di mana-mana institusi kewangan kita akan bertemu dengan
poster menggalakkan orang ramai membuat wasiat.
Ayat yang kebiasaannya digunakan ialah ….
"Sediakan wasiat anda hari ini untuk
kesenangan waris di masa hadapan."
Di dalam banyak keadaan, Wasiat ini sebenarnya
hanyalah berfungsi sebagai dokumen yang melantik Wasi ( pentadbir harta pusaka ) sahaja.
Kosnya juga murah iaitu hanya beberapa ratus ringgit sahaja.
Namun yang TIDAK PERNAH dinyatakan kepada Pewasiat
ialah berapakah kos pengurusan harta pusaka yang akan dikenakan kepada waris
atau harta pusaka selepas kematian mereka.
Secara purata kebanyakan pihak yang menggunapakai modus operandi Wasiat
perlantikan Wasi ini mengenakan caj di antara 1 % hingga 3 % dari nilai harta pusaka.
Ini hanyalah caj perkhidmatan sahaja dan tidak termasuk
caj-caj lain seperti caj buka fail,
caj carian hartanah, caj guaman, caj rampaian
dan pelbagai caj-caj yang lain.
Memang benar caj-caj ini dalam banyak keadaan akan
ditolak sahaja dari nilai harta pusaka
dan tidak perlu ditanggung oleh waris-waris
namun apakah pula hukumnya dari segi agama apabila
Wasi-wasi ini mengenakan caj secara berlebih-lebihan
ke atas harta pusaka si mati yang hakikatnya adalah harta anak yatim ?
( sama ada anak yatim muda atau anak yatim berumur ! ).
Renungkan.....
Sumber rujukan : http://www.wasiyyahshoppe.com.my/ver2010/artikelpilihan5.html
sekarang semua jadik bisness..uruskan jenazah fardu kifayah,tp skarang dah jd bisnes
ReplyDeletetu la nafisa81..
ReplyDelete