it all about me......

Blog Archive

nikmat datang sekali sahaja.. hargailah....


salam... berkenaan title atas kali nie.. rasanya ramai yang tahu nikmat yang kita perolehi selalu bukan tiap-tiap hari akan hadir dalam kehidupan kita.. tapi selalunya bila dah dapat.. kita pulak kekadang tidak tahu menghargainya.. betulkah orang kata bilasesuatu yang susah dapat kita terlalu inginkan.. bila dah dapat dan dah berada di depan mata.. kita pinggirkan??

nak tengok iya atau tak.. leh baca cerita di bawah nie dan jadikan iktibar k...

buat rakan-rakan sekalian.. jadikan cerita dibawah ini sebagai pedoman...


Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu.

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga.

Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu iran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.

"Mama, abang minta maaf . Abang tak akan ulang lagi."

Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata.

Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang . mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku. Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah . tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah . aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini . Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.

"Mama maafkan abang ." Ungkapannya sukar, tersekat-sekat kerana kesakitan itu.

"Abang janji tak akan buat lagi."

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah.
Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku ."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ."

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

"Puan, maafkan . Kami telah cuba melakukan yang terbaik."

Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

"Anak puan . Telah meninggal dunia."

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

"Anak . Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini ."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu . Ibu rindu kepada nakalmu . Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi.

Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

*********************************

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.

Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Dipetik dari buku "U-Turn ke Jalan Lurus"
So kawan-kawan sedih tak cerita nie?.. semoga kawan-kawan jadikan iktibar... hargai nikmat dan kurniaan yang dianugerahkan... hargailah ia selamanya...


Categories

haziq naufal (87) ataicha (40) Keisha Zara (26) Raja Petra Family (20) Jalan-Jalan-Ataicha (17) Mrs Ataicha (15) renungan (12) Hana Batrisya (11) mylife (11) Coretan Mengenai Anak-Anak (10) Che Rahim Family (9) Harian Metro (9) tazkirah (9) misi1hari1gambar (8) World Cup 2010 (7) salam takziah (7) zul imran papaju (7) Al Fatihah (6) IT Tips (6) Kosmo (6) Aniff Nur Atika (5) Happy Birthday (5) Lirik Lagu (5) contest (5) gshock (5) Big Data Team (4) Gossip Artis (4) Spain (4) hobby (4) kelantan (4) wasiyyah shoppe (4) 18SX (3) Baby Boys (3) GITN (3) Germany (3) Jalan-Jalan Cari Makan (3) Mahamahu (3) Masakan (3) Photo Album (3) Raja Faizah (3) Raja Fazida (3) Rujukan Ataicha (3) Taman Layang-Layang (3) Ulang Tahun Perkahwinan (3) Urusan kerja (3) ariff sufyan (3) artikel harian metro (3) batch 1997-1998 TI Kuantan (3) orang minyak (3) orang minyak laksamana (3) photographer (3) smt kuantan (3) Abang Man (2) Ahmad Tajuddin (2) Akmal-Hafiz (2) Ataicha Training (2) Award (2) Azam Azrin (2) Darnalis (2) GIveway (2) Hadif Zafran (2) Kuching (2) Laksamanapuri Condo (2) Malaysia (2) Man Utd (2) Mohd Suhaimi (2) Penang (2) Petua (2) Raduzita (2) Raja Aseri (2) Raya Aidilfitri 2014 (2) Related Bola (2) Selamat Hari Raya (2) Selamat Pengantin Baru (2) Sharp ESX115 (2) Teknik-1-Kuantan (2) Tutorial (2) Ucapan Tahniah (2) asyraff shukor (2) ataicha Reference (2) ataicha jr (2) baseball cap (2) caps collection (2) collection (2) covid19 (2) demam (2) diyrepair (2) fakta (2) gembeng (2) hairul safar (2) http://hatt4.wordpress.com (2) jamuan raya (2) keratan akhbar (2) makanan (2) misiturunberat (2) my little prince (2) ramadhan (2) rezeki (2) tip komputer (2) tournament bowling (2) training (2) #fooddelivery (1) 2012 Contest (1) 2012 Special Giveway (1) 4 ADIL (1) ASTRO (1) Agar-agar laici (1) Ajwad Nurajmal (1) Akram (1) Al-Quran (1) Alamanda-Putrajaya (1) Along-Anak-Tuan-Rumah (1) Alwey Sham (1) Ameen Husaini (1) Ampang Pecah (1) Ana-Ikan-Bakar-Petai (1) Anak Sepupu (1) Aneh Tapi Benar (1) Armada (1) Aroma Ikan Bakar Jeram (1) AyahDe (1) Azam Tahun Baru (1) BA-110JM-4 (1) BTP (1) Bangi (1) Bank Location (1) Bantuan Prihatin Nasional (1) Bayi Tersedak Susu (1) Belimbing Hutan (1) Biz lumayan (1) Boboiboy Galaxy (1) Boss-Babi (1) Brazil (1) Buat Duit (1) Bukit Tinggi (1) Cameron Highlands (1) Cara Nak Dapat Title "Datuk" (1) Carlo Ancelotti (1) Chelsea (1) Christiano Ronaldo (1) Coca-Cola (1) Contact (1) Cuti 1TM (1) DW6900-SB-9 (1) Data Warehouse (1) Edwin Van Der Sar (1) Ejen Ali The Movie (1) England (1) England vs Wales (1) Exinda (1) FREE (1) Facebook (1) Facebook Notification (1) Fadhilat Ramadhan (1) Felda (1) Final Sea Games 26th (1) Flip Text Generator (1) Fortigate (1) G-Shock (1) GAX100-MSA-4 (1) Gaji Menteri (1) Galaxy Tab 2 (1) Gambang Safari Park (1) Gambang Water Park (1) Gambar Lucu (1) Gembeng Reunion (1) Gombak (1) HBase Master (1) Hack (1) Hael Husaini (1) Hal Ehwal Islam (1) Hal Semasa (1) Hala tuju selepas SPM (1) Happy Deepavali (1) Hari Bapa (1) Hari Belia Negara 2012 (1) Hari Persahabatan Sedunia (1) Harta Pusaka (1) Hartanah (1) Have a tEa wiTh MiszLuLLaby (1) Hero Kartun (1) Hina Johor (1) Hotel Malaysia (1) IT Related (1) Indonesia (1) Indonesia vs.Malaysia (1) Info Kereta (1) Islam (1) Isu semasa (1) Janda Kena Tipu (1) Jatuh Motor (1) Jenis Lelaki (1) Jokes (1) Jual Mercun (1) Juara Kelantan (1) Juara Master Chef Pertama (1) KLCC (1) Kak Long (1) Kamera Handphone (1) Karoot Komedia X (1) Kekasih lama (1) Kelakar (1) Kelantan Juara Piala Malaysia (1) Kemalangan (1) Kematian (1) Kempen 1 Blog 1 Bendera (1) Kenali Bayi (1) Klinik Panel (1) Legoland Malaysia (1) Lelaki (1) Lensa Buruk The Contest (1) MCMC (1) MH370 (1) MPP (1) Madihah (1) Mahadir (1) Mahattan Firstmarket (1) Main Futsal FREE (1) Majlis Sukaneka Hasanah Kids (1) Malaysia Boleh (1) Masalah Harta Pusaka (1) Masterchef Selebriti Malaysia (1) Mat Sabu (1) Mee Kari Nyonya (1) Megat Iskandar Shah (1) Menang Contest (1) Mia Nurqaisara Afrina (1) Mohd Lukman (1) NSK (1) Naib Johan (1) Naik HARGA (1) Nama Bayi Islam (1) Nama-nama Islam (1) Netherland (1) Nobody (1) Nor Azita Osman (1) Nur Is Cahaya (1) Nurul Gersang (1) OCBC Bank (1) P1 WinMax (1) PERKESO (1) Pantang (1) Pasar Malam (1) Paybox.me (1) Pemanggang Ajaib (1) Pemanggang Ikan Ajaib (1) Pengorbanan ibu (1) Penutupan Jalan (1) Perangsang Templer Golf Resort (1) Percutian Ataicha (1) Perempuan (1) Peristiwa (1) Phone (1) Piala Malaysia 2010 (1) Politik (1) Presint 18 (1) Promo TM (1) Promosi Terhad (1) Public Bank (1) Pukul Emak (1) Putrajaya (1) QR Code (1) Raja Muhammad Harith Haziq (1) Rambut Bayi (1) Rancangan HyppTV Percuma (1) Raya (1) Raya Haji (1) Recover Password (1) Remaja (1) Reset password Admin (1) Ringtones Samsung (1) Rodeo Steakhaus (1) Rooney (1) SK Blau (1) SK Hendrop (1) SK Pos Brooke (1) SK RPS Banun (1) SRK Clifford (1) Salbys Volcano (1) SeHAT (1) Season View (1) Seksyen 302 (1) Seksyen 307 (1) Selamat Hari Guru (1) Selayang (1) Serang Gereja (1) Servis Motor (1) Setia Hujung Nyawa (1) Seventeen (1) Simbah Menyimbah (1) Skim Rumah Pertamaku (1) Sogo SALE (1) Solar Audit (1) Sri Gombak (1) TM Rewards (1) Tadika Hasanah (1) Tahun Baru 2011 (1) Taska Haram (1) Tasmik (1) Tayar Kenderaan (1) The Karate Kid (2010) (1) Theory Matematik (1) Tip Petua (1) Tips Harmoni (1) UNIFI MOBILE (1) UPSR (1) UPSR 2012 (1) UiTM (1) Version Robot (1) Video Seks (1) Video Youtube (1) Waka Waka (1) Warih Ku Meran (1) YDP (1) ataicha SQL QUERY (1) azam photo (1) baby Girls (1) balik kampung (1) bangsar (1) bapa saudara (1) berat (1) berbuka puasa (1) berita (1) bertudung (1) blackberry (1) buang bayi (1) bulan ramadhan (1) cabaran copy menang (1) cara-cara tanam uri (1) cisco ccna (1) congrate (1) copy paste (1) creativity (1) darkcurse (1) dataontap (1) design (1) dugaan (1) duit tercicir (1) e-filling (1) gambar kelas (1) gnesop.com (1) gout (1) grafik (1) gshockfanclubmalaysia (1) gst (1) gym (1) hacker (1) hadapi dengan senyuman (1) handset (1) hantu raya (1) hargai nikmat (1) hibah (1) hypptv box (1) iCity Shah Alam (1) icha (1) iflix (1) intensedebate (1) jawatan kosong (1) jengka 17 (1) kain japanese cotton (1) katak (1) kejam (1) kenangan (1) kenapa aku.. (1) kerang (1) keretaku (1) kurus (1) layout baru (1) licin (1) linux (1) malware (1) masa (1) mmu (1) motivasi diri (1) myvi terbang (1) nasi daun pisang (1) nasi kerabu mahal (1) nik mohammad aryan (1) nikmat (1) novel best (1) pelajaran (1) pelancaran sistem e-tasarruf (1) pemanggang (1) penat (1) pendoman (1) penipuan di internet (1) petua ibu hamil (1) petua orang dulu (1) photofunia (1) preparation raya (1) pulai spring resort (1) pulau pinang (1) referkawan (1) restoran anis puteri pantai dalam (1) rezeki anak (1) rumah baru (1) rumah lama (1) saba restoran (1) sakit gigi (1) sakit tekak (1) scam (1) scammer (1) scammer0166692513 (1) sekolah mengandung (1) selsema (1) setiawangsa (1) skim cepat kaya (1) sms mengarut (1) streamyx (1) suami gay (1) suamiisteri (1) tadika baru (1) testing (1) tip blogging (1) tipu orang (1) trainning (1) ucapan Hari Raya Aidilfitri (1) ulu yam (1) wasiat (1) windows (1) xamarin mobile developer (1) yahoo mail (1) zakat fitrah (1) zoo negara (1)