Kempen 1 Blog 1 Bendera..
sempena kemerdekaan negara kita yang semakin hampir, hanya beberapa hari lagi..
ataicha teringin nak support Kempen 1 Blog 1 Bendera ni.. tapi ataicha create sendiri yer banner.. kepada sesiapa nak guna.. leh je copy and paste.. ataicha x kisah..
Tetapi kan.. ataicha rasa kita perlu tanya diri kita sendiri.. adakah kita benar-benar merdeka?.. rasanya tidak semuanya kan.. sebab kita masih lagi dijajah dari segi pemikiran, ideologi dan budaya. Budaya kemelayuan, keislaman dari hari ke hari semakin pupus.. Trend, cara pemakaian makin menolak kita mengikut cara dan budaya penjajah yang kita katakan sudah merdeka darinya...
Muzik-muzik seperti Punk, Black Metal dan sealiran dengannya... sebenarnya banyak buruk dari baiknya.. ramai remaja kita tepengaruh dengan lagu2 ini... dan menganggap tiada tuhan yang patut mereka sembah... ini bukan kemerdekaan yang kita inginkan...
Yup... mungkin dari segi dasar kita boleh berbangga bahawa kita adalah negara yang susah merdeka.. tapi realitinya.. masyarakat kita belum lagi merdeka... masih lagi terperangkap dan dijajah dari segi yang lain... dan hari kemerdekaan tahun ini... jatuh pada bulan puasa? adakah ianya semeriah seperti tahun-tahun lalu?.. dan jangan terkejut jika tangkapan khalwat banyak berlaku pada malam merdeka?... so inikah diistilah merdeka?
fikir-fikirkan... semoga kita mula sedar bahawa negara kita belum sepenuhnya merdeka... :p
0 Comments:
Post a Comment