Header Ads

Header ADS

Jerat godaan 'Nurul Gersang'


Bila terbaca artikel yang yang sama tajuk entry kali nie... aku rasa agak tergelak.. hairan gak camne laa orang laki ni leh percaya kat pompuan yang sudi jadi teman tidur ngan syarat masukkan duit kat dalam akaun dia.... ahaks.. terus terang masa dulu2 pun.. aku pernah gak jumpa gadis2 gini (tp sebenarnya x dapat dipastikan laki ke perempuan sebab x pernah jumpa pun).. tapi bila dah rasa cam leh jadi kawan buat alasan sedih2... pastu nak pinjam duit.. sorry la erk.. aku dah tau trick korang... macam2 laa alasan.. nanti kita jumpa.. dia bayar balik laa.. ahaks..

aku x pernah jumpa korang... x pernah kenal.. kenal2 gitu2 je tu pun ikut facebook, friendster.. just tengok gambar.. ntah betul ntah tidak gambar korang... korang nak pau duit orang... ahaks.. tu antara pengalaman aku.. tapi x pernah la meluangkan satu sen pun cam mamat dalam berita nie.. cuma statement mamat nie memang aku tak tahan... nak tergelak la plak... “Saya membuat laporan di Balai Polis Teluk Air Tawar selepas kehabisan RM450 untuk memerangkap wanita itu,” katanya. "

tapi aku yakin bukan dia sorang yang terkena... ahaks.. tu ayat kantoi la en abang erk.. niat dah songsang.. tu yang kena tipu tue.... nak memerangkap konon....

Jerat godaan 'Nurul Gersang'
Oleh Zulfa Mohamad

2010/07/20

KEPALA BATAS: Seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘Nurul Gersang’ dikesan menggunakan laman sembang sosial menawarkan diri untuk dijadikan teman tidur sebelum menjerat mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaunnya.


Wanita berusia 20-an itu turut memuatkan nombor telefonnya dalam laman sosial popular itu serta mempamerkan gambar seorang wanita seksi bagi menawan ‘mangsa’ tetapi dipercayai bukan dirinya.


Apabila ada individu menghubunginya, wanita berkenaan akan bertanya ‘nak booking ke’ sebelum meminta ‘bakal’ pelanggan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya sebagai syarat untuk bertemu.


Bagaimanapun, wanita berkenaan memberi pelbagai helah apabila tempoh temu janji ditetapkan walaupun wang sudah dimasukkan dalam akaunnya.


Seorang peniaga yang cuba ‘menjerat’ wanita terbabit, Azahar Omar, 32, berkata dia melihat maklumat peribadi wanita itu dalam laman sembang berkenaan pada 10 Julai lalu menggunakan nama ‘Nurul Gersang’.


“Saya menghubunginya pada 16 Julai lalu dan wanita itu menawarkan diri menjadi teman tidur sebelum kami berbalas SMS.


“Dia mendakwa berada di Alor Setar, Kedah dan sedia berjumpa saya dengan syarat memasukkan RM150 dalam akaun bank miliknya,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Pada keesokan hari, wanita berkenaan menghubungi semula mangsa dan meminta dimasukkan tambahan RM100 lagi ke akaun sebuah lagi bank sebagai syarat untuk bertemunya di Bandar Perda, Bukit Mertajam.


Azahar berkata, dia kemudian pergi ke Bandar Perda seperti diminta, namun wanita terbabit memaklumkan dia perlu memasukkan RM100 lagi ke akaunnya, namun dia tetap tidak muncul selepas memasukkan wang diminta.


“Terbaru, saya cuba memerangkap wanita itu kelmarin dan dia meminta saya memasukkan RM100 lagi dalam akaunnya, namun tetap tidak muncul di tempat dijanjikan.


“Saya membuat laporan di Balai Polis Teluk Air Tawar selepas kehabisan RM450 untuk memerangkap wanita itu,” katanya. Difahamkan, beberapa lelaki lain turut menjadi ‘mangsa’ dan kerugian ratusan ringgit tetapi enggan membuat laporan polis kerana malu.


Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan itu dan berkata, taktik digunakan wanita berkenaan ialah satu bentuk penipuan.

9 comments:

  1. yg gatai g kasik duit watpe.. banyak cara lain nak perangkap.. tp kalo dh niat tak betul..mmg la..kekeke

    ReplyDelete
  2. tu la, ni bukan nurul gersang je, laki tu pun gersang jugak ni

    ReplyDelete
  3. tengok belum lagi ntah2 huduh..sape yg bg duit tu mmg sengal ler..

    ReplyDelete
  4. ahak.. setuju...

    nak perangkap konon.. tu ayat nak cover malu sebab dah melabur smpai RM450..

    yg gersang ni bukan nurul tapi laki2 tu.. ahaks..

    ReplyDelete
  5. @LiFe KaMi ~ sebab diaorang terpedaya ngan gambar profile minah tu kat internet...

    teringat dulu awek tue.. awal2 cam ikhlas nak kawan.. letak pic kat FB bukan main cantik.. tiba2 saja laa kan dia gatal MMS pic dia.. tengok cam lain je dari gambar FB dia.. xpe laa.. dia ingat kita lupa la kan?... x lama minta duit.. labtop rosak katanya.. nak pinjam... sampai situ bye2 laa.. maklumlah sebelum tu aku ada letak pic aku ngan kereta BMW pakcik aku... aduyai...

    ReplyDelete
  6. lawak2.. kesian kat mereka-mereka yang terdesak itu :P

    ReplyDelete
  7. Eh Eh tak sangka ada juga insan yang bergelar lelaki yang begitu gatal dan mempunyai niat yang tak jujur dengan insan yang mungkin sudah ada anak kecil, insan yang bernama isteri atau sekurang-kurangnya tunang dan masih mahu bergatal dengan perempuan gersang? sesuailah kauorang hilang duit kerana niat yang haram....
    lain kali fikirlah dulu sebelum buat sesuatu perkara.. apatah lagi benda haram...

    ReplyDelete
  8. salam..la nie jgn percaya kat orang.. i oranag Teluk Air Tawar,, u orang sana ke...rumah keluarga saya kat tepi laut..Bagan Belat

    ReplyDelete
  9. @Abu Luqman ~ xlaa.. saya orang kelantan... cerita dlm paper ni xde kaitan ngan saya.. cuma pengalaman nak kena tipu pernah laa.. tapi x pernah la nak masukkan duit.. kena offer gini ada laa... tapi xde la nak cari2.. sebab tau semua x betul dan berdosa.. ahaks..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.